Selasa, 27 Oktober 2009

KONVOKESYEN 2009 PALING MERIAH




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Setelah penat lelah bertahun-tahun menuntut ilmu di perantauan,akhirnya penat lelah tersebut berbaloi dengan segulung ijazah di tangan mereka.Sebagai simboliknya,sebuah majlis penganugerahan ijazah diadakan.Majlis konvokesyen adalah merupakan sebuah majlis yang memberikan penghormatan terhadap mereka yang bergelar graduan.

Bermula tahun 2006,majlis konvokesyen graduan Malaysia Al Azhar diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Al Azhar.Majlis tersebut diadakan dengan persembahan baru.Para graduan dipakaikan dengan pakaian JUBAH dan TOPI konvo sesuai dengan gaya ijazah pertama.

KONVOKESYEN KALI KEEMPAT PALING MERIAH

Majlis konvokesyen yang diadakan pada 25 Oktober baru-baru ini adalah merupakan kali keempat diadakan dengan jayanya anjuran KPT malaysia.Majlis yang diadakan tersebut adalah paling meriah pernah diadakan di Mesir sejak empat tahun ini.

Lebih seribu orang memenenuhi ruang setiap tempat di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC).Graduan yang datang seramai 300 lebih diiringi oleh dua orang pengiring dan ada sebahagiannya datang dengan keluarga dari Malaysia.Ada yang datang dengan lebih 2 orang anggota keluarga untuk melihat anak mereka bergembira dan meraikan bersama kegembiraan berkenaan.

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA pula terdiri dari pelbagai golongan rakyat Malaysia.Dari Pegawai pelbagai agensi hinggalah mahasiswa Malaysia dari pelbagai jurusan.Paling menakjubkan adalah warga kerja media dari AL MUTTAQIN,yang memperlihatkan kecanggihan peralatan mereka seolah-olah sebuah legasi teknologi yang hebat di Mesir.

BOIKOT GAGAL

Dengan hadirin yang semakin bertambah,dapatlah diyakini bahawa majlis KONVOKESYEN tersebut telah GAGAL diboikot oleh "pihak yang meminta" untuk berbuat demikian.Graduan Al Azhar bijak membuat keputusan.Bahkan,kehadiran tetamu dan penyertaan graduan semakin bertambah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tahniah kepada mereka yang datang memberikan sokongan.Majlis ini tidak menguntungkan sesiapa dan tidak menentang sesiapa.Ia adalah semata-mata majlis menghargai sebuah kejayaan dan bukan menguntungkan KPT Malaysia atau kedutaan.Ia juga bukan majlis yang menunjukkan penentangan terhadap "pihak" lain yang dikatakan "majoriti" itu.

Yang dihargai pada hari tersebut adalah mereka yang bergelar "graduan" manakala orang yang menghargainya adalah "rakyat malaysia yang hadir" dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah pimpinan YB Datuk Seri Khalid Nordin.

INGATAN KEPADA GRADUAN

Namun,suka diingatkan kepada para graduan,bahawa segulung ijazah yang anda pegang itu bukanlah satu kejayaan mutlak.Sebenarnya anda sedang memulakan sebuah perjalanan.

Perjalanan untuk anda menerokai alam pekerjaan,kehidupan lebih besar dengan tanggung jawab dan sebagainya.Bahkan sekeping ijazah itu adalah merupakan satu lambang tanggungjawab sosial kita untuk bersama-sama mengembeling tenaga membina sebuah tamadun bangsa dan memartabatkan agama Islam yang perlu diteruskan oleh generasi kita.

Pendidikan Islam,sistem kewangan Islam,pemerkasaan undang-undang syariah,ideologi Islam sebenar,memerangi pemikiran sekular,menyedarkan masyarakat yang lalai,memandu umat kearah kehidupan muslim yang sejati antara tugas utama kita selaku graduan di tanah air.Sedar atau pun tidak itulah antara tugas kita.

KISAH TEPIAN MAJLIS
Setelah majlis berakhir,tibalah sesi bergambar semua graduan.Saya sempat menyapa seorang graduanita yang berasal dari selatan tanah air.Saya katakan kepada mereka beberapa ingatan berguna selaku senior mereka.

Setelah selesai TAZKIRAH ringkas yang tidak formal,saya tanyakan salah seorang dari mereka, hala tuju kerjaya selepas bergelar graduanita.Saya turut cadangkan agar memohon jawatan guru "J-QAF".

Alangkah terkejutnya saya apabila jawapan tersebut berbunyi lebih kurang begini "boleh tak letakkan saya di tempat sewajarnya sesuai dengan kelulusan saya?".Agak terkejut dengan jawapan tersebut.

Apakah rendah taraf seorang guru J-QAF.Program tersebut adalah program yang mulia.Misinya adlah melahirkan generasi CELIK AL QURAN.Teringat saya,semasa menjalankan tugas pendidik di bawah skim KGSK,anak murid saya terdiri dari mereka yang bergelar "kanak-kanak".

Penat benar mengajar mereka.Tapi kita teruskan juga peranan mendidik tersebut.Kerana setiap unit masyarakat bermula dari Sekolah Rendah.Terbayangkah kita,ada diantara mereka mengenali AL FATIHAH melalui J-QAF dan amali solat,wudhuk melalui J-QAF.

Ada diantara mereka yang mempunyai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya.Ada juga dari yang mempunyai masalah keluarga.Beruntung bagi yang mempunyai keluarga bahagia dan latar belakang yang baik.

Tugas pendidik mendidik.Apakah rendah taraf seorang guru di sekolah rendah.Apakah kita hanya memandang "kanak-kanak" semata menyebabkan profesion tersebut rendah? Bagaimana pula jika tugas tersebut berjaya mempekenalkan mereka AL FATIHAH, WUDHUK, SOLAT hingga kelak berjaya menjadi insan kamil dengan kita sebagai guru mereka!

Saya hanya menjawab soalan graduanita tersebut dengan mengukir sekuntum senyuman buat diri saya sendiri untuk saya amati sedalam mungkin betapa kelak graduanita berkenaan akan memahami tugas mulia seorang guru J-QAF kelak.Harapan saya menggunung agar graduanita tersebut memahami realiti dunia pendidikan.

Saudara-saudari Graduan graduanita sekalian,ayuh!!! fikir-fikirkan...TAHNIAH BUAT KALIAN YANG BERGELAR GRADUAN dan GRADUANITA dan tahniah bagi mereka yang hadir dan menjayakannya.Ezoegypt tumpang gembira....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas warga Malaysia di Mesir.
Kerjasama sebegini harus di teruskan.
Para graduan selamat menempuh kehidupan baru di bumi Malaysia atau di mana jua anda berada

min berkata...

tahniah ust ezo. dah grad ye? ape prancangan pasni?

Tanpa Nama berkata...

eleh... hina Jqaf kunun. jumud ustazah2 mesir ni.
xkn boleh pny kerja lelain. paling2 pon guru kafa je... pasal mtk yg lain, nk interview tergagap2....