Rabu, 19 Mac 2008

BARISAN KABINET BARU DAN RESPON TERHADAP IBNU ALI

Semalam,YAB Perdana Menteri telah mengumumkan anggota kabinet Kerajaan Malaysia yang baru.Siapalah saya untuk menganalisa atau menilai kabinet baru ini kerana saya hanyalah seorang mahasiswa di program Ijazah Sarjana dan tiada apa-apa pengalaman dalam politik.Saya tidak mahu jadi tukang kritik yang sebaris dengan mahasiswa Malaysia di Al Azhar atau para blogger dikalangan mereka yang senang mengkritik seolah-olah mereka pakar dalam penilaian atau lebih baik lagi gelarannya ahli politik berpengalaman dalam masa yang sama,pencapaian akademik mereka agak membimbangkan dan boleh dipersoalkan nilainya.

Apa yang saya lihat,perlantikan kabinet yang dimumkan oleh YAB PM lebih menonjolkan sikap inginkan satu kelainan.Ini kerana banyak muka baru.Benar,tanggungjawab mereka jauh lebih berat berbanding sebelum ini.Apa yang lebih menarik,kenyataan YB Khairy Jamaluddin yang tidak akan menjadi menteri kebinet selagi bapa mertuanya menjadi PM,menyebabkan pembangkang hilang modal nak mengutuk atau mempersoalkan kredebiliti barisan kabinet baru.Jika ada,mungkin hanya ada satu dua isu sahaja yang barangkali,orang dah jemu dengar.

Dalam barisan baru kabinet kali ini,saya tertumpu kepada empat individu.Pertama, Menteri Pengajian Tinggi yang baru,YB Datuk Seri Khaled Nordin,kedua,Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru,YB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin,ketiga,Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru,Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ketiga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Baru,Datuk Dr Masyitah Ibrahim.

Dua dari mereka yang saya sebutkan tadi adalah merupakan ahli politik yang dikagumi kerana kebolehan mereka dan tokoh UMNO dari Johor yang tidak asing lagi bahkan Menteri Pengajian Tinggi yang merupakan Menteri yang menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia di Luar Negara dibela juga kali ini disandang oleh orang Johor.Sesekali,nak juga lahirkan semangat kenegerian.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi,beliau memang tetap setia dengan UMNO,walaupun satu ketika dahulu beliau adalah merupakan orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bahkan,selepas DSAI dipecat dari kerajaan pada 2 September 1998,beliau adalah merupakan orang pertama yang dilihat berada disamping DSAI.Namun,atas agenda Melayu,beliau tetap bersama dengan UMNO sampai ke hari ini.Jika diteliti,siapa yang akan sanggup untuk bersama BA jika mengetahui agenda DAP dan apa yang pernah didilontarkan oleh pemimpin parti itu,pastinya,BA tidak layak untuk diberi sokongan walaupun PAS dan PKR ada dalam pakatan yang hanya atas nama semata.

Pelantikan Datuk Dr Masyitah pula menampakkan kepada masyarakat bahawa lepasan Al Azhar tetap diberi peluang sebagai golongan yang diperlukan oleh pemerintah.Beliau mendapat BA (hons) dari Al Azhar,seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat MA dan PHD di Universiti Kaherah.

Semoga barisan kabinet yang baru dibentuk ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri mampu mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Apa pun yang berlaku,apa kata kita beri peluang kepada PAK LAH untuk membaiki keadaan sekarang.Semoga Allah S.W.T membantu beliau dan mempermudahkan segala urusan.Saya mengesyorkan mana-mana ahli UMNO dan BN serta penyokong-penyokonnya agar bersabar dan bersama-sama kita berganding bahu memperbaiki keadaan justeru marilah kita sama-sama menjaga perpaduan.

Sebelum saya mengakhiri entri blog kali ini,ingin saya memberi sedikit nasihat kepada mana-mana blogger atau mereka yang sering mengunjung blog ini agar kita lebih menjaga adab dan santun sebagai blogger.Gunakan kemudahan yang ada sebagai satu medium untuk membina diri dan bukan sebagai medium yang menampilkan peribadi semata atau mengulas sesuatu dengan tanpa kita tahu realiti sesuatu.

Kepada penyokong UMNO dan BN,saya harap jangan kita amalkan budaya gelar menggelar atau menulis perkataan-perkataan yang kurang manis seperti yang diamalkan oleh blogger http://kalam-ummah.blogspot.com/. blogger ini amat marah dengan kenyataan saya sebelum ini hingga memberikan dua entrinya hanya bercakap berkenaan saya.Bagus,nampaknya ada respon,tetapi,adakah sesiapa yang tahu,apakah sebab saya tidak melayan blogger ini? sebelum ini,blogger tersebut telah banyak kali menghantar komen dalam mana- mana entri blog saya.Ayat-ayat yang dituliskan memang menampakkan individu ini kurang tinggi pendidikannya kerana menggelar saya dengan pelbagai gelaran.Antaranya,pencacai UMNO.Saya bersabar.Kemuncaknya,blogger ini pernah memberikan gelaran kurang manis kepada YB bekas Menteri Pengajian Tinggi dengan menjadikan tajuk utama entri ketika itu sebagai "Menteri Pengajian Tinggi Yang Kurang Tinggi Pengajiannya".Wajarkah seorang mahasiswa agama melontarkan kata-kata tersebut? Jika individu ini adalah ahli politik,saya tak akan komen,Tapi dia adalah mahasiswa Al Azhar!!!!!

Saya difahamkan,komen-komen yang saya hantar di http://aljauhar.blogspot.comn/ yang mengkritik beberapa perkara telah didelete dan didalangi oleh blogger Ibnu Ali.Sejauh mana kesahihannya saya tidak tahu.

Memandangkan apa yang telah saya sebutkan tadi,maka adalah wajar saya tidak membalas sebarang respon dari blogger tersebut.

1 ulasan:

SITI ZAHARAH KHAMIS berkata...

Assalamualaikum bro.faizal...salam ukhwah:)ini kali pertama saya memasuki laman blog anda.HEBAT SEKALI!!,penuh dengan kata-kata yang begitu menyuntik semangat saya untuk terus ingin memperjuangkan tanah air sendiri.TAHNIAH!!!...SEMOGA LEBIH SUKSESS PADA MASA AKAN DATANG.