Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Blogger yang saya hormati sekalian,
Rakyat Republik Arab Mesir hanya mengenali IKHWAN MUSLIMIN (IM) melalui sejarah.Golongan ini hebat satu ketika dahulu.Segala kehebatan tinggal kenangan.Ikhwan Muslimin hari ini tidak dibenarkan aktif oleh negara berkenaan.Ini adalah kerana tindakan ekstrim yang diambil oleh ahli-ahlinya satu ketika dahulu.
ASY-SYAHID Hassan Al Banna tidak mampu menahan tindakan agresif ahlinya.AL KHAZINDAR,MOHD AMIN adalah antara mereka yang mati ditembak oleh ahli IM.Ada juga yang terselamat tetapi terus menerima ancaman peluru pistol dari ahli IM yang ekstrim.Perdana Menteri Mesir zaman Raja Farok di era 40 an dahulu,Allahyarham Mustafa Nuhhas BASYA sering menerima tembakan IM.Besi pagar BAIT AL UMMAH menyelamatkan beliau dan pernah beliau hampir DILETOPKAN oleh BOM yang dipasang berhampiran hadapan rumah Nuhhas basya.Pantang maut sebelum ajal.Bom tersebut tidak meletup dan hanya meletup sebaik sahaja NUHHAS melepasi jalan tersebut.Kereta yang dinaiki beliau diarahkan oleh pengawal peribadinya agar terus ke pejabat perdana menteri dan melarang NUHHAS dari turun menyaksikan apa yang terjadi.
Akhirnya,IM dilarang dari aktif sebagai sebuah parti politik.Selepas REVOLUSI Julai 1952,IM dihalang dari aktif kerana tidak dibenarkan penubuhan sebuah parti yang berasaskan agama.
PEMBACAAN KUTUB SITTAH
PMRAM harus dipuji kerana mengadakan majlis pembacaan kutub sittah.Akhrnya pembacaan kutub sittah berjaya dijalankan.Majlis ilmu seumpama tersebut harus mendapat sambutan positif dari kalangan mahasiswa pengajian ISLAM.
Namun,sesuatu yang menjadi persoalan adalah "KONVOKESYEN KEPADA MAHASISWA TAHUN AKHIR" di hujung majlis pembacaan kutub sittah.Dapatlah akal yang sihat memahami hakikat sebenar bahawa pembacaan kutub sittah mempunyai agenda tersembunyi untuk mencari pengaruh dengan mengadakan KONVOKESYEN kepada mahasiswa tahun akhir.
Pengarah JPMK tidak menghalang program pembacaan kutub sittah,yang dipersoalkan oleh pengarah JPMK kepada AL AZHAR adalah konvokesyen kepada graduan di akhir program berkenaan.
Apakah persepsi AL AZHAR jika pengarah JPMK tidak berbuat demikian apabila di tempat yang sama,Pusat Persidangan AL AZHAR (ACC) menyaksikan dua majlis KONVOKESYEN yang dianjurkan oleh dua penganjur berbeza dari negara yang sama?
Tindakan pengarah JPMK adalah betul.Pengarah JPMK menjadi sasaran PMRAM untuk diserang dengan pelbagai tohmahan.Namun,Pengarah JPMK mengambil sikap profesional tidak melayan sebarang provokasi dari pihak berkenaan.
DIALOG BERSAMA PENGARAH JPMK 21 OKTOBER
Saya mendapat tahu,Pengarah JPMK dari awal lagi tengahari 21 Oktober telah memaklumkan kepada YDP Persatuan kebajikan Mahasiswa Terengganu bahawa beliau tidak dapat hadir.
YDP Terengganu pasti telah menyampaikan perkara tersebut kepada pihak penganjur.namun,amat dikesali,PMRAM tetap menganjurkan majlis berkenaan di rumah Selangor.Apakah maksud PMRAM mengadakan sesi dialog berkenaan sedangkan PMRAM telah dimaklumkan bahawa PENGARAH JPMK tidak akan datang pada malam tersebut kerana mempunyai urusan lain yang lebih penting.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang taatkan negara semasa berada di luar negara dan ketaatan tidak berbelah bahagi (walak) terhadap Yang Di-pertuan AGONG,saya ingin mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh rakyat-rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi dialog berkenaan.
Amat malang,JPMK yang merupakan sebuah agensi penting di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diserang teruk oleh mereka yang meluahkan perasaan pada malam tersebut.
Prof Madya Dr Jamil dilabelkan sebagai MUSUH bagi mereka.Wajarkah Dr Jamil dituduh sedemikian oleh mereka? Saya tinggalkan ianya untuk dinilai oleh blogger sekalian.
Lebih malang lagi,AHLI PMRAM telah sampai ke tahap EKSTRIM!!!! ini berdasarkan kepada suasana kecoh pada malam berkenaan apabila saya mengambil tempat bercakap dan meluahkan perasaan pada malam tersebut.
Bagi saya,apa yang saya kata adalah benar.Tidak berat sebelah.Saya tidak bercakap mewakili mana-mana pihak.Seorang AHLI PMRAM yang hadir pada malam berkenaan yang dipercayai dari KELANTAN datang menyerbu kearah saya dan mengajukan tangan untuk menunbuk saya.Secepat kilat,pengerusi majlis yang merupakan pimpinan PMRAM menghalang AHLI tersebut dari berbuat demikian.
Ustaz HANAPI,YDP Mahasiswa Kedah dan saudara Khairul Nizam,Penasihat PMRAM segera menenangkan keadaan.YDP Mahasiswa Selangor pula mengambil langkah bijak dengan mencadangkan agar majlis disingkatkan.
Akhirnya saya keluar meninggalkan majlis dengan selamat.Bayangkan,bagaimana kalau yang hadir adalah Prof Madya Dr Jamil yang hadir? Beliau pasti mewakili JPMK.Adakah boleh dipastikan bahawa beliau selamat dari sebarang kemungkinan?
Jika PMRAM tidak boleh mengawal tindakan ahlinya,pasti,PMRAM akan menjadi sejarah.Pimpinan PMRAM harus mengambil tindakan segera untuk menghalang kekecohan seumpama itu berulang kembali.
Program pembacaan kutub sittah telah pun selesai dengan jayanya.Saya amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dan semua pihak tidak memperkatakannya lagi.
KONVOKESYEN JPMK AKAN DIBOIKOT?
25 Oktober ini akan menjadi hari bersejarah buat mereka yang telah bersungguh-sungguh belajar.Hari Konvokesyen adalah merupakan hari paling sejarah buat seorang graduan.Hari tersebut mereka akan memakai jubah konvo,topi konvo dan mengambil skrol di hadapan syeikh Al Azhar atau pihak tertinggi Universiti Al Azhar.
Wajarkah ianya dianjurkan oleh sebuah persatuan? Sudahj tentu ianya tidak wajar.Pihak yang wajar mengadakan majlis berkenaan adalah JPMK dengan kerjasama AL AZHAR.
Pihak yang cuba memboikot program berkenaan hanya dilihat mencabul hak dan kebebasan seorang graduan untuk meraikan hari gembira mereka.Saya amat berhadap para graduan bersikap matang dan prfesional.Saya juga pasti,boikot tersebut akan gagal.
Melalui BLOG ini saya ucapkan tahniah kepada PMRAM kerana berjaya mengadakan pembacaan kutub sittah dan seharusnya PMRAM membuka penyertaan program tersebut kepada UMUM pada masa akan datang dengan menyatakan "TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA MALAYSIA".Pasti jasa PMRAM akan diingati kerana menganjurkan majlis ilmu berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Benarkah Ikhwan Muslimin masih tidak dibenarkan bergerak secara legal?
Yang dalam parlimen sekarang ni siapa?
Pilihanraya lalu, poster yang tertera Al Islam Hual Hal tu dari parti mana?
Tertera juga nama Ikhwan Muslimin pada poster-poster calon. Ianya dari parti mana?
Jika INBU ALI seorang yang peka dengan isu semasa dan membaca akhbar Mesir,pasti soalan tersebut tidak perlu ditanya.
1.IKHWAN MUSLIMIN telah diharamkan sejak dahulu lagi dan tidak pernah disahkan oleh pemerintah Mesir .Sebab itu Jika kita baca akhbar Mesir,IKHWAN MUSLIMIN akan digelar "JAMAAH MAHZURAH" bermaksud KUMPULAN YANG DIHARAMKAN.
2.Memang dalam parlimen ada lebih kurang lebih 70 orang dari 400 kerusi disandang oleh mereka yang menggelarkan diri mereka "IKHWAN MUSLIMIN".Tapi,mereka tidak sesekali duduk di parlimen atas nama "IKHWAN MUSLIMIN" kerana undang-undang tidak membenarkan mereka.Mereka adalah PEMBANGKANG dalam parlimen.
3.Dalam Pilihanraya lalu,calon-calon yang mengaku sebagai ahi IKHWAN MUSLIMIN tidak bertanding atas tiket IKHWAN MUSLIMIN.Mereka tidak dibenarkan berbuat demkikian kerana di Mesir,undang-undang tidak membenarkan sebarang PARTI yang berasaskan agama.lebih-lebih lagi ikhwan muslimin.MEREKA hanya bertanding atas tiket BEBAS.Ada juga yang bertanding atas tiket parti-parti lain.
Setelah mereka berjaya bertanding atas tiket bebas,maka akan muncul poster-poster yang memberitahu bahawa calon "A" umpamanya,adalah merupakan calon IKHWAN MUSLIMIN.
Agak melucukan,semasa pilihanraya tahun 2005,ada calon yang mengisytiharkan dirinya bukan calon ikhwan muslimin bahkan calon bebas sahaja.
Jelas,poster yang ditampal,bukan melambangkan calon bertanding atas tiket IKHWAN MUSLIMIN.poster hanya berfungsi memberitahu pengundi latar belakang calon.BUKAN melambangkan calon bertanding atas tiket IKHWAN MUSLMIN.
Usaha untuk kearah Perpaduan ummah harus di giatkan. Berpecahbelah dianatara kita Malaysians in Egypt tidak mendatangkan apa apa faedah.
Anda, PMRAM. Nadi UMNO, ISMA mau pun apa saja persatuan pun , we are Malays? Muslim in Egypt.
Perbaiki persamaan yang ada.
Perbedaan pendapat di selaraskan dan berganding bahu menuju satu kejayaan.
Bukan nya mencari kesalahan dan mengadu domba sesama kita,
Be realistic, at the end of our stays here in Egypt, we are going back to Malysia and faced the real enemies of Islam in Malaysia.
And we are going to see each other again, insyaallah
Catat Ulasan