Sabtu, 14 November 2009

SUARA PAS BANTU PKR MELEBARKAN SOKONGAN SETELAH TENAT (BAHAGIAN AKHIR)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para blogger yang saya hormati sekalian

Kedatangan ANWAR IBRAHIM ke Mesir dan berucap dihadapan ratusan mahasiswa di Mesir adalah salah satu kempen mencari sokongan dari lepasan timur tengah agar menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan pakatan pembangkang umumnya.

Ini jelas apabila pemimpin PKR yang datang terdiri daripada Dr Badrul Amin,Saifuddin Nasution selain Anwar Ibrahim sendiri sebagai pemimpin de factor bercakap dengan jelas mempelawa mahasiswa di mesir menyokong PKR dan pembangkang keseluruhannya seterusnya menjadi tenaga penggerak .Tindakan mereka sama seperti pemimpin PAS yang datang.Setakat ini,tiada seorang pun pemimpin UMNO atau BN bertindak sedemikian di hadapan mahasiswa membuktikan bahawa BN atau UMNO jauh lebih profesional.

SAIFUDDIN NASUTION BERI FAKTA YANG MENGELIRUKAN

Tepat jam 8.10 malam waktu Mesir pada 29 Oktober yang lalu,Saifuddin Nasution mengambil tempat memberikan ucapan di hadapan mahasiswa.Banyak isu yang telah dikeutarakan telah mengelirukan mahasiswa.Namun,bagi mereka yang hanya sekadar “menyokong membabi buta”,pasti tidak merasainya.

Saifuddin Nasution bercakap soal kewangan kerajaan pusat yang defisit pada tahun 2009.Dengan bersemangat beliau berkata berapi-api meyakinkan mahasiswa dengan membawa perbandingan kononnya Kelantan sebuah negeri di bawah pembangkang sebuah negeri yang jimat berbelanja.

Apakah kenyataan tersebut adil? Bagi kita mahasiswa yang peka dengan isu semasa, sudah tentu hujah beliau tidak boleh diterima.Ini adalah kerana,bukan kerajaan persekutuan sahaja mengalami DEFISIT bahkan Kerajaan Kelantan sendiri mengakui bahawa kewangannya Defisit.Bukan sahaja Kelantan,Selangor yang merupakan sebuah negeri yang termaju dibawah pentadbiran UMNO atau BN sebelum Mac 2008,turut dilaporkan defisit.

Saifuddin kata lagi bahawa pelaburan asing ke Malaysia (FDI) merosot.Sungguh lidah itu tidak bertulang.Berkata ikut sesuka hati.Apakah Saifuddin Nasution tahu atau saja buat-buat tidak tahu bahawa dunia sekarang sedang mengalami krisis kewangan?
Sejajar dengan krisis tersebut,sudah tentu ianya memberikan impak yang besar dalam kewangan serantau terutamanya pelaburan asing! Apakah pelaburan asing di Selangor,Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang meningkat? Sudah tentu pelaburan asing ke negeri-negeri berkenaan juga merosot.Mengapa ianya tidak dibangkitkan?

Paling saya hairan,mengapa Saifuddin enggan mengakui bahawa keadaan ekonomi di Malaysia masih stabil ditengah-tengah krisis ekonomi dunia.Pelabur sedia ada masih melabur dan tiada penutupan syarikat-syarikat besar yang menghilangkan pekerjaan beribu-ribu rakyat kita? Kenapa fakta ini disembunyikan oleh Saifuddin? Jawapannya adalah DENGKI dan HASAT menguasai diri.Hanya gilakan kuasa untuk memerintah hingga buta apa yang baik dihadapan mata!

Jika saya ingin bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Saifuddin,saya ingin bertanya juga,bukankah tindakan pemimpin de factor mereka,ANWAR IBRAHIM dan konco-konconya sendiri boleh menyebabkan kemerosotan pelaburan asing.Ini adalah kerana perbuatan buruk mereka yang suka memburuk-burukkan Negara melalui media antarabangsa kononnya politik Malaysia tidak stabil sungguh berpotensi besar untuk mempengaruhi pelabur yang ingin datang melabur ke Malaysia.

Isu terakhir yang dibangkitkan oleh Saifuddin adalah isu kehakiman yang kononnya bermasalah.Apakah masalah ini turut melibatkan mereka.Ini adalah kerana kes ANWAR IBRAHIM yang sedang dibicarakan di mahkamah masih menjadi perhatian dengan penundaan demi penundaan.Peguam sering bertukar ganti,helah demi helah dan lebih utama lagi adalah tuntutan demi tuntutan.Apakah mereka sendiri terlibat dalam “masalah” ini? Saya tidak berbicara tentang ANWAR IBRAHIM “terlibat” atau “tidak”, yang saya bicarakan adalah proses penundaan perbicaraan itu semata.

ANWAR IBRAHIM RAIH SIMPATI DAN SOKONGAN…
Apabila ANWAR mengambil tempat,saya amat tertarik dengan isu-isu yang dibangkitkan.Ianya tidak lain hanya mengata diri sendiri dan ANWAR cuba menegakkan benang yang basah.Itulah gaya orang politik.Mereka yang hadir dengan kesedaran yang tinggi dengan memahami fakta,pasti akan melihat betapa dangkalnya hujah ANWAR IBRAHIM!

Genting Highland dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Dua isu ini dikaitkan oleh ANWAR IBRAHIM kononnya UMNO yang menggadai hak melayu.Bagi mereka yang “totok” PAS di mesir , isu tersebut adalah sesuatu yang mereka tunggu-tunggukan.Ianya akan dijadikan hujah untuk menaolak perjuangan UMNO dan meraih sokongan mahasiswa untuk menyokong PAS selepas ceramah tersebut.

ANWAR IBRAHIM adalah menteri kewangan sebelum dipecat pada September 1998.Jika benar beliau pejuang sebenar hak melayu,mengapa tidak diarahkan sahaja Genting Highland itu ditutup? Bukankah yang mengeluarkan permit pusat Judi adalah bidang kuasa Kementerian Kewangan?

Jika benar beliau melihat bahawa DEB itu menindas melayu,mengapa dibiarkan dasar-dasar yang mempunyai roh “DEB” dibiarkan oleh beliau semasa menjawat jawatan dalam kerajaan.Apakah dahulu “boleh” sekarang “tidak boleh” semata-mata kerana tidak lagi berada lagi dalam jawatan?

Isu Beng Hock yang mati di luar bangunan SPRM turut dibangkitkan ANWAR.Betapa lupanya ANWAR memberitahu ratusan mahasiswa malam tersebut sikap terburu-buru pembangkang yang terus menuduh SPRM terlibat dalam kes tersebut sedangkan ianya masih “baru” berlaku dan masih dalam siasatan.

Anwar sungguh celupar pada malam tersebut dengan mengatakan bahawa KEDUTAAN dan JPMK adalah mendungukan mahasiswa.Siapa yang mendungukan siapa?Bukankah sikap pembangkang yang dating bertali arus ke Mesir membawa fakta-fakta yang “tidak tetap” lebih mendungukan mahasiswa?

Anwar Ibrahim TIDAK BERHAK masuk campur isu mahasiswa Mesir.Beliau sepatutnya mengakui peranan JPMK yang banyak berjasa kepada mahasiswa Mesir kerana Anwar pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran.Sudah tentu satu ketika dahulu,Malaysian Student Department (MSD) antara entiti yang berada dibawah beliau!

Saya amat memandang berat pandangan ANWAR yang mendakwa ustaz-ustaz dalam UMNO sering membuat kenyataan yang mengelirukan.Mahasiswa sudah tentu dapat membuat pertimbangan yang waras dan tidak menerima membuta tuli kenyataan tersebut.Ini adalah kerana,jelas, “siapa” yang sering memberikan kenyataan yang mengelirukan tersebut.Ustaz UMNO atau PKR dan PAS.

Mahasiswa Malaysia di Mesir masih tidak lupa siapa yang berkata bahawa “UMNO tidak bawa penyokongnya ke syurga” dan “ustaz Dr Asri bapak setan”.Hanya Nik Aziz dan Dr badrul Amin tahu siapa yang bercakap sedemikian yang lebih mengelirukan umat Islam di Malaysia.

4 ulasan:

AIC berkata...

memang sah anda seorang yang buta hati perut,sukar utk menerima kenyataan,didoakan semoga saudara dikurniakan hidayah dari yang Maha Esa..mmg benar firman Tuhan yg b'maksud"sesungguhnya hanya Allah yg Maha memberi hidayah"

Tanpa Nama berkata...

mungkin saudara ezo buta hati perut seperti yang di dakwa oleh AIC tetapi beliau tidak buta mata melihat yang datang berceramah ialah ahli politaik..yang dijemput oleh proxi polataik juga..
mungkin?

Unknown berkata...

pelik la aku tgk ko ni, kata belajar mesir.......... pemimpin umno gak ko sokong.... haizzzzzz.....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO kalau dtg pun takde sambutan... mereka boleh salahgunakan kuasa atas nama kerajaan tetapi kempen UMNO... inilah yg berlaku di mana-mana...