Ahad, 3 Mei 2009

Persepsi VS Assignment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya,saya telah melalui dua perkara besar dalam bulan April yang lalu.Pertama,menangani sebuah persepsi dan kedua menghantar assignment atau kerja kursus bagi melengkapkan proses persediaan menulis tesis dalam program ijazah sarjana (MA).

PERSEPSI

Saya ditawarkan untuk masuk temuduga sebuah jawatan baru yang diwujudkan bergelar “WARDEN” bagi membantu memastikan kebajikan pelajar tajaan Amanah Raya Berhad terjamin.Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah memberikan tarikh temuduga berkenaan.

Saya menarik diri di saat akhir apabila melihat tindak tanduk pegawai Amanah Raya Berhad yang dikenali sebagai “Azliah”.Persepsi tidak wajar mempengaruhi sesebuah keputusan.Bagi saya,elaun MARA jauh lebih cukup berbanding gaji yang bakal ditawarkan oleh AMANAH RAYA.Paling penting,ada sesuatu yang “DIRAHSIAKAN” dari pengetahuan umum berkenaan program MATRIKULASI AL AZHAR.

Saya tidak berminat untuk memanjangkan isu tersebut menerusi blog,kerana perkara ini akan terbongkar sedikit hari lagi menerusi media massa.Pasti,TV3 akan membuat liputan yang menunjukkan imej baik program berkenaan.Namun akan terzahir sesuatu menerusi sebuah media yang lain kelak.Ianya pasti berlaku, namun bukan sekarang.Kerja siapa? Nantikan sahaja.Pemergian “ORANG PENTING” program MATRIKULASI ini akan menyaksikan satu episod pendedahan kelak.

ASSIGNMENT

Untuk menyiapkan sebuah assignment bukan semudah yang difikirkan.Lebih-lebih lagi pengajian yang telah saya lalui di peringkat ijazah pertama (BA) di Universiti Al Azhar tidak menekankan aspek “KAJIAN”.Ini adalah kerana metod pengajian di Al Azhar adalah semata-mata “FAHAM” dan “HAFAZ”.Namun,saya berasa amat bersyukur kerana dapat sebuah pendedahan tentang metod-metod kajian yang sepatutnya ada pada seorang ahli akademik.

Universiti Kaherah telah mengajar saya tata etika membuat kajian.Terima kasih MARA kerana menaja pengajian saya.Tanpa MARA,sudah pasti cita-cita untuk bergelar DR FAIZAL akan terkubur.Master adalah untuk persediaan Phd.Al Azhar dan Universiti Kaherah,masing-masing punya metod tersendiri laksana aliran rakyu (sebuah aliran yang membenarkan fatwa berasaskan pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu) di Kufah dan aliran hadith (sebuah aliran yang menjadikan hadith semata-mata sebagai asas terhadap sesuatu isu) di Madinah ketika kurun kedua hijriah satu ketika dahulu.

Setiap aliran,punya metod dan keistimewaan tersendiri.Imam Syafie R.A adalah insan yang lahir hasil dari kombinasi dua metod ini.Beliau terkesan dengan metod Hadith semasa belajar di Madinah dengan bergurukan Imam Malik bin Anas.Kemudian berangkat ke Baghdad menerima metod rakyu setelah menempuh alam pekerjaan di Yaman.DI sana,beliau bertemu dan berguru dengan anak didik Imam Abu Hanifah EL Nukman R.A,imam Ahmad bin Hassan El Syaibani.hasil kombinasi dari dua aliran ini,maka lahirlah ulama agong yang menerangi timur dan barat hingga ke hari ini,beliaulah Imam Syafie R.A….

Rupa-rupanya,sejarah membuktikan,kepelbagaian dalam menerima aliran dan metod pengajian ilmu Berjaya melahirkan ulama,cendikiawan dan pemikir terulung.

Hari ini kita bercakap tentang Universiti.Kerana institusi tersebut memainkan peranan sebagai penyebar aliran tertentu yang penting dan mempunyai metod pengajian tersendiri sesuai dengan peredaran zaman.Paling penting,metod tersebut mestilah tidak bercanggah dengan syarak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Knp ko xjdik wrdn bdk2 arb 2?ko patut jd la.ak tkut pemerap ngn isma smbar diorg dl.kalau ko jd, ko blh ajr diorg jd umno. Rugi la ko xjd.

Ezo berkata...

"tanpa nama",manusia pun ada nama.barangkali anda igin nyatakan sesuatu,tapi takut saya kenal identiti,saya sungguh terbuka.Jangan takut....

Tiada apa yang perlu dikesalkan.Saya mahasiswa tajaan MARA,tangunggjawab saya kepada negara jauh lebh besar.barangkali semuanya ada himkah disebalik sebuah persepsi.

Hari ini adalah hari-hari utuk saya lengkapkan diri menghadapi masa depan untuk berjuang di negara,berapa banyak orang yang berjaya hari ini bermula dari bawah.Berapa ramai TOKOH yang lahir hari ini pernah kecundang hanya kerana PERSEPSI.Namun,mereka bangun akhirnya sebagai TOKOH Terkemuka.

Imam syeikh muhammad Abduh,dituduh kononnya musuh NEGARA,anti KHILAFAH,dibuang negara,hanya kerana persepsi kononnya beliau adalah PENDERHAKA.hari ini,beliau dikenali sebagai antara tokoh terkemuka dunia dan reformis Al Azhar.

Anuar sadat,dipenjara kerana sebuah persepsi kononnya beliau adalah AGEN BARAT di Mesir.Kerajaan Malik Farok tangkap beliau dan humban dalam penjara.Kleuarha beliau kucar-kacir.Beliau antara tokoh pejuang keamanan dunia.Sinai menang ditangan siapa dan siapa perancangnya pada tahun 1973?

Tun Dr Mahathir,dek kerana persepsi kononnya beliau KURANG AJAR dalam menyuarakan masalah orang melayu akhirnya dibuang dari UMNO oleh Tunku.hari ini beliau dikenali sebagai antara tokoh terkemuka dunia Islam.Siapa MALAYSIA hari ini jika bukan kerana sumbangan beliau?

kita harus belajar atas apa yang berlaku.Sejarah telah buktikan.PERSEPSI tidak semestinya betul.Persepsi kebasaannya akan bertentangan dengan realiti.

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum

Siapa "orang penting" tuh? Dato DUTA ke?

Teringat aku masa Debat Olok2 Pas vs UMNO, ada muka TYT. Masa tu belum lagi kot.. Sampai2 mesir muka dia jd TYT. Malu aku..

Ramai ulama UMNO jd kuda tunggangan UMNO masa dalam DEBAT tuh.. Baik jadi macam ko faizal, UMNO yang berprinsip.. Ngeee