Sahabat-sahabat blogger sekalian,
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidiladha dan semoga erti pengorbanan itu,dapat sama-sama kita jiwai.Di Mesir,sambutan aidiladha tetap meriah.Dataran hayyu asyir mendapat perhatian utama mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mesir dari pelbagai universiti dan fakulti.
Saya masih berminat untuk membahaskan isu tanah runtuh di bukit antarabangsa Hulu Kelang.hari ini,11 Disember 2008,genaplah lima belas tahun tragedi komdominium Higland Towers.Lima hari lepas,kita dikejutkan berulangnya tragedi yang hampir sama.
Apa pun ulasan,ianya telah berlaku.Terdapat jiwa yang terkorban.Harta benda musnah.Saat dan ketika ini,sudah pastinya,mangsa tragedi memerlukan pembelaan.Saya amat terkejut dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa,kerajaan negeri tidak akan memberikan pampasan kepada mangsa tragedi.
Satu kenyataan yang berani.Hairan,dalam kesibukkan mengejar cita-cita menawan putrajaya,berpaksikan nama pakatan “rakyat” kononnya,apakah ini satu keputusan yang baik oleh sebuah kerajaan negeri yang dikatakan berpakat untuk rakyat?
Inilah sikap hipokrit pembangkang.Bayangkan,jika pengumuman tersebut dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional,sudah pasti,pengumuman tersebut telah dieksploitasi secara besar-besaran melalui lidah-lidah utama mereka.
Sikap kerajaan negeri Selangor yang dibawah pemerintahan pakatan rakyat ini,lebih dilihat sebagai “lepas tangan” semata-mata.Kerajaan negeri sepatutnya,tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa bahkan sepatutnya bersama-sama membantu mangsa.
Kemana kelantangan Negara kebajikan PAS,pada ketika ini? DAP nampaknya lebih selesa berkuasa bersama PKR.Di mana kelantangan PAK ANWAR ketika ini yang kononnya berjuang dan pernah turun di jalanan bereformis UNTUK RAKYAT!!!
Sepatutnya,kerajaan negeri memanggil pihak pemaju dan agensi-agensi berkenaan Bukit Antarabagsa untuk berunding,bagaimana boleh membantu mangsa yang telah musnah harta mereka disamping bersama-sama memberikan pampasan atau memikirkan mekanisme yang sesuai kearah itu.Setakat penempatan sementara sahaja tidak memadai.
Diharapkan,rakyat Selangor dapat memikirkan kembali bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar kesombongan dan keangkuhan “pakatan rakyat” di Selangor kelak.Sepatutnya,pakatan rakyat diubah kepada “pakatan gila kuasa” sesuai dengan kerakusan mereka yang hanya mahu kuasa semata-mata.
Ayuh fikirkan bersama….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Sifat ego lebih banyak pada ulama, zalim ada pada orang berkuasa, pura-pura sifat orang politik, tamak menjadi-jadi pada orang kaya, menunjuk-nunjuk kecantikan mainan pada wanita, kecewa budaya orang papa.
Umno pun aper kurang ego dia.
Power corrupts, absolute power corrupts absolutely!
Gila Kuasa nak ambil kuasa dari "orang gila"
ish.. saya merasakan anda perlu mengkaji terlebih dahulu rasional tindakan MB Selangor
"Apa pun ulasan,ianya telah berlaku.Terdapat jiwa yang terkorban.Harta benda musnah.Saat dan ketika ini,sudah pastinya,mangsa tragedi memerlukan pembelaan.Saya amat terkejut dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa,kerajaan negeri tidak akan memberikan pampasan kepada mangsa tragedi."
masyarakt di Highland Tower merupakan masyarakt golongan elit dan kaya. rata rata diantara mereka mempunyai sumber pendapatan dan simpanan yang besar... Anda boleh mengkaji keshahihan maklumat ini.. Semoga Allah membuka pintu hati kita...
Catat Ulasan