Keliru,memang mengelirukan.Saya belum menyertai UMNO,akan tetapi perasaan sayangkan UMNO itu ada.Agak terkejut apabila saya menerima berita bahawa Tun Dr Mahathir keluar UMNO.Setelah saya mendengar berita tersebut,saya segera ke cyber cafe untuk melayari internet.
Benar,Tun Dr Mahathir keluar UMNO.Nampaknya kali ini Tun mendesak perletakkan jawatan Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri secara lebih mendesak dan tegas.Pastinya keadaan ini akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.
Benar,Tun Dr Mahathir keluar UMNO.Nampaknya kali ini Tun mendesak perletakkan jawatan Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri secara lebih mendesak dan tegas.Pastinya keadaan ini akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.
Apa pun,Tun telah menyumbangkan jasa yang amat besar dalam pembangunan negara.Tidak semestinya pandangan beliau betul.Sebab,manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Mungkin pada ketika ini,ada yang memandang bahawa tindakan TUN amat membahayakan parti dan menyumbang kemenangan yang lebih besar buat pembangkang.
Izinkan saya mengutarakan pendapat terhadap isu ini.Selaku anak muda yang sayangkan UMNO dan menyanjungi perjuangan parti ini saya mempunyai pendapat terhadap apa yang berlaku hari ini.
Keluarnya bekas seorang pemimpin nombor satu dalam UMNO dari UMNO bukan satu yang baru.Ianya berlaku sebelum ini kecuali Allahyarham Tun Abdul Razak yang meninggal dunia ketika masih menyandang jawatan utama dalam parti dan negara.
Oleh yang demikian,seluruh rakyat dan ahli UMNO tak perlu melenting dan terkejut.Ahli UMNO perlu bersikap rasional dalam menangani isu ini.Namun,kali ini mungkin situasinya berbeza.Ini kerana Tun Dr Mahathir mempunyai sejarah peribadi yang membanggakan dan sumbangannya terhadap negara amat dirasai oleh generasi hari ini.
Sepatutnya,apa yang disuarakan oleh Tun sejak mula beliau meletak jawatan perlu didengar dan diteliti.Antaranya isu pemberian AP dan jambatan kedua Malaysia - Singapura.Semasa beliau memerintah,beliau dihormati dan disanjungi namun selepas beliau meletakkan jawatan mengapa pandangan dan kritikan beliau dikesampingkan?
Ada yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati bekas pemimpin dengan mencemuh beliau.Tindakan tersebut saling tidak tumpah seperti "mengampu tapi tak tahu cara nak mengampu!!!"
Ingat!!! hormat pemimpin bukan kerana jawatannya tapi,hormatlah pemimpin kerana negara dan dengan penuh keikhlasan.Jika ini yang diamalkan,maka tidak akan timbul masalah seperti hari ini.Saya katakan "masalah" kerana Tun mempunyai pengaruh tersendiri.Saya akui,saya antara orang yang mengkagumi Tun.
Oleh kerana kritikan beliau tidak diambil indah dan dibalas dengan cara yang kurang sesuai,maka kritikan beliau berterusan dan ini juga menguntungkan pembangkang.Lihat sahaja keputusan PRU ke 12!!!
Tun seorang negarawan.Beliau memandang jauh.Wawasan 2020 siapa yang gagaskan?
Automotif negara wujud zaman bila? Tahukah kita,apakah disebalik dasar pandang ke timur yang diilhamkan oleh beliau?
Walaupun yang demikian,saya kurang setuju dengan Tun terhadap kritikan beliau berkenaan hudud kerana sebagai orang belajar agama ketika itu,dan kini graduan agama dari Al Azhar harus amanah terhadap ilmu yang dipelajari.Tapi apakah benar beliau mempunyai pandangan yang negatif terhadap undang-undang Allah S.W.T itu? Saya rasa tidak,kerana banyak bukti di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang menunjukkan beliau setuju dengan undang-undang tersebut.Mungkin masalah teknikal dan kekeliruan yang menyebabkan kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menerima undang-undang Islam tersebut.
Apa pun,saya berpendapat amat tidak wajar apabila Tun Musa Hitam mengulas isu TUN keluar UMNO secara kurang ajar.Beliau mengatakan bahawa "keluarnya duri dalam daging".Siapa anda yang boleh sewenang-wenangnya menggelar TUN dengan gelaran tersebut???Apakah sumbangan anda sehebat atau setaraf dengan Tun Dr Mahathir?? Tun Musa Hitam mesti mohon maaf kepada Tun Dr Mahathir terhadap kenyataan beliau tersebut dan tarik balik kenyataan itu!!!!! kurang sopan dan kurang ajar!!!!
Sebelum menggelar TUN begitu,sepatutnya Musa kena ingat apa yang beliau telah lakukan di Baling Kedah? Peristiwa MEMALI masih menghantui negara saat ini kerana anak-anak mangsa tragedi itu masih hidup dan mengatahui kejadian tersebut.Sudah pasti Musa hitam tahu dan ingat apa perintah beliau terhadap pasukan keselamatan terhadap kumpulan penyokong PAS tersebut.
Jangan hanya buka pemecatan bekas hakim negara,bahkan arah mahkamah,segera selesaikan bicara kes MEMALI seterusnya dakwa MUSA HITAM!!!!
Saya tidak bersetuju TUN Dr Mahathir dilayan sebegini.Hormatilah bekas pemimpin yang telah menyumbangkan jasa.Jangan meneguk di air yang keruh.Jangan asyik mengampu!!!! itu paling penting.
Saya akhiri entri kali ini dengan persoalan.Apakah UMNO mampu kembali kuat dan meraih sokongan rakyat setelah pertelagahan ini disaksikan oleh semua rakyat yang mana semua ini berlaku secara terbuka???
HANTAR KOMENTAR ANDA......
6 ulasan:
saya tidak berminat dengan hujjah anda..
SALAM...
INI KALI PERTAMA SAYA BERI KOMEN DALAM LAMAN BLOG BRO, SAYA X TAU NAK KOMEN APA,TAPI APA YANG BOLEH SAYA KATAKAN IALAH..UMNO BOLEH KEMBALI BERSATU JIKA AHLINYA X BERPALING TADAH DARI TUJUAN DAN MOTIF PENUBUHANNYA DAHULU.DAN BAGI SAYA HANYA UMNO YANG BENAR2 MEMPERJUANGKAN HAK2 ORANG MELAYU.
Sokong "anak jati johor darul ta'zim"....
salam...
saya kira komen saya terhadap artikel penjelasan DEB sudah cukup membuktikan bahawa UMNO gagal untuk menjadi satu2nya wadah memperperjuangkan hak melayu..tentang matlamat tujuan juga motif umno ditubuhkan pula saudara berdua boleh rujuk pada perlambagaan atau undang-undang tubuh UMNO,bandingkan dengan Perlembagaan PAS ( betapa jauh bezanya sekularisma vs islam umpama bezanya syurga dan neraka )johor pun sudah tidak menjadi kubu UMNO paling kuat dalam dunia lagi apabila PAS sendiri sudah menang dua kerusi DUN secara gentelmen iaitu di DUN maharani dan DUN sungai Abong..UMNO perlu menjawab perkara asas hak Melayu yg UMNO sendiri gadaikan sejak sekian lama walaupun perkara itu termaktub didalam perlembagaan persekutuan..
1. soal bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan..(pelajar melayu belajar matematik dan sains tak faham kalau belajar dalam bahasa melayu..logik kah..?) bahasa melayu ditukat kembali kepada bahasa malaysia..amerika pun tak pernah tukar bahasa inggeris kepada bahasa amerika...dia tetap namakan bahasa inggeris..mana pergi bahasa melayu..? inikah yang dikatakan pejuang hak melayu..?
2.tanah rizab melayu..kerajaan UMNo dengan suka2 hatinya mengabil tanah rizab tanpa digantikan semula tanah rizab itu ( rizab tu di ambil dari reserve atau simpanan ) kanun tanah negara juga di ubah.bukankah tanah rizab diwujudkan untuk memberi tanah kepada umat melayu yg tiada bertanah..kenapa umat melayu masih kena bayar tol kepada kerajaan seolah melukut di tepi gantang..? inikah yang dikatakan pejuang hak melayu...?
3.biasiswa kepada pelajar bumiputra..mana perginya...? yang ada PTPTN...dengan kadar bunga 3% amat membebankan pelajar untuk membayarnya bila bekerja nanti..bukankah peruntukan ini masih ada dalam perlembagaan..bukankah melayu mesti di bantu..? inikah yang dikatakan sebagai pejuang hak melayu...?
4.tulisan jawi...dihapuskan oleh dato' khir johari yang terang nyata UMNOnya..mana dia umno yang lain tiada menegur keputusan khir johari menghapuskan tulisan jawi yang menyebabkan ramai umat melayu buta al-quran...kenapa...kerana tiada kenal huruf-huruf arab yang menjadi asas kepada bacaan al-quran..kalau pimpinan umno yang lain tiada menetang..bukankah UMNO setuju sebulat suara menghapuskan tulisan jawi yang sekian ratus tahun adalah tulisan kebanggaan bangsa melayu...kalau negara brunei mampu kekalkan hatta surat-menyurat kerajaan dalam tulisan jawi...kenapa malaysia pula suka2 hapuskannya..inikah pembela hak melayu...?
5.umat melayu menjuarai carta2 kerosakkan di kalangan rakyat malaysia...penagih dadah melayu tertinggi..sumbang mahram melayu tertinggi...zina melayu tertinggi..buang anak melayu tertinggi..mati eksiden lumba haram melayu jugak..melayu belaka...siapa yang bertanggungjawab buat dasar mengawal dan mengatur serta membentuk masyarakat...? jawapannya UMNO...!!! program maksiat hiburan melampau...siapa yang luluskan permit...? UMNO juga..siapa yang memerintah...? UMNO-lah siapa lagi dah 50tahun dah..inikah yang dikatakan sebagai pejuang hak melayu..?
cukup sekadar ini dahulu persoalan yang memang UMNO bertanggungjawab dulu kini dan selamanya menggadaikan maruah ummat melayu dan islamm..tahniah orang johor kerana terus memberi sokongan kepada UMNO..parti yang bertanggungjawab merosakkan bangsa melayu...syabas...!!!
wassalam...
Tun Mahathir menerima nasib yang sama seperti bekas2 perdana menteri sebelumnya. semasa berkuasa disanjung tinggi tp selepas bersara diketepikan bahkan dikutuk.
Tabiat ampu mengampu yang sgt ketara ini perlulah berhenti kerana ia sangat merugikan negara terutamanya org melayu sendiri.
kita tidak memegang kekuatan ekonomi negara ini, janganlah pula satu hari nanti kuasa politik pula hilang.
Umno nama sudah jelas menunjukkan kekeliruan parti itu dalam perjuangan. Nak bela melayu nama pun dah inggeris.
Bagi ana UMNO hanyalah wadah penjajah untuk melangsungkan kesinambungan imprealisme barat dalam menjaga perlembagaan lordred ,,,. hentikan khurafat perkauman. kembalikan Ukhuwah islamiyah .
Catat Ulasan