Sabtu, 5 April 2008

PENJELASAN ISU DASAR EKONOMI BARU SIRI PERTAMA

Melayu golongan petani
Aktiviti ekonomi bukan untuk melayu - INGGERIS

Dasar Ekonomi Baru Pasca Merdeka



Apakah hasilnya setelah hampir 40 tahun ?


Rasanya,insan yang baru setahun jagung dalam dunia politik ini harus menyatakan sesuatu berkenaan DEB khas ditujukan kepada mahasiswa Al Azhar dan pembaca blog yang budiman.Saya seorang mahasiswa yang sedang mengikuti program sarjana dalam bidang Syariah.Meneroka ilmu-ilmu Syariah untuk didalami,dipraktikkan,dipelihara kesucian dan ketinggiannya.

Dalam kesibukkan ini,suasana politik tanah air membuatkan diri yang hina dina dan fakir disisi Allah S.W.T ingin membuat satu ulasan berdasarkan fakta berkenaan apa yang dinamakan "Dasar Ekonomi Baru" (DEB) yang mana hari ini dengan sewenang-wenangnya,ada kelompok biadap seperti DAP dan sekumpulan manusia lain yang kurang memahami isu ini atau sengaja tidak mahu menerima hakikat terhadap DEB.

Bagi remaja yang ada hari ini dan para pemuda yang berumur 26 tahun kebawah,kita dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang amat berbeza dengan mereka yang lahir dan membesar pada tahun 1950 an hingga 70 an.


Di zaman kita,wujud seorang insan yang bernama Tun Dr Mahathir (Datuk Seri ketika itu) menjadi pemimpin negara.Beliau menerajui negara dengan pembangunan yang pesat hingga Malaysia hari ini disegani dan dihormati.Blogger sendiri telah menemui banyak buku-buku berbahasa arab yang ditulis oleh bangsa arab sendiri untuk mempelajari pemikiran Tun Dr Mahathir dan misi pembangunan beliau.


Nah,,,di hadapan kita,keamanan,kestabilan walaupun wujud ditengah-tengah suasana itu suara pekikan rintihan tidak puas hati kerana sebab-sebab tertentu.Tahukah kita,negara kita merdeka dari penjajah dalam keadaan ketidak stabilan dalam sosioekonomi pada ketika itu?


Bangsa Melayu,kita diatur oleh penjajah sebagai golongan petani secara kecil-kecilan yang empunya tanah sekangkang kera.Paling tinggi di era 50 an itu,anak melayu berbangga jika menjawat jawatan KERANI atau PEGAWAI RENDAH GAMEN katanya.Bangga seolah-olah itulah tempat yang layak bagi kita.Majoriti orang melayu tinggal di kampung-kampung dan pedalaman.Majoriti bangsa kita adalah merupakan nelayan dan petani.


Dalam masa yang sama,bangsa cina yang mana pada awalnya sebagai imigran,penjajah memberikan pengkhususan kepada mereka dalam bidang ekonomi.Benar,Long Jaafar orang pertama yang menjumpai bijih timah.Tetapi aktiviti perlombongan dan penerokaan dalam bidang ini,Inggeris berikan kepada bangsa Cina.Kedai-kedai di Pekan pada ketika itu,milik siapa? bangsa cina.Ini adalah kerana mereka merupakan kumpulan penggerak ekonomi yang boleh membantu Inggeris dan mengukuhkan kependudukannya.Maka mereka banyak tinggal di pekan-pekan dan bandar-bandar sesuai dengan aktiviti mereka.


Bangsa India pula golongan buruh yang juga merupakan pada awalnya sebagai imigran.
Mereka adalah merupakan buruh kasar di estet-estet kepunyaan tokeh-tokeh Inggeris atau kroni-kroninya yang berbangsa Cina.

Saya tidak bangkit isu ini sebagai isu perkauman.Saya berjiran dengan bangsa cina dan berkawan rapat dengan rakan-rakan berbangsa India semasa di alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram hingga di Sekolah Menengah Datuk Bentara luar.


Semangat kejiranan dan persahabatan dengan mereka saya hargai.Namun,saya mohon maaf untuk membangkitkan perkara ini kerana untuk menyedarkan melayu yang mudah lupa dan sememangnya telah lupa.



Sosioekonomi masyarakat pada ketika itu amat tidak stabil.Pengagihannya tidak adil.Dalam suasana inilah,anak melayu berdarah raja,dari negeri Kedah,berkelulusan undang-undang dari Universiti Barat sendiri telah berjaya menyusun strategi unik hingga Inggeris memberikan kemerdekaan.

Kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Penjajah pulang ke negara mereka.Sosioekonomi masyarakat dibiarkan oleh mereka begitu sahaja.Namun,pembentukan sebuah pakatan berasaskan kaum terdiri daripada UMNO untuk bangsa melayu,MCA untuk bangsa cina dan MIC untuk india berjaya membawa tanah melayu aman sejahtera dengan izin dan rahmat dari Allah S.W.T.bahkan,tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu adalah cadangan seorang ulama dari utara tanah air.Lihat,betapa gandingan antara ulama dan umara pada ketika itu?

Namun,segalanya terluah pada tahun 1969.Tarikh 13 Mei 1969 adalah satu tarikh yang mungkin masih susah untuk dilupakan oleh golongan usia emas hari ini yang menyaksikan detik itu.Pengelasan oleh pihak inggeris ini diterjemahkan dengan bom jangka yang meletup pada ketika itu.Keputusan pilihanraya yang diumumkan pada ketika itu telah melihat keretakkan yang memang telah sedia menanti belah.

Berapa nyawa yang terkorban pada ketika itu? mereka yang tidak berdosa dibunuh.Harta benda rosak teruk.Inilah terjemahan terhadap apa yang terpendam didalam jiwa-jiwa tiga bangsa yang ada pada ketika itu.Dasar Inggeris ini telah menyebabkan perpaduan tiga kaum ini rosak.Secara tidak langsung sebenarnya wujud perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.monopoli ekonomi yang telah diasaskan oleh Inggeris untuk satu-satu kaum telah menjadikan bangsa melayu merasakan mereka ketinggalan jauh kebelakang dan tertindas.

Hasil apa yang berlaku,maka Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada ketika itu mengisytiharkan darurat berkuat kuasa pada 16 mei 1969.Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung...........BERSAMBUNG









6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semuanya yang anda sebut adalah persepsi rambang. Bukan perspektif kajian.

Kesan dari DEB ini ekonomi orang melayu semakin merosot. Ini kenyataan yang boleh anda cari sendiri di jabatan perdana menteri.

Isu tender terbuka, jelas menunjukkan DEB gagal. Jika berjaya nescaya isu ini tenggelam lama.

Polisi DEB sepatutnya menjadi peluang bagi orang melayu. Tapi tidak berlaku. Malah orang-orang melayu sendiri terlibat secara langsung mengkhianati hak orang melayu sendiri. Boleh lihat dan cari fakta apa yang berlaku di felda, juga sosio-ekonomi di selangor dan Johor.

Saya sarankan supaya anda membuat kajian perbandingan kemiskinan di kelantan dan selangor. Ternyata orang-orang Melayu di Kelantan memiliki kekayaan lebih dari melayu di selangor. Boleh rujuk juga di jabatan perdana menteri. Kuasa membeli orang melayu juga tertetinggi di Kelantan berbanding orang melayu di negeri lain.

Tak sambung artikel pun tak mengapa kot. Sambungannya saya tidak menanti.

Sekian

Brother Kampung Berembang,
Selangor.

Ezo berkata...

Kepada "shahzan razak" anda kata saya tidak mengkaji dan ini adalah merupakan persepsi rambang.Anda siapa? Ahli akademik Universiti? Ini adalah fakta.Jika benar fakta ini salah,saya cabar,anda hantarkan laporan yang anda katakan itu kepada saya " mohd Faizal Bin Sabhon,No7,EL Gumhuriyyah Street,Abdeen,Cairo,Egypt.

Apa yang anda katakan tidak lebih hanya retorik semata.Sebagai satu helah kononya,maklumat saya salah.Jika anda tidak mahu terima DEB,sekurang-kurangnya,apa yang saya nyatakan ini adalah fakta yang tidak mampu dipadam oleh zaman ini.

Jangan bicara soal kuasa beli,tapi bicara isu perkapita rakyat Kelantan,masih rendah.

Tidak mengapa jika anda tidak menantikan sambungannya,kerana akal yang Allah S.W.T kurniakan kepada saya akan digunakan untuk menyatakan fakta yang benardenagn sumber yang sah.

bobby berkata...

bagus!!! cari kebenaran...Allah akan tunjukkan ..dont worry...sila mintak kekuatan jugak agar dapat menerima kebenaran sekalipun ianya pahit...seperti kekalahandi 5 + 1 negeri baru baru ini....any komen on this topic? http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13921&Itemid=28

rasanya awak wajar jawab pasal dikatakan di mesir..

Ezo berkata...

Kepada "bobby", Saya akan jawab dalam masa terdekat

Tanpa Nama berkata...

Salam

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara tentang DEB. Saya juga berharap yang bangsa kita yang sedarah dan seugama tidak akan terpinggir di bumi sendiri.

lawat blog saya ok.
http://asrilamirul.wordpress.com/

Mungkin boleh di link kan blog2 kita.

Tanpa Nama berkata...

takde update ke bro?