Rabu, 12 November 2008

WARNA-WARNA BTN

Mengabadikan sebuah pertemuan




Semasa berehat dalam aktiviti KEMBARA HUTAN DARA ulu sepri


Selamat sampai ke destinasi akhir KEMBARA



Perbincangan akhir sebelum berpisah





Erti perpaduan


Satu lagi detik manis terukir dalam diari hidup saya apabila menghadiri kursus kenegaraan anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia.Kursus ini adalah merupakan syarat untuk melayakkan seseorang itu menerima biasiswa atau tajaan agensi kerajaan persekutuan.

Seronok,gembira dan teruja.Itu antara luahan perasaan saya.Umumnya,kursus ini disertai oleh 68 orang calon pelajar yang bakal menlanjutkan pengajian di peringkat Master dan Phd dengan biasiswa atau tajaan agensi kerajaan persekutuan.

Kursus selama lima hari yang bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 3 November 2008 diisi dengan pelbagai program.Bermula dengan sesi ceramah selama dua hari kemudian diikuti dengan sesi Latihan Dalam kumpulan diselang seli dengan acara senam ringan dan agak lasak pada sebelah pagi dan petang.

TAKUT!!!!!!,GABRA!!!!! macam-macam parasaan ada,bila sampai acara "FLYING FOX".Namun,ianya diakhiri dengan keseronokkan.Hilang takut,tiada gabra lagi bahkan sejuta keriangan kerana berjaya landing dengan selamat.

Dari 68 orang tadi,kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan.Saya adalah merupakan ahli kumpulan nombor satu.Dalam kumpulan kami,ada pelbagai bangsa.Seronok rasanya.
Abang Torik Khan,warga kerja UPSI yang bakal melanjutkan pengajiannya di peringkat Phd.Beliau adalah ketua kumpulan kami.

Dr Nik Rizal (PHD),Dr Thevan (Sub Kepakaran,Korea),Chua (PHD),Kumar (Master),Edil (PHD),Kak Maz (PHD),Tsu Zen (PHD),Kak Suraya (PHD) dan Kak Farah (PHD).

Kumar,nampaknya macam kita berdua jer baru nak MASTER,diorang nih semua dah nak PHD,betul tak?

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan keselamatan saya sepanjang perjalanan KL ke Cairo.Saya telah benar-benar menjadi "duta kecil" negara kita seperti mana yang diwar-warkan dalam kursus tempoh hari.

SEKALI MELANGKAH,TIDAK AKAN BERPALING KE BELAKANG,MARA DAN MARA....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba.. :)