Assalamualaikum para blogger sekalian...
Saya amat kesuntukkan masa sejak akhir-akhir ini dengan tanggungjawab dan komitmen sebagai mahasiswa di peringkat sarjana.Walaupun baru dalam COURSE WORK...akan tetapi kerja-kerja yang diberikan bertimbun dan menyebabkan saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk ke CC...bagi meneruskan entri sebelum ini....saya persembahkan beberapa fakta yang telah saya rujuk dengan penuh penilitian...
PENUBUHAN MAGERAN
Setelah darurat diisytiharkan,Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk.Yang di Pertuan Agong telah melantik Tun Razak Bin Dato’ Hussein,Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai Pengarah MAGERAN.Majlis Perundingan Negara juga telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN.
MAGERAN telah dipertanggungjawabkan menjalankan kuasa pemerintahan berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.Majlis Perundingan Negara pula dipertanggungjawabkan untuk membincang dan meniliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum..Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara ialah ketidakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat yang mana masih terdapat pekerjaan mengikut kaum dan ianya memang telah wujud sejak sebelum merdeka lagi kesan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.YAB Perdana Menteri sekarang Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan setiausaha MAGERAN pada ketika itu.
DASAR EKONOMI BARU(DEB)
Menerusi Majlis Perundingan Negara inilah,Dasar Ekonomi Baru dibentuk sebagai medium untuk menyelesaikan masalah ini dan penyusunan semula masyarakat.Dasar ini tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk menyusun semula ketidak seimbangan tersebut dan ianya kearah menstabilkan pengagihan ekonomi.Dasar ini adalah merupakan program jangka masa panjang bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990.Ianya dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2).
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata dan beberapa rancangan pembangunan adalah bertujuan :
1) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dalam erti kata lain ianya adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum.
2)mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi atau dalam erti kata lain ianya adalah merupakan
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Bagi mencapai matlamat dasar ini,kerajaan telah cuba untuk memperbaiki keadaan ekonomi
pada ketika itu dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Melayu golongan petani,Cina golongan perniagaan dan India golongan buruh.Berdasarkan ketidak seimbangan tersebut,kerajaan telah merancang beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.Beberapa strategi telah dirancang antaranya:
1) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga
buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990.
2)Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
3)Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain
4)Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
DEB UNTUNGKAN SIAPA?
Berdasarkan beberapa strategi tersebut kita dapat lihat pada hari ini lahir beberapa ahli perniagaan dan tokoh-tokoh korporat melayu.Jika sebelum itu,Melayu hanya petani,setelah DEB dibentuk,berapa ramai doktor perubatan dari kalangan Melayu? Berapa ramai tokoh-tokoh akademik? Adakah masyarakat melayu sedar hakikat ini?
Mengapa ada golongan kita hanya memandang pelaksanaan projek-projek pembangunan yang kononnya hanya sebahagian pihak sahaja yang untung? Inilah dakyah pembangkang yang disebarkan oleh mereka dan berjaya menyerap di segenap lapisan masyarakat kita hari ini.Golongan muda yang berdarah panas amat tertarik dengan nada sumbang ini dan kebanyakkan kita hanya melihat DEB = PROJEK,PROJEK = DEB?
Memang lidah tidak bertulang.Sewenang-wenangnya mereka kaitkan pelaksanaan DEB dengan rasuah seolah-olah DEB ini adalah punca dan faktor utama rasuah dan kronisme?Lihat dengan mata hati dan bukan emosi semata.
Tahukah kita,bagaimanakah seorang yang berbangsa melayu boleh melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang perubatan dan kejuruteraan? Bukankah kita ada Majlis Amanah Rakyat? Institusi ini adalah merupakan "kilang" yang membantu melahirkan melayu-melayu moden hari ini.Sebab,dengannyalah kita mendengar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan izin Allah S.W.T.
Institusi pendidikan ini yang menjadi "kilang" memproses anak-anak melayu yang berpotensi mempelajari bidang sains dengan bantuan penuh di peringkat menengah.Saya tidak pernah belajar di sana.Namun,saya bangga dengan isntitusi ini kerana ianya memartabatkan bangsa saya.
Itu di peringkat pendidikan menengah.Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang dahulunya dikenali sebagai ITM adalah merupakan institusi pendidikan tinggi untuk kita.Hampir setiap negeri di Malaysia ada UITM.Ini bermakna bangsa melayu mampu menikmati taraf pendidkan di peringkat yang lebih tinggi.
Bukan setakat itu,mereka yang berjaya di peringkat pendidikan sekolah menengah dan layak melanjutkan pengajian di mana-mana IPT sama ada luar atau dalam negara dalam bidang kritikal seperti Perubatan dan kejuruteraan, boleh memohon pembiayaan dari MARA.
Bijih timah dijumpai oleh Long Jaafar.Itu fakta yang didedahkan kepada kita sewaktu belajar matapelajaran alam dan manusia di sekolah rendah dahulu.Akan tetapi,apakah kita sedar siapa yang membangunkan bidang ini?
Inggeris membawa masuk orang-orang cina dari tanah besar china sebagai imigran pada awalnya untuk melombong dan mereka bergiat aktif dalam aktiviti perlombongan ini.Inggeris memberikan kontrak meneroka bidang yang membawa keuntungan pada ketika itu kepada bangsa Cina.Memang dari zaman kolonial lagi inggeris mengaturkan sosioekonomi yang tidak seimbang dan pengagihan ekonomi yang tidak adil.
Oleh kerana aktiviti perlombongan adalah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang mendatangkan keuntungan besar kepada Inggeris,akhirnya pekan-pekan dan bandar-bandar dibuka oleh bangsa cina kerana mereka bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain.
Orang Melayu hanya menjadi petani di kampung yang keuntungannya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika bangsa cina terlibat dalam bidang pertanian, mereka bukan memilikinya dengan saiz yang kecil bahkan mereka mendapat kontrak-kontrak membangunkan beberapa kawasan menjadi estet.Mereka bergelar tokeh-tokeh cina estet yang sudah tentu kroni-kroni Inggeris!!!!
Perkara ini pernah diluahkan oleh YBHG Tun Dr Mahathir dalam buku beliau "DILEMA MELAYU" yang mengkritik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama yang mana buku ini menyebabkan Tun disingkirkan dari UMNO kerana menyalahkan Kerajaan di bawah pimpinan Tunku yang tidak mengubah dasar inggeris itu telah menyebabkan pertumpahan darah 13 Mei 1969.Buku tersebut diterbitkan sekitar tahun 1970 an.Saya telah membaca buku ini dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari seorang pegawai kedutaan.saya rasa,generasi muda hari ini harus baca buku ini untuk mengetahui suasana nenek moyang mereka agar semangat nasionalisme tidak pudar dalam jiwa-jiwa muda yang membara semangat menongkah arus semasa mahukan perubahan yang belum pasti apakah perubahan itu menguntungkan siapa kelak.
Nah!!! Dengan dasar ekonomi baru (DEB) kita lihat wujudnya kantraktor kelas F. Kontraktor ini wujud selepas berlaku peristiwa 1969.Tahukah kita apakah kontraktor kelas F?
Kontraktor kelas F adalah kontraktor paling rendah tarafnya dan projek yang dikendalikan sangat rendah iaitu jumlah kewangan di bawah RM 200,000.Kontraktor ini adalah milik bumiputera yang mana 51 peratus mesti dimiliki oleh bumiputera.
Kalau kontraktor kelas A mungkin orang melayu kurang kerana ianya melibatkan projek bernilai RM10 juta.Ada memang ada.Tapi jika hendak dibanding dengan bangsa lain siapa kita?
Oleh sebab itu,setelah DEB diperkenalkan orang melayu agak beruntung kerana kontraktor kelas terendah iaitu "F" diperkenalkan.Maka lahirlah golongan kontraktor-kontraktor melayu hari ini.Kita mampu berbangga kerana bangsa kita terlibat dalam sektor ini.
Kenapa bantu melayu? Apakah dibantu itu kerana nama melayu? Kata Prof Dato’ Dr Mansor Isa bekas pengarah Jabatan Pengajian Malaysia Universiti Kaherah dan juga pakar ekonomi Malaysia,melayu dibantu bukan kerana namanya melayu,melayu dibantu kerana miskinnya melayu.
Setelah kita tahu bagaimana strategi Inggeris mahu melemahkan kaum bumiputera dan bagaimana ketinggalannya melayu,apakah gerangannya Encik Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang menerajui kerajaan campuran DAP dan PKR membangkitkan isu DEB ini yang membuat kenyataan bahawa "TIADA DEB DI PULAU PINANG" setelah memenangi pilihanraya ke 12 di Pulau Pinang?
Kenyataan tersebut adalah tidak lain tidak bukan mahu mengguris hati golongan tertentu.
Baru-baru ini pun ketika di Parlimen Karpal singh menampakkan sikap kurang ajar terhadap institusi diraja apabila mempersoalkan kredebiliti Sultan Perak dalam titah baginda agar YAB Menteri Besar Perak menarik balik arahan menukar pengarah JAIP dalam masa 24 jam.Bahkan Karpal Singh juga mempersoalkan ucapan titah diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ketika pembukaan parlimen.
Dalam hal ini dimanakah PAS? Bagi PAS,UMNO juga penderhaka.Kerana perlantikan Menteri Besar terengganu baru-baru ini pernah menimbulkan kontroversi.Namun,PAS terlupa dan sengaja buat-buat tidak tahu bagaimana berakhirnya isu tersebut yang mana Majlis Tertinggi UMNO menghormati perlantikan itu dan semua individu yang menyokong bekas MB Terengganu menghormati keputusan tersebut dan dari awal lagi pendirian Dato’ Seri Idris Jusoh adalah berserah kepada "takdir".Beliau tidak langsung bertindak agresif dan mempersoalkan intitusi Diraja.
Apa khabar DAP? Apakah jawatankuasa tertinggi dalam parti itu akan membuat keputusan terhadap tindakan pengerusinya itu? Sekurang-kurangnya penasihat DAP,LIM KIT SIANG perlu menyatakan pendirian jelas dalam isu Karpal ini.
PAS memang mengamalkan sikap anti UMNO dalam keadaan apa sekali pun.Khairi menantu pak lah mereka nampak,tuh....Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bukan anak beranak? Wan Azizah dengan Nurul Izzah siapa mereka? Bukan anak beranak? Apa salahnya Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah jadi MP? Sekonyong-konyong keluarlah kenyataan di HARAKAH ketika PRU ke 12 yang lepas,kononnya kerana sijil nikah khairi,beliau layak untuk bertanding.
PAS mengamalkan sikap PHD,Perasaan Hasad Dengki yang hanya tahu kritik dan terus kritik.musnah dan musnahkan.Kadang-kadang saya berfikir,apakah PAS selesa dengan DAP berbanding dengan UMNO? PAS perlu tahu UMNO itu kumpulan yang berideologi Melayu dan Islam.DAP adalah sosialis.Antara melayu,Islam dengan Sosialis,barangkali sosialis lebih sesuai duduk semeja dengan PAS yang mana intipati perjuangan PAS seringkali mereka katakan perjuangan berlandaskan Al quran dan As sunnah.PAS.......duduklah semeja dengan UMNO....tinggalkan pakatan yang merbahaya itu...
Selaku golongan agamawan yang graduate dari Al Azhar saya hormati semua pimpinan dari melayu tidak kira dari parti mana,UMNO atau PAS Namun saya kecewa dengan sikap PAS dalam isu DEB yang dibangkitkan oleh LIM GUAN ENG dan isu KARPAL SINGH.
Dasar DEB telah berakhir.Namun roh DEB masih tetap ada.Pelaksanaan DEB diteruskan dengan dasar seterusnya iaitu Dasar Pembangunan Negara (DPN).
(Entri ini bebas di copy-paste selagi mana masih menampilkan blogger dengan jelas dan tidak mengubah apa-apa kenyataan yang dibuat,saya menulis ikhlas kerana Allah S.W.T, agama,bangsa dan negara)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
DEB diwujudkan untuk menambah peratus kek ekonomi orang melayu sampai tahap 30%..kenapa di akhir DEB kekayaan melayu hanya sekadar beberapa peratus sahaja...kenapa setiap saban 5 tahun sekian ratusan malah ribuan juta peruntukan yang disediakan tetapi kek keyaan melayu tiada sampai 50% dari yang dijangkakan...?
ketika pak lah membentangkan RMK9, paklah selaku ketua kerajaan telah mengaku bahawa DEB telah gagal..bahkan rancangan malaysia 5 tahun yang selepas itu juga paklah akui gagal..mengapa gagal...paklah jawab kerana lemah dalam perlaksanaan dasar..kenapa lemah..? mana laporan prestasi atau punca kegagalan yang sepatutnya dibentangkan secara terbuka kepada rakyat...?
paklah akui DEB dan rancangan 5 tahun gagal..saban tahun gagal...kenapa sehingga RMK9 dibentangkan di parlimen menteri-menteri yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar yang ternyata gagal masih dikekalkan...? apa maksud menteri yang gagal dikekalkan...? mana laporan kegagalan rancangan ekonomi negara.. sudah pasti tidak didedahkan kerana takut penyelewengan dan penipuan dan rasuah terdedah kepada pengetahuan rakyat..? apa buktinya...soalan..megapa kekalkan akta rahsia rasmi sehingga setiap tender konsesi toll yang dikutip dari duit rakyat yang sepatutnya rakyat perlu tahu kenapa toll saban tahun naik tetapi dihalang OSA...?
kenapa bising pasal DEB..? bolehkah bezakan DEB dengan Disiplin Ekonomi..? DEB hanya dasar...dasar yang melibatkan kaedah..DEB bukan Ekonomi itu tetapi salah satu kaedah ekonomi..paklah sudah akui gagal..siapa yang gagalkan..? setelah menteri bahkan orang yang sama melaksanakan DEB yang gagal dikekalkan yang sudah tentu meneruskan kegagalan yang menyebabkan DEB gagal..? bila kaedah ekonomi gagal..apakah tiada kaedah lain dalam dunia ini selain DEB sahajakah yang mampu menyusun semula masyarakat dan menghapuskan pengenalan kaum..? kenapa vietnam kini menjadi harimau ekonomi asean mampu selesaikan dasar fiskal dan ekonominya yang jelas amat jauh bezanya dengan DEB...? dari jawapan itu...apakah ekonomi itu DEB atau DEb sebahagian dari ekonomi..?kalu deb itulah ekonomi maka seluruh dunia menggunakan kaedah yang salah. namun paklah mengakui DEB gagal..apakah ekonomi itu gagal atau kaedah ekonomi yang gagal..? sudah terbukti DEB gagal kerana tidak telus...mengapa mahu marah kepada mana-mana pihak yang menolak DEB lantaran secara akademiknya DEB hanya kaedah...kaedah yang gagal..maka bukankah wajar diganti dengan dasar ekonomi yang lebih telus dan adil?? saudara hanya mengambil sumber DEB dari sekian banyak maklumat tentang perlaksanaan DEB sahaja. perkara ini boleh di copy paste ke dalam blog seolah kita yang mengarangnya...soalnya saudara perlu memahami semula perbezaan kaedah ekonomi yang ada dan memahami apa konteks sebenar DEB dari segi disiplin ekonomi..
mengapa anda perlu sedih apabila PAS bersikap bersama dengan DAP isu DEB..anda perlu rujuk kembali perangkaan tahun1990 di mana DEB berakhir digantikan dengan dasar pembangunan negara dan sebainya yang ternyata gagal..jabatan audit negera telah menegur kerajaan persekutuan malah beberapa negeri yang ketika diterajui BN tentang masalah ketidak telusan yang berlaku terhadap peruntukan yang diseleweng harganya..barang seringgit dibeli dengan harga seratus ringgit...
kementerian pertahanan buat projek kapal tentera sebanyak 7 buah di lumut. di dalam audit ditulis harganya lebih 7 bilion ringgit namun hanya 3 buah kapal yang siap itupun tidak sepenuhnya..lagi 4 buah tidak siap...yang pelik duit sudah dibayar kepada komtraktor secar penuh..bila jabatan audit periksa harga asal hanya lebih kurang 4 bilion sahaja.kapal belum siap..mana pegi lagi 3 bilin ( rujuk laporan audit 2007 )bila diperiksa lagi kontraktor yang dilantik sebelum ini tiada pernah wujud bahkan tidak pernah membina walau sebiji sampan pun..jika anda seorang sarjana syariah yang matang dalam politik walau setahun jagung...apa penjelasan anda tentang kerugian wang rakyat 3 bilion lebih seperti yang dilapor dan dibetangkan oleh ketua audit negara...?
isu nuri terhempas di genting sempah..
sehari sebelum nahas adik kepada kapten asyikin ( mangsa ) telah mendengar perbualan kakaknya dengan juruterbang helikopter yang lain yang akan menerbangkan helikopter itu pada keesokkan harinya..ada keluhan dari kakaknya tentang gearbox pendaratan heli telah lama rosak tiada diganti-ganti..dari perbualan itu mereka tiada boleh berbuat apa-apa kerana sudah menerima arahan untuk menerbangkan heli itu mengikut jadual yg telah ditetapkan..
soalnya...mengapa menteri menyalahkan juruterbang walaupun sudah diketahui bahawa banyak peralatan heli yang usang masih belum diganti bahkan tiada menjamin keselamatan anggota pertahanan itu..soalan kepada saudara sarjana syariah..mengapakah syarikat airod yang diberi kontrak membaiki segala kerosakan yang dihadapi oleh mana-mana pesawat di bawah kementerian pertahanan tiak mengambil peduli soal alatganti yang sepatutnya dapat menjamin keselamatan anggota pertahanan negara yang kita cintai..? sudara sarjana syariah yang celik politik tiada nampakkah bahawa sekian banyak peruntukkan yang deberikan kepada kementerian pertahanan namun belanjanya tiada, mana pergi duit rakyat itu..? kenapa saban kali terjadi nahasn laporan siasatan tidak didedahkan kepada umum walaupun kelurga mangsa sendiri kemudian ditakutkan dengan akta rahsia rasmi...? atau apakah menteri terbabit takut pendedahan itu sampai ke telinga rakyat..?
atau saudara sarjana syariah masih dibelenggu kesan proses pembodohan minda anjuran umno zaman-berzaman sehingga tidak terfikir bahawa selama ini penyelewengan yang berlaku dalam DEB pun yang bertanggungjawab adalah umno namun isu itu disekat dengan menyekat maklumat sampai kepada rakyat..?
benarkah PAS mengamalkan sikap persaan hasad dengki atau umno yang dengki dengan prestasi PAS atau saudara sendiri dikalangan orang yang paling kecewa dengan prestasi umno yang agak tidak memberangsangkan..?
benarkah umno beridealogi melayu dan islam..maka saudar mengajak pas duduk semeja dengan umno dengan alasan pakatan rakyat adalah merbahaya..
soalan.
apakah UMNO yang menghapuskan tulisan jawi satu ketika dahulu tidak bahaya..?
apakah kenyataan dato' seri nazri aziz dalam parlimen tahun lepas bahawa umno terpaksa menggunakan perkataan islam hanya keran untuk menyaingi PAS tidak bahaya?
mengapa paklah menafikan terus bidangkuasa sultan terengganu tidak dikira derhaka ( bahkan pimpinan UMNO tiada pernak memohon ampun dari pihak istana terengganu )tetapi isu karpal singh yang hanya menyatakan pendiriannya tentang pengasingan kuasa yang jelas termaktub di dalam undang-undang persekutuan di anggap amat derhaka..?
mengapa kertas siasatan terhadap karpal singh disegerakan tetapi laporan tentang kain rentang yang tertulis ( kami nak deris natang ) yang menyifatkan sultan dan pihak istana terengganu tiada tndakan langsung, apakah kerana ia di buat oleh penyokong idris jusoh yang memang umno dan sudah tentu bukan PAS ?
LIM GUAN ENG, ketua menteri pulau pinang mengumumkan bahawa cukai bangunan untuk sekolah agama rakyat di p. pinang dihapuskan, elaun guru kafa dinaikkan tetapi negeri yang diperintah oleh umno tidak dinaikkan..?
apabila pemimpin umno bahagian di pulau pinang terus menjadi kaya sedangkan melayu di sana amat ketinggalan tidak dibisingkan walaupun kononnya DEB lah yang menyelamatkan melayu...megapa kini timbulkan kembali isu DEB yang ternyata telah lama gagal kemudian membuat perarakkan perkauman yang terdiri dari sekian banyak kontraktor yang sudah pasti selepas ini tidak akan mendapat projek dari kerajaan negeri kerana perlu melalui proses terbuka ..atau UMNo sengaja mahu menimbulkan isu perkauman...?
kenapa ketika UMNo kalah isu melayu menjadi buah mulut UMNO tetapi tidak ketika menang..?
apakah saudara meneliti undang-undang tubuh umno dan bezakan dengan undang-undang tubuh pas..?
bukankah undang-undang tubuh yang akan mencorakkan perjalanan parti itu..? atau saudara sendiri tiada pernah mengkaji perkara ini dari segi qaedah fiqh serta syariatnya...? APA NILAI ISLAM DISISI UMNO..?
RUJUK undang-undang tubuh umno;
fasa 3(3) asas dan tujuan penubuhan umno ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan islam, AGAMA RASMI NEGARA , serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
umno hanya melihat islam selagi mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan, yang bermaksud perlembagaan adalah lebih tinggi dari islam..
RUJUK PERKARA 4 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG BERBUNYI ;
PERLEMBAGAAN INI ADALAH UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN DAN APA-APA UNDANG-UNDANG YANG DILULUSKAN SELEPAS HARI MERDEKA DAN YANG BERLAWANAN DENGAN PERLEMBAGAAN INI HENDAKLAH TERBATAL SETAKAT YANG BERLAWANAN ITU.
DALAM KONTEKS POLITIK MALAYSIA, UMNO MEMANG MELETAKKAN AGAMA DALAM PERLEMBAGAANNYA TETAPI AGAMA ITU BERSIFAT TIGA SERANGKAI BERSAMA-SAMA DENGAN BANGSA DAN NEGARA. AGAMA MERUPAKAN SATU DARIPADA TIGA PERKARA YANG DIPERJUAGKAN. MAKNANYA KEUTAMAAN TIDAK DIBERIKAN KEPADA AGAMA SAHAJA. MUNGKIN DARI BANYAK HAL BANGSA ITU AKAN DIUTAMAKAN DARI PERKARA LAIN TERMASUKLAH PERKARA AGAMA.
ORANG YANG MENYERTAI UMNO ANTARA SYARATNYA ADALAH WAJIB PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN UMNO DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. SEDANGKAN PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA SEPERTI PERKARA 4 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS JELAS BERCANGGAH DENGAN SYARIAT DAN AQIDAH ISLAM. KERANA APA IA BERCANGGAH..? KERANA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BOLEH MEMBATALKAN MANA-MANA BAHAGIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH YANG BERLAWANAN DENGAN PERLEMBAGAAN SECARA SERTA MERTA. SEMENTARA AGAMA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UMNO ADALAH AGAMA YANG DIFAHAMI SAMA DENGAN AGAMA-AGAMA LAIN MENGIKUT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 'AGAMA RASMI' YANG BERMAKSUD RITUAL DAN ISLAM BUKAN SEBAGI CARA HIDUP YANG LENGKAP DAN MENYELURUH..SAUDARA SARJANA SYARIAH SAYA YAKIN FAHAM BENAR DENGAN LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG INI.
ADAPUN UNDANG-UNDANG TUBUH PAS;
BAB KEDUA FASAL 3 MENYEBUT ;
DASAR PAS ADALAH ISLAM.
APA MAKSUDNYA..? MAKSUDNYA SETIAP PERGERAKAN PAS, SIKAPNYA, PENDIRIANNYA, AMALANNYA SERTA TINDAKKANNYA MESTILAH BERDASRKAN ISLAM.
BAB KETIGA FASAL 5;
TUJUAN PAS MENYEBUT;
1.MEMPERJUANGKAN WUJUDNYA DI DALAM NEGARA INI SEBUAH MASYARAKAT DAN PEMERINTAHAN YANG TERLAKSANA DI DALAMNYA NILAI-NILAI HIDUP ISLAM DAN HUKUM-HUKUMNYA MENUJUKEREDHAAN ALLAH.
2.MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM SERTA KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN NEGARA.
FASAL 6; USAHA-USAHA; (2)
MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGI AQIDAH DAN SYARI'AH SERTA MENJADIKANNYA SEBAGI PANDUAN BERPOLITIK DAN BERNEGARA SERTA MEMPERKENALKAN NILAI-NILAI KEISLAMAN DALAM USAHA MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEMAJUAN DISEGENAP BIDANG TERMASUK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN, EKONOMI DAN SOSIAL,SERTA PELAJARAN DAN PENDIDIKAN.
FASAL 7; HUKUM DAN KEKUASAAN
(1)ADAPUN HUKUM YANG TERTINGGI SEKALI DALAM PEGANGAN PAS IALAH KITABULLAH DAN SUNNAH RASUL SERTA IJMAK 'ULAMAK DAN QIAS YANG TERANG DAN NYATA
SAYA KIRA SAUDARA DAPAT BEZAKAN DASAR UMNO DAN PAS SEBELUM SAUDARA MEMBUAT TUDUHAN MELULU TANPA MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF POLITIK, EKONOMI DAN UNDANG-UNDANG.SAYA KIRA SAUDARALAH YANG PATUT DUDUK SEMEJA DENGAN PAS UNTUK SAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT YANG SELAMA INI DIGADAIKAN OLEH UMNO ZAMAN BERZAMAN.
Kepada "anak bapak" ,terima kasih kerana mengambil bahagian.Terima kasih atas ulasan anda.
Kegagalan yang anda katakan adalah kegagalan yang masih ada kejayaannya.
Apakah anda mahu menolak fakta yang benar,bahawa lahirnya golongan akademik,korporat dan teknokrat pasca DEB?
Anda harus melihat kejayaannya.Kegagalan yang dihadapi bukan kegagalan secara total.Kejayaan tetap meniti atas kesan DEB walaupun ada kegagalan.
Ini adalah kerana dasar pecah dan perintah oleh Inggeris yang mempengaruhi tanah air kita walaupun telah merdeka.
Usaha kerajaan untuk menstabilkan keadaan dan penyusunan masyarakat tidak boleh dilihat sebagai satu usaha yang mudah dan boleh dicapai dalam masa yang singkat.
Kejayaan DEB untuk mencapai target 30 peratus memang gagal,akan tetapi peratusan yang dicapai adalah juga patut diambil kira dan bukan dipandang remeh.
Anda harus kembali membaca buku-buku tulisan yang menceritakan biografi kempimpinan terdahulu,kerana di situ terselit bebarapa fakta yang boleh memberikan pemahaman kepada kita.
Berkenaan DAP,nampaknya,saudara suka PAS bekerjasama dengan DAP.Takkan anda tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh pemimpin DAP dalam mempersoalkan kredebiliti raja-raja melayu?
Tak mengapa,anda adalah orang politik berdasarkan profile yang anda nyatakan dalam BLOG anda sendiri.
Saya hormati pendangan anda kerana anda dari parti dokongan anda.Teruskan perjuangan anda.
Saya hanya menulis berdasarkan fakta.Apa pun jangan lupa perjuangkan kebajikan mahasiswa Selangor di Al Azhar kerana PAS menang di Selangor dan anda wakil calon PAS di Tanjung Karang.
Walaupun YB anda gagal meraih kemenangan,namun,saya percaya tetap ada ruang dan peluang untuk anda berbaut demikian.
Wassalam...
salam...terima kasih kepada saudara ezo atas menyiarkan respon tentang DEB..
saya melihat DEB adalah kaedah ekonomi semata2..dan DEB bukanlah satu2nya disiplin yang mampu menstruktur semula komponen serta struktur masyarakat
matlamat serampang dua mata adalah jelas dan di atas kertas ia memang satu dasar yang baik..
DEB diwujudkan apabila kesan pecah perintah ciptaan penjajah menimbulkan rasa tiada puas hatdi antara kaum.
berikutan keputusan pilihanraya umum khususnya di negeri selangor apabila parti perkatan seri dengn PEKEMAS 12 kerusi,namun MB selangor ketika itu bertindak pantas memujuk ADUN tanjung sepat yg menang atas tiket bebas menyertai perikatan dan akhirnya menubuhkan kerajaan.parti gerakan ketika itu membuat perarakan kemenangan kemudian diprovokasi oleh demonstrasi UMNO bermula di rumah MB selangor ketika itu dato' haron idris..
berlaku darurat kemudian ditubuhkan mageran sebagai mana yang saudara tahu akhirnya tercetusnya idea dasar ekonomi baharu..DEB.
benar DEB bermatlamat mahu mengahapuskan pengenalan kaum mengikut penglibatan ekonomi kaum itu sendiri..
ia berakhir pada 1990 namun pihak kerajaan sendiri mengakui DEB gagal, gagal kerana perlaksanaan yang tidak telus dan tidak adil..pemilikan ekonomi hanya naik beberapa peratus shaja bagi bangsa melayubahkan tidak sampai 20peratus..satu keputusan yang amat mendukacitakan kerana ia berjalan hampir 20tahun..
mengapa gagal..disebabkan masalah rasuah dan pecah amanah yang amat ketara dilakukan oleh pimpinan umno bahagian sehingga ke tahap pimpinan nasional..
sekian banyak juta peruntukan disalorkan untuk melaksanakan dasar mengapa masih gagal..
kita tidak boleh mengatakan bahawa ada dikalangan profesional dan korporat melayu lahir hasil dari DEB ini..masalah yang nyata ketiadaan ketelusan yang makin menjadi2 akhirnya yang kita lihat sekarang ini umat melayu tetap menjadi bangsa yang ketinggalan.
umno telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat. saya menolak pendapat saudara tentang lahir profesional dan korporat melayu dari DEB maka mereka dan saya sendiri tidak wajar menolak DEB kerana jasanya. DEB modalnya datang dari duit rakyat. rakyat adalah pembayar cukai dan berhak atas menerima dasar yang baik2 dengan mengamanahkan kuasa pada UMNO ketika itu. DEB tidak mengamalkan tender secara terbuka.kesempatan ini digunakan oleh umno untuk mewujudkan syarikat kontraktor tak kiralah kelas apa pun tapi hanya pada kroni dan anakberanak sahaja..yang akhirnya kontraktor yanng tiada pernah buta rumah pun diberikan kontrak membina bangunan seperti kes bina kapal tentera harga asal 4bilion namun belanja 7bilion kapal tak siap duit sudah habis,syarikat tiada pengalaman walau bina sebiji perahu pun..
oleh kerana tender diberikan secara tertutup..apabila terdapat kelompangan belanja..ada golongan melayu menengah yang sedar akan hal ini maka mereka mempersoal kemana banyak2 duit yang sepatutnya dibelanja dengan baik tetapi berlaku sebaliknya..UMNO dan BN cukup takut dengan situasi ini maka mereka menggunakan kesempatan terhadap akta rahsia rasmi untuk melindungi dokumen2 yang sepatutnya pembayar cukai iaitu rakyat tahi ke mana duit mereka dibelanjakan..akhirnya rakyat terutamanya penjawat awam tiada boleh mendedahkan kepada umum atas alasan OSA..bagaimanalkah kita mahu wujudkan integriti di kalangan pembuat dab pelaksana dasar jika laporan kegagalan dan perlaksanaan tidak didedahkan kepada tuan punya modal iaitu rakyat..DEB modalnya adalah sember kekayaan negara,pinjaman dari negara luar dan hasil dari segala cukai yang dibayar oleh rakyat yang mana jika rugi sesuatu perlaksanaan itu yang menanggung adalah rakyat bukan pemimpin. sebeb itu saudara dan saya wajib sedar bahawa DEB adalah modal yang dikeluarkan oleh rakyat bukan duit UMNO dan BN.
kini golongan menengah di bandar2 telah jelas menolak UMNO dan BN..saudara boleh melihat jelas keputusan pilihanraya di lembah kelang sebagi contohnya..di sapu bersih oleh pakatan rakyat. apakah seluruh penduduk di lembah kelang adalah jahil tentang suasana serta iklim politik dan ekonomi..?menagap UMNo hanya mampu menang di luar bandar sahaja kerana apa..kerana mereka masih debelenggu kejahilan yang dicipta oleh UMNO..tak percaya tanyalah makcik2 pakcik2 dikampung tentang ekonomi..politik..sosial..tak perlu isu besar peringkat nasional..peringkat kampung sudah cukup..kenapa..dibelenggu dengan anggapan bahawa kalu bukan UMNO yang memerintah..seolah2 tiada rezeki..seolah rezeki datang dari UMNo bukan allah ta'ala..mereka diluar bandar di sogok..dapat 200$ sudah cukup besar baginya tapi apakah dia ada kesedaran bahawa kekayaan negara yang sepatutnya sampai padanya lebih dari yang dia dapat itu pun 5tahun sekali sedangkan kekayaan sudah di seleweng oleh pimpinan UMNOdan BN..?kenapa mereka tiada tahu..? kerana maklumat tiada sampai..?kenapa maklumat tiada sampai..? kerana maklumat di sekat..? siapa yang sekat..? sudah tentu pemerintah UMNo dan BN..bagaimana mereka sekat maklumat,,? mereka menggunakan media elektronik dan media cetak semahu2nya memberi berita berat sebelah dan mendiamkan penyelewengan yang mereka lakukan..cara apa lagi..? sekat ceramah..? cara apa lagi mereka sekat ..? akta rahsia rasmi..? lagi...? ISA... lagi...? AUKU.. kenapa dengan auku..? takut mahasiswa pula yang akan dedahkan penipuan dan penyelewengan UMNO dan BN jika disiplin ilmu mereka bercanggah dengan apa yang dibuat oleh UMNO..lagi lagi dan lagi..? tidak sedarkah saudara atau saudara buat2 tidak sedar atau saudara memang tidak sedar akibat saudar sendiri yang terkesan dengan proses penjahilan minda oleh UMNO sehingga menyangka UMNO adalah segala2nya walau[un telah nyata sejarah politik wang berlaku dalam UNO berterusan dulu kini dan selamanya...tidak sedarkah saudara..?
kesimpulan dari yang saya tulis di atas..
benar kita manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan..kegagalan pun serupa juga...haha! maknaya belajar dari kegagalan dan kesilapan..
jika kegagalan itu berlakiu pada rancangan 5 tahun pertama mengapa orang yang sama memegang fortpolio yang sama dan menyebabkan kegagaln bersama masih dekakalkan untuk meneruskan dasar yang sebelum itu gagal..bukan sepenggal..berpenggal2..apa maknanya kegagalan jika muhasabah terhadap kegagalan tidak diakui..? apa makna belajar dari kegagalan jika duit rakyat terus dibazirkan dan yang menderita menyerap kerugian itu adalah rakyat..?rakyat terus menderita menanggung beban yang dicipta oleh pimpinan UMNo..bukan DEB itu yang bersalah..pimpinan UMNO yang menyalahgunakan DEB untuk kepentingan mereka dan kroni2 mereka..lihat di pulau pinang sebelum BN tumbang kapad pakatan rakyat,,mengapa pimpinan UMNO bahagian terus kaya dengan projek dan tender sedangka melayu pulau pinan amat ketinggalan dan kini baru hendak buka mata tentang nasib melayu p.pinang..kenapa dulu tidak bertindak ketika berjuasa?
ketua menteri lim guan eng bertekad mahu menjadikan khalifah umar bin abdul aziz sebagi idolnya dalam memimpin negeri dan urustadbir duit rakyat..dia sendiri menaiki pesawat dan duduk di kelas ekonomi walaupun atas urusan rasmi sehingga selebriti ning baizura pun terkejut beruk tidak percaya..? kerana apa..sudah tentu keran integritinya menjaga wang rakyat..untuk menjaga integriti ini pimimpin dan kerajaan mesti telus dan adil dalam megurus dan mentadbir duit rakyat, maka tender secara terbuka diperkenalkan..DEB tiada tender terbuka..!! tender tertutup DEB atas tujuan memberi peluang kontraktor melayu dapat projek atas peruntukan yang disediakan..malangnya hanya syrikat kontraktor UMNOPUTRA sahaj yg dapat,bila dapat disubkan..maka untung atas angin..kontraktor yang dapat sub kontraktor kecil2 tapi buat projek besar2..wujudlah kelemahan dalam urustadbir kewangan apabila cthnya balairaya asal 10ribu tapi harga claim 100ribu..siapa yang sapu semua ini..?
maka ekonomi ada banyak kaedahnya...ilmu bagaimana hendak membahagikan hasil bumi yang terhad kepada kehendak serta keperluan manusia yang tidak terhad..DEB sahajakah kaedah yang maha sesuai dulu kini dan selamanya..?apakah pakar ekonomi seluruh negara sudah ketandusan kaedah ekonomi untuk memikirkan kaedah terbaik pembahagian kekayaan rakyat kepada rakyat sehingga rakyat tahu kemana setiap sen yang dibelanjakan..? DEB sudahpun tamat pada tahun 1990. perbahasab yang panjang dikalangan ahli ekonomi negara adalah persoalan gagalnya DEB disebabkan perlaksanaan yang tidak telus..kerana apa..komponen2 DEB itu sendiri yang membolehkan orang yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap sistem yang digunakan..bukankah ia tetap gagal...? sudah tamat tahun 1990..mengapa kini mahu mengungkit lagi..? tepuk dad tanylah iman.
salam...ini respon saya kepada saudara tentang hubungan PASdan DAP..
benar ada segelintir pimpinan veteren DAP tiada bersetuju dengan penubuhan negara islam yang diperjuangkan oleh PAS..namun apakah itu pendirian parti atau peribadi pimpinan itu..barisan pimpinan DAP muda bersikap terbuka soal negara islam dan hak masyarakat non-muslim serta jaminan hidup yang lebih baik dari amalan demokrasi yang ada sekarang..mereka kini bersifat lebih terbuka dan dapat dibuktikan dengan majlis2 dialog antara PAS dan tiong hua ataupun india soal pendirian pas tentang matlamat penubuhan negara islam yang di anjurkan oleh pimpinan DAP sendiri..sauadara mungkin tiada maklumat ini keran saudara lebih suka baca utusan on line dari media pakatan rakyat..saudara juga masih belum terlibat secara langsung program kemasyarakat pakatan rakyat yang nyata tidak akan diperolehi dari suratkhabar dab TV yang dikawal oleh UMNO..apa buktinya lagi..kini kelab2 penyokong pas tmbuh bagai cendawan lepas hujan walaupun meraka adalah bekas ahli mca atau mic juga ada jiga ahli kelab yang dalam masa yang sama adalah ahli DAP dan PKR..kenapa...kerana mereka mendapat maklumat yang betul..maklumat tentang apa..tentang islam..kerajaan islam..dasar2 islam..kenapa sebelum ini mereka prejudis terhadap islam..keran UMNO dan rakan2nya parti PPP,gerakan.MIC dan MCA memberikan gambaran yang tidak baik tentang islam...siap yang mamimpin mereka kini..ahli2 pas dikalangan kaum cina dan india yang beragama islam...!!!
isu karpal singh...bagi saya itu pendapat peribadi beliau sebagai seorang peguam.benarkah DAP bersikap mempersoalkan kedibiliti raja2..saya berani menjawab TIDAK..!!! kerana..kerana seluruh ahli2 dan pimpinan DAP baru2 ini berpendirian bahawa itu bukan pendirian parti..maka bila karpal di dakwa,dia sendir yang bela dirinya tana sokongan dari DAP kerana mereka sendiri menganggap itu adalah tidakan peribadi maka secara peribadilah dia membela dirinya..adapun karpal hanya menjelaskan tentang penelitian bidang kuasa raja yang memang termaktub didalam perlembagaan persekutuan.bagi saya kenyataannya benar kerana raja kita raja berpelambagaan, raja mesti ikut perlembagaan, raja bukan berkuasa mutlak tetapi ada bidangkuasanya sendiri dan ada bidang yang dia tidak berkuasa.oleh keran suratkhabar UMNO dan BN membesar2kan kes ini...maka ia dianggap isu besar yang bagi saya untuk menutup kepincangan dan perpecahan dalam umno yang maha meruncing kini..umpama telur tembelang dihujung tanduk...tak pecah telur tak berguna pecah lagi tak guna..
baik..saya memuji betapa pantasnya ketua pulis negara bersama menyiapkan kertas pertuduhan ke atas karpal yang akan disabitkan dibawah akta hasutan...
soalan..
bagaimana dengan sekian banyak laporan polis terhadap kain rentang yang tertera pad kain rentang itu "kami nak deris natang" yang menyifatkan pihak istana terengganu sebagai binatang..mana dia kertas pertuduhan,,report pulis bukan sahaja dari pihak PAS..pihak UMNo juag buat report pulis..mana dia kertas siasatan dan mana dia kertas pendakwaan..susah sangatkah nak siasat siapa yang buat,yang bawa yang tulis perkataan kurang ajar pada istana..pihak DAP pun buat laporan pulis atas kes istana terengganu di sebut binatang..kalau sungguh meraka benci raja..kenapa dia buat report,,report polis bukan main2..saya nak tanya..mana dia kertas siasatan..? bukankah menyifatkan sultan terengganu sebagai binatang adalah kurang ajar dan biadap malah amat derhaka kepada raja..? kena isu karpal tak sampa 2 hari sudah siap kertas pertuduhan dan sudah diserah kepada jabatan peguam negara..? isu di terengganu...mana dia kertas peertuduhan..? atau kerana di dalangi oleh UMNO maka serhaka kepada raja disenyapkan begitu sahajakah..?
dato' seri pak lah badawi bersama ketua peguam negara ghani patail ketika krisis istana terengganu enggan menerima idris jusoh sbagai MB, mengkritik pihak istana terengganu bahawa pihak istana tidak bertindak menepati perlembagaan persekutuan atas alasan PERLEMBAGAAN NEGERI TERNGGANU TIDAK SEKUAT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..? menteri di jabatan perdana menteri senator zaid ibrahim mengeluarka kenyataan bahawa perlembagaan negeri terengganu sudah lapuk..bukankah menghina pihak sultan terengganu..sekian banyak laporan pulis dibuat...MANA DIA KERTAS PERTUDUHAN..SUSAH SANGATKAH MAHU MENYIASAT PAKLAH SERTA GHANI PATAIL JUGA ZAID IBRAHIM..? ISU KARPAL 2 HARI SIAP..PAKLAH DAN GHANI KENAPA TAK SIAP2...? gaji polis dibayar oleh pembayar cukai dibayar oleh rakyat..apa polis buat bila ada pihak melaporkannya kepada polis..? bukankah rakyat mahukan perkara ini di adili...mana tindakannya,,,?
dato' seri shahidan kassim boikot majlis angkat sumpah MB baru..?lim kit siang juga serupa...bezanya lim kit sian memohon mengadap sultan perak dan mohon maaf secara rebuka..shahidan kassim..? kenapa sampai sekarang masih belum minta maaf dari tuanku raja perlis..? alasannya redho dengan taqdir allah sama sahaja jawapannya dengan idris jusoh...mana dia mohon maaf dari orang yang kamu derhakai...?lim kit siang cepat di anggap penderhaka..shahidan kassim...? idris jusoh...?? sekian banyak laporan di buat..dari kalangan UMNO,PAS PKR dan DAP..mana dia kertas pertuduhan..susah sangat ke nak siasat shahidan kassim di bawah akta hasutan menghina raja-raja yang sekarang ini hanya ADUN biasa sahaja exco pun tidak..
semua ini saya mahu saudara berfikir di bumi nyata bukan bumi yang dikayalkan oleh UMNO ke dalam paradigna saudara...bahawa sekian lama kami mendapat double standard dari UMNO..fikir2kanlah wahai saudaraku..
satu lagi jika saudara terfikir bahawa pas dapat bekerjasam dengan DAP mungkin kerana pas sudah gugurkan dasar negara islam..saya mahu jelaskan siap2 pada saudara bahawa jika selama2nya pas tidak menyebut dalam manifestonya..ia tetap menjadi dasar parti..rujuk kembali dasar pas juga tujuan pas..saudara kini mengikuti pengajian di peringkat sarjana bukan,,,saya pasti saudara akan faham dengan syarat buang dahulu kongkongan UMNO di benak saudara..nilailah dengan adil berdasarkan ilmiah..wallahu a'lam'
selamat berfikir menggunakan otak yang ditunda dengan wahyu..
wassalam..
Catat Ulasan