SAR DAN SAN
Sejak Malaysia belum merdeka lagi,pondok-pondok dan madrasah-madrasah telah menjadi gedung ilmu yang menyedarkan umat Islam betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan erti sebuah kemerdekaan.Di situlah tempat anak melayu menimba ilmu.
Selepas merdeka,sistem pendidikan negara terus berkembang.Kewujudan sekolah Inggeris hingga kepada sekolah kebangsaan menjadi pusat ilmu utama dan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah sistem kebangsaan ini.
Sistem pondok dan madrasah terus berkembang seiring dengan perederan dan kemajuan negara.Pondok-pondok tempat tok-tok guru mengajar berubah menjadi bangunan yang dibina dari kayu kepada banguanan bertingkat yang dibina daripada batu blok atau batu bata.Nama pusat pengajian tersebut juga berubah dari pondok ke Sekolah Agama Rakyat (SAR).Kerajaan tidak pernah menghalang penubuhan sekolah tersebut.
Ada juga sebahagian sekolah berubah secara menyeluruh apabila pentadbiran kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memelihara sistem tersebut dengan menambil alih sekolah tersebut dan merombak pentadbiran termasuk memberikan intensif yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan para pendidik terjamin serta memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sempurna.Sekolah tersebut dikenali dengan Sekolah agama negeri (SAN).
Dunia globalisasi penuh cabaran.Manusia harus berjalan kehadapan dengan cepat dan pendedahan ilmu perlu lebih banyak dan sistematik.Menyedari hakikat ini,Kerajaan mengambil sikap pro aktif dengan menjadikan sistem pendidikan yang bermula dari sekolah rendah dan menengah dipantau dan dibaik pulih mana yang perlu agar kelak rakyat Malaysia mampu duduk sama rendah,diri sama tinggi dengan mana-mana bangsa yang maju di dunia ini.
Bermula Januari 2005,Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran,telah membuka ruang kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri (SAN) untuk menerima perubahan yang amat positif untuk masa depan sekolah dan aliran pendidikan agama yang ditawarkan di sekolah berkenaan.
Kementerian tersebut menawarkan SAR dan SAN pendaftaran secara sukarela bagi menjamin sumber kewangan yang lebih baik dan memiliki tenaga pengajar yang terlatih.
SAR DAN SAN SEBELUM 2005
Sejak zaman kolonial hingga 2005,SAR dibawah penyeliaan pentadbiran yang berbeza.Ada yang ditadbir secara kekeluargaan dimana sistem warisan diamalkan.Ianya berlaku adalah kerana latar belakang penubuhan sekolah tersebut.Lazimnya,seorang tuan guru yang dihormati di sesebuah tempat itu mendirikan pondok pengajian untuk masyarakat setempat.
Pengajian tersebut terus berkembang sehingga penambahan bangunan dan sebagainya.Nama pondok ditukar kepada Sekolah Agama atau Sekolah Menengah Agama.Penubuhan sekolah tersebut pada peringkat awalnya lebih bergantung kepada sumbangan masayrakat setempat dan tanah tempat mendirikan sekolah adalah tanah yang diwakafkan kepada tuan guru tersebut atau disesetengah tempat,tuan guru itu sendiri mewakafkan tanahnya sendiri untuk tujuan itu.
Apabila tuan guru tersebut meninggal dunia,maka para waris tuan guru tersebutlah yang akan menggantikan tempat beliau sebagai pengetua,sebagai contoh Madrasah An Nahdzah atau sekolah menengah agama An Nahdzah Bukit Besar,Kota Sarang Semut,Kedah.
Terdapat juga sekolah agama rakyat yang dibina hasil usaha masyarakat setempat dari mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan sekolah sehingga pentadbiran sekolah.Pelantikan pengetua atau "mudir" adalah hasil keputusan pihak jawatankuasa tadbir sekolah yang terdiri dari gabungan para pendidik sekolah berkenaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang disegani.Contoh sekolah yang mengamalkan sekolah ini ialah Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian
Boleh disimpulkan disini bahawa terdapat dua jenis sekolah agama rakyat,sekolah sistem birokrasi dan sistem demokrasi.
Manakala SAN adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri sepenuhnya melalui Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
SUMBER KEWANGAN
Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.Sebahagian SAR, menjadikan yuran tahunan,sumbangan masyarakat setempat dan zakat sebagai salah satu sumber kewangannya.
Satu ketika dahulu,kerajaan dibawah pimpinan perdana menteri yang lalu,Tun Dr Mahathir Mohammad pernah memberikan peruntukkan perkapita kepada sekolah jenis ini.Namun,tidak lama selepas itu,peruntukkan tersebut dibekukan.
SINAR BARU 2005
Laporan Jawatan kuasa Khas Tan sri murad pada Ogos 2004 telah mencadangkan agar SAR dan SAN berdaftar dengan KPM bagi membolehkan bantuan lebih baik diberikan.Program Pendaftaran tersebut akan menjadikan sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK).
Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju dengan syor laporan Jawatan kuasa khas tersebut dan Januari 2005 adalah merupakan tahun pelaksanaan.
KONSEP SABK
Sekolah yang telah berdaftar sebagai SABK ini adalah Sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).SAR dan SAN akan menjadi SABK setelah mendaftarkan sekolah terbabit dengan KPM.
SABK akan diuruskan oleh KPM manakala tanah dan bangunan sekolah tersebut akan terus kekal diurus dibawah Jabatan Agama islam Negeri(JAIN) atau Lembaga Pentadbiran Sekolah(LPS).
Setiap negeri mempunyai kurikulum agama yang berbeza.Kurikulum tersebut akan kekal diuruskan oleh JAIN atau LPS.
Satu kelebihan SABK ialah,pelbagai kemudahan akan diterima oleh sekolah berkenaan dan ini bermakna proses pembelajaran akan menjadi lebih baik dengan persekitaran yang kondusif.
SUMBER KEWANGAN SABK
Alat bantuan mengajar (ABM) akan disediakan oleh pihak KPM disamping tiada lagi raih simpati kewangan dari masyarakat setempat untuk melicinkan operasi sekolah.Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih baik dan terurus.Ianya akan memberikan kesan positif kepada para pelajar.
Guru-guru sekolah juga akan terbela dengan pendaftaran tersebut.Gaji para guru dan kakitangan sekolah akan diuruskan oleh pihak KPM.Tiada lagi guru yang hanya mengajar secara sambil lewa dengan menjadikan profesyen perguruannya sebagai profesyen tambahan
kerana gaji yang kurang memuaskan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan