Selasa, 25 Mac 2008

WARKAH BUAT WAKIL RAKYAT PAS

Kali ini saya ingin memaparkan luahan hati salah seorang pimpinan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang menulis sebuah artikel khas ditujukan kepada wakil rakyat PAS dan kepada penyokong-penyokong serta pimpinan PAS umumnya.

Saya kagum dengan semangat beliau.Beliau adalah salah seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM.Warkah ini harus dilihat positifnya kerana bagi saya ianya adalah satu luahan hati generasi muda.Jika ada seratus lagi pemuda yang memahami situasi politik tanah air seperti beliau pastinya golongan ini mampu menggegarkan Malaysia untuk masa hadapan.Saya menyokong penuh artikel ini dan semoga mereka yang sehaluan dengan kami bersama menyusun strategi untuk agama,bangsa dan negara.

Identiti pemimpim mahasiswa ini tidak perlu saya nyatakan sekarang.Cukup sekadar pelawat blog ini mengetahui ianya bukan tulisan saya dan ianya adalah tulisan seorang pimpinan mahasiswa IPTA tanah air.Setelah mendapat kebenaran dari beliau sendiri melalui YM,kini saya paparkan warkah ini.Anda yang mempunyai sebarang komentar boleh berbuat demikian melalui ruangan dalam blog ini.

Oleh : Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebagsaan Malaysia

Warkah Buat Wakil Rakyat PAS

Saya seorang Melayu. Beragama Islam. Mengucap dua kalimah syahadah. Umum mengetahui saya seorang Islam, dan mengamalkan ajaran Islam. Saya ahli UMNO. PAS selalu melaungkan kerajaaan Barisan Nasional tidak Islamik.

Pertanyaan saya, dimanakah lebih Islamiknya Lim Kit Siang dan DAP itu daripada UMNO pada kaca mata PAS? Pada hemat saya PKR dan DAP adalah seiras dan mungkin PKR lebih macho kerana ada kacukan HINDRAF. Kini DAP, PKR dengan pertolongan PAS sedang menyembelih Melayu dengan cara halus. Saya nak tahu adakah anda dan PAS memahami Lim Kit Siang? DAP dan orang-orang Cina setelah sekian lama tidur sebantal? Saya telah lama bekerja dengan Cina. Kerjanya menyembelih, menekan dan konspirasi terancang. Berapa ramai pegawai-pegawai kerajaan yang bodoh telah jatuh dalam genggaman mereka?

Saya bercakap atas nama bangsa saya. Saya rasa anda PAS,PKR dan lebih-lebih lagi DAP amat meluat dengan kenyataan ini kerana soal bangsa tiada dalam kamus hidup anda semua. Tidak salah anda dan PAS taksub pada Islam. Tapi janganlupa kita hidup di Malaysia. Melayu dan Islam itu sinonim, walaupun ada sebahagian yang telah tergelincir akidah dan imannya.

Benarlah kata orang tua-tua. Kalau kita selalu mengata yang buruk tentang orang lain, suatu hari nanti apa yang kita kata itu akan berbalik pada kita. Dan kalau kita hanya nampak yang buruk saja tentang orang lain maka suatu hari nanti Allah akan menterbalikkan pandangan kita.

Dari itu tolong jawab soalan saya, dimanakah lebih Islamnya Lim Kit Siang dan DAP dari UMNO dan Barisan Nasional?

Saya ingin tahu setelah anda menyembelih UMNO (Melayu) siapakah yang akan mentalqinkan dan akan membaca doa arwahnya. Adakah anda dan PAS yang akan melakukannya dan Lim Kit Siang dan DAP yang mengaminkannya atau sebaliknya? Alangkah seronoknya bila mendengar Lim Kit Siang membaca doa arwah. Terasa syahdu menusuk kalbu mungkin sehingga ke beberapa generasi akan datang.

Ketahuilah oleh anda, saya dan ramai lagi orang-orang tua Melayu yang lain amat terguris dan terhina dengan tindak-tanduk anda yang bersekongkol dengan DAP (Cina) dan PKR (ala-ala Cina). Pas yang kononnya Islamik bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menentang Islam.

Tak kedengaran lagi laungan dan ngauman hudud PAS. Dimana impian menegakkan agama Islamnya. Hancur. Sudahkah anda langkah mayat Lim Kit Siang? Saya tidak akan lupa dengan perbuatan anda. Saya simpan baik-baik dalam hati dan akan saya turunkan pada generasi akan datang. Itu pun kalau mereka wujud.

Bagi saya kalau nak mengajar DAP pada saat ini adalah mudah. PAS dan UMNO duduklah semeja dan hitunglah jumlah kerusi yang ada. Bahagi-bahagilah dengan sebaik-baiknya.

Tapi mungkinkah ini akan berlaku? Terpulang pada jawapan anda dan PAS pada soalan saya yang amat mudah. Siapa lebih Islamik dari kaca mata PAS?

Saya bukanlah orang yang amat taksub pada UMNO. Tetapi teras perjuangan UMNO menjaga kepentingan hak-hak Melayu, saya mesti menyebelahi UMNO walaupun saya tidak suka tindak-tanduk pemimpin dan tukang kipas yang tidak bertanggungjawab.



KEMENANGAN ANDA ADALAH KERANA UNDI CINA DAN INDIA YANG BELUM TENTU ISLAMNYA!!!.

5 ulasan:

Dr. Mohd Zaim Bin Abdul Aziz berkata...

Islam itu tidak akan tertegak tanpa keadilan..

Overall saya baca artikel anda ini, anda lebih cenderung pada bangsa..

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Dr.Sir Bragard yang bertajuk " SEPARATE ISLAM"

Ada menyebut, "jika kamu membawa isu bangsa di era manusia mencari keadilan maka kamu akan dianggap kuno".

So, pada diri saya, lahir dari family campuran Cina+Melayu, jadi bagaimana saudara ingin eksperisikan arah sokongan saya?

Melayu atau Cina.. Isu bangsa adalah isu statik.. But Islam Is Universal..

Even Lim Kit Siang is being one of the BA group, it is better than UMNO, why?

DAP punya prinsip utk keluar dari parti bersifat bangsa semata.

Walau pada awal2 kemenangan PR baru2 ini timbul sedikit kecelaruan antara DAP n PAS.Bagi saya tidak hairan, DAP bukan parti berteras perjuang ISLAM, namun disini peranan Parti Berteras Islam utk membawa parti non islamik utk menyokong jalan dakwah Islam.

Dan sebagai ingatan, negara kita punyai sistem RAJA BERPELEMBAGAAN.
Nak tahu apa fungsinya,usahalah sendiri.

Jika dulu PAS kelantan membawa agenda HUDUD, maka ramailah UMNO Yang Islamik berhujah bahawa PAS di kelantan ini gopoh dan terlalu drastik dalam pelaksaan Islam, seolah2 tidak ada tertib. Hudud bukan segala2nya dan macam2 fatwa unik bagi menyedapkan hati dan perlekeh usaha PAS kelantan.

Tapi sekarang lain pula jadinya apabila MB Perak Dari PAS memimpin PERAK..

"tak kedengaran lagi laungan dan ngauman hudud PAS. Dimana impian menegakkan agama Islamnya. Hancur. Sudahkah anda langkah mayat Lim Kit Siang?"

Tidakkah anda merasa aneh dengan UMNO?

UMNO dan BN lebih baik dari DAP?

Isu IFC n SISTER IN ISLAM.. Tolong bagi tahu saya, siapa menteri yang telah keluar di kaca TV yang berkata "KAMI TOLAK IFC n SISTER IN ISLAM!!!"

Do you know, siapa yang menjadi penyokong kuat SISTER IN ISLAM yang pernah terpanpang di dada UTUSAN dahulu, menandatangani sokongan terhadap SII ini?

Anak PAK LAH, ANAK MAHATHIR, Anak HUSSEIN ON..(p/s-SAYA BACA DARI UTUSAN,MUKA DEPAN-BUKAN DARI HARAKAH-)

So,bagaimana sekarang, UMNO BELA ISLAM KE? anda pernah dengar ke or keluar media Lim Kit Siang keluar statement sokong IFC?

Yang ada hanya fitnah2 dan cakap2 tanpa bukti, yang hanya mengajar kita utk bersangka buruk je.

"Takkan nak letak pisau dekat leher kot utk suruh DAP sokong Islam", kata seorang sahabat di US baru2 ni.

Jadi disini, kerja gerakan Islam kini utk menarik sokongan bukan Islam utk Bersama Islam. Jika dulu Umno mengikat non-muslim dengan ikatan bangsa, maka sekarang perubahan dengan mengikat bangsa dengan ISLAM Dan seterusnya menolak ideologi bersifat KEBANGSAAN.

So,jika dulu anda kata PAS ini terlalu gopoh, dan tidak ada step by step, maka sekarang mereka sedang PRAKTIKKAN nasihat anda yang lalu itu. Tapi malangnya, anda pula memarahi mereka yang mengikut nasihat anda.. ayoyo..

303project berkata...

Paling kurang pun DAP x buat mcm UMNO :
1)Roboh masjid cth- Masjid Bujal Kemaman.

2)Roboh rumah perkampungan Melayu cth-Tragedi Kg Berembang.(Org Melayu dah tinggal sejak sebelum merdeka kat situ)

3)Pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan org kampung.(TRAGEDI MEMALI)

4)Pemimpin saling menjatuhkan sesama sendiri+fitnah untuk kuasa dan pangkat. cth- Kes Dato Sri Anwar dll.(Lihat video pengakuan + pendedahan Tun Dr Mahathir)

5)Projek mega dan membazir bilion ringgit sedangkan org Melayu Islam masih ramai papa kedana,TAK TAHU AWLAWIYAT LANGSUNG.. cth- Moonson Cup(Patrick Lim dapat projek,ini tlh dikritik oleh T D Mhtr)
Dan banyak lg, ini baru 0.1 peratus kot.

6)Ambil untung atas angin, claim itu ini.(Yg ni ramai yg terlibat termasuk di Mesir)

Saya nak tanya saudara, UMNO NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MELAYU KER MACAM NI? Rasanya pemimpin2 UMNO ni memperjuangkan kepentingan diri sendiri aje kot, tengoklah diorang bila naik jd YB je makin banyak dpt projek,makin kaya (termasuk anak beranak n kroni), rumah makin besar cth-Zakaria Mat Deros, Ahmad Said dll.Agaknya dr mana diorang ni dpt keuntungan?

Saya teringat suatu ketika dahulu Lim Guan Eng pernah dipenjara kerana beliau menuntut hak seorang gadis melayu muslimah dalam kes salahlaku seksual bekas Ktua Mntr Melaka,yg brsalah dibiarkan yg mengadu dihukum.Di manakah keadilan kerajaan yg mengaku mmperjuangkan Islam Hadhari?

Fikir2kan...buatlah perbandingan, bukankah Azhar mengajar kita Dirasah Muqaranah? Lihat hujah siapa yg kuat, buka minda.

bobby berkata...

sejak bila pulak budak mahasiswa boleh beri sokongan politik nih? ohh lupe...kalau support UMNO ...budak tadika pun kira boleh dan takkan di ugut untuk buang universiti (auku)....huhuhu ape ape pun...tolak emosi...berfikir secara relevan pakcik2 ...soal perbandingan pun tak betul...memalukan sungguh bagi seseorang yang claim dia tu mahasiswa...lojik ke nak banding antara roti canai dengan steak? mana kena...kalau nak banding roti canai dengan capati...itu mungkin betul...persoalan yang ditimbulkan sungguh tidak adil...macam mana nih? masa jadi mahasiswa pun dah tak adil...macam mana nak urus negara nih kawan...saya tak mau komen banyak...tapi atas niat saya suci dan awak pun bijak...cuba tengok persoalan itu...adakah ianya satu persoalan yang adil...atau berat sebelah? kalau gagal jumpe atau fikir...sila hubungi saya :) ..ikhlas atas nama BANGSA n AGAMA

aNaK BaPaK berkata...

saudara sarjana syariah...apakah qabilah-qabilah yahudi ketika bersama membentuk negara islam madinah yang bukan sahaja belum tentu islamnya malah memang tidak islam membuktikan perjuangan rasulullah itu batil sebagai merujuk kenyataan saudara bahawa

KEMENANGAN ANDA ADALAH KERANA UNDI CINA DAN INDIA YANG BELUM TENTU ISLAMNYA!!!

yahudi pernah memuji nabi kerana amalan politiknya yang bersih adil dan amanah...kenapa tidak kaum cina dan india yang yakin dengan islam justeru mengundi pas dengan demikian saudara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

kalau inilah prinsip saudara, saudara juga seolah mengatakan kepada rasulullah bahawa...kejayaan rasulullah membentuk kerajaan di madinah kerana sokongan yahudi dan nasrani yang belum tentu islamnya...apakah kaedah pembentukan negara oleh rasulullah adalah batil...? jika tidak..apa salahnya kaum cina dan india menyokong pakatan rakyat..? selama 50tahun UMNO menang dengan banyaknya undi cina dan india..kenapa saudara tiada persoalkannya...? jika atas nama pakatan politik barisan nasional...perpaduan kaum...kenapa saudar hanya mengiktiraf apa yang dibuat umno tidak pada pakatan rakyat ? jika tidak adakah umno selama-lamanya betul dan selama-lamanya tiada salah...?jika tidak...mengapa tidak mengiktiraf perpaduan kaum anjuran pakatan rakyat..? boleh saudara jawab fenomena kini kaum india dan cina sanggup menjadi ahli kelab penyokong pas..? kenapa mereka sanggup menjadi ahli bertaraf kelab daripada menjadi ahli bertaraf penuh DAP atau PKR...? jika mereka menolak dasar pas yang mahu mengkkan perjuangan islam...mengapa mereka bersungguh juga menjadi ahli kelab penyokong pas yang hanya bertaraf ahli kelab bukan ahli penuh parti..? bukankah mereka setuju dengan jaminan islam terhadap hak mereka sebagi rakyat...?

fan ustaz fadhil noor berkata...

"KEMENANGAN ANDA ADALAH KERANA UNDI CINA DAN INDIA YANG BELUM TENTU ISLAMNYA!!"

dh tu BN tu sume melayu ke?MIC n MCA tu ape?dan sudah tentu ke KEISLAMAN melayu2 BN tu sendiri?hei,lepasan azhar,fikir la dlu sebelum menilai!