Isnin, 15 September 2008

ADA APA DENGAN SEKOLAH RENDAH…???

Saat saya menulis entri ini,saya sedang menjalani proses pembelajaran sebagai seorang pendidik.Sejak pulang ke tanah air pada bulan Mei lalu,saya telah ditempatkan di dua buah sekolah kebangsaan di sekitar Bandar Batu Pahat,Johor di bawah skim Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) yang sinonim dengan gelaran “guru ganti”.

Sekolah Rendah,itulah institusi pertama saya menimba ilmu mendidik masyarakat.Berjinak-jinak dengan “public speaking” yang semestinya adalah merupakan minat saya.Peluang saya untuk terlibat dengannya begitu terhad ketika berada di Republik Arab Mesir kerana sukar mendapat tempat di hati penganjur program yang terdiri dari persatuan-persatuan bersolekkan kebajikan dengan agenda “tersendiri” yang tidak sama haluan dengan pemikiran saya.

Bulan Ogos yang lalu,saya sibuk memberikan ceramah agama bertajuk “penghayatan Israk dan Mikraj” di Pusat Latihan Kem Negara (PLKN) Jalan Mersing,Kluang,Masjid Jamik Daerah Kluang , Masjid Kampung Tengah yang juga dalam daerah Kluang dan di sekolah Kebangsaan Tengku Mariam Batu Pahat.

Setelah tamat bertugas di SK Tengku Mariam,saya masih dijemput oleh pihak sekolah untuk menyampaikan sesi tazkirah jumaat yang diadakan setiap hari jumaat hingga saya ditempatkan ke Sekolah Kebangsaan Montfort.

Pendidikan,itulah bidang yang saya minat walaupun tidak dinafikan masih meminati bidang ekonomi Islam sejak di Unversiti dahulu semasa mengikuti program ijazah sarjana muda di samping minat terbaru,bidang undang-undang syariah di Malaysia.

Rakan seperjuangan saya,Ustaz Mohd Hafiz Bin Jamaluddin telah berkhidmat secara rasmi sebagai TUTOR di Fakulti Syariah dan Undang-undang,Universiti Malaya.Hampir setiap hari saya menghubungi beliau menerusi kecanggihan teknologi terkini,YAHOO MESSENGER.

Beliau juga sedang melibatkan diri dalam bidang pendidikan sebagai Tutor walaupun dalam masa yang sama bergelar “pelajar” dalam program Ijazah Sarjana (MA) di Universiti berkenaan.Tahniah buat sahabatku Hafiz,sahabat seperjuangan yang paling saya kagumi!!

Kami sering berbincang….kami bersetuju!! Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik! Seorang pendidik memikul tanggungjawab yang berat dalam membentuk generasi akan datang.

Bercakap soal generasi akan datang,ianya amat bergantung kepada pembentukan generasi hari ini. Di hadapan mata kita hari ini menyaksikan sebuah generasi yang buta Al Quran dan minat hiburan.Meminjam kata-kata Datuk Johan Jaafar,mendepani generasi STURBUCKS,itulah barangkali perkataan yang amat sesuai apabila melihat generasi muda dan remaja hari ini dengan budaya lepaknya.

Setiap rakyat Malaysia menikmati sekurang-kurangnya dua peringkat pendidikan di dua buah institusi.Insitusi pendidikan Rendah di sekolah kebangsaan dan institusi pendidikan menengah di sekolah menengah.

Bagi memastikan generasi hari ini dan akan datang terbentuk dengan jati diri Islam dan keimanan yang teguh,maka institusi pendidikan rendah perlu dipastikan menjadi pusat pendidikan awal yang berfungsi kearah itu.Persoalannya,apakah institusi berkenaan mampu menjadi pusat yang berfungsi sepenuhnya memproses generasi hari ini? Saya akan berkongsi dengan anda buah fikiran dan pendapat saya berdasarkan neraca keimanan dan fakta ilmiah dalam entri seterusnya….

Perkhidmatan saya :

1)Guru KGSK di Sekolah Kebangsaan Tengku mariam (9 jun 2008 hingga 11 Julai 2008)
2)Guru KGSK di Sekolah Kebangsaan Montfort (27 Ogos hingga sekarang)
3)Penceramah undangan sempena Israk Mikraj di Masjid di Kampung Tengah Kluang
4)Penceramah undangan sempena Israk Mikraj di Masjid Jamik daerah Kluang
5)Penceramah undangan sempena Israk Mikraj di PLKN Jalan Mersing ,daerah Kluang
6)Penceramah undangan sempena Israk Mikraj di sekolah Kebangsaan Tengku Mariam

Kursus yang telah disertai :

Kursus penulisan akhbar dan majalah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 14 Ogos 2008.

1 ulasan:

kerR {abdullah} berkata...

salam.

hi there.its good to know someone yang pernah mengajar di Tengku Mariam because i pun bekas student tengku mariam dulu.batch 1996.

sebenarnya, i saja2 google about tengku mariam sebab seminggu dua ni macam terasa rindu pada sekolah.then jumpa ur blog.itu yang datang menyinggah ni.hihi.

ok2.salam perkenalan.semoga terus menjadi seorang guru yang berdedikasi cemerlang, gemilang dan terbilang.impian my ayah untuk tengok i jadi cikgu tapi bukan rezeki i dalam bidang perguruan.maybe next time..who know right! :)

take care.salam.