Jumaat, 4 Disember 2009

ISU PEMBACAAN KUTUB SITTAH : AMBIL KAIN RENTANG!!!! BUKAN CURI !!!! (BAHAGIAN TIGA)


KAIN RENTANG MENGHASUT BENCI INSTITUSI KERAJAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

Tulisan saya berkenaan isu ini nampaknya mendapat sambutan dari pelbagai pihak.Bahkan ada juga individu-individu yang "gusar" hingga menasihatkan saya agar berhenti membicarakan isu ini kononnya ianya telah selesai.

Kenyataan rasmi Persatuan Mahasiswa Selangor di Mesir baru-baru ini yang menyatakan pendirian tegas mereka tidak akan menyertai program sambutan hari raya aidiladha anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (MSD Cairo) dan Kedutaan,kononnya mahukan penyelesaian isu kutub sittah ini diambil kira dahulu,membuktikan kepada kita bahawa isu ini sebenarnya masih belum selesai.

Pihak PMRAM dan DESAK tetap memainkan isu ini secara senyap melalui perang saraf menyelinap di rumah-rumah negeri di Mesir.

PEMBENTANGAN KAIN RENTANG,LATIHAN JADI PEMBANGKANG

Pada satu malam,selepas 21 Oktober,kain rentang yang berbaur hasutan kepada mahasiswa kita telah direntangkan di dataran hayyu asir Kaherah.Kain rentang tersebut meraih simpati mahasiswa dan mendesak agar seluruh mahasiswa menandatangai desakan tersebut.

Maka,ramailah juak-juak yang tunjuk kejantanannya.Sedangkan undang-undang di Mesir tidak membenarkan perkara tersebut dilakukan.Namun,mereka yang berbuat demikian cukup licik dan pandai berlakon.Barangkali,jika ada SB Mesir yang bertanya,mereka kata itu "kedutaan" punya.Saya tidak tuduh,Cuma kata "barangkali".

Dari satu sudut,perbuatan menggantung kain rentang ini adalah mirip perbuatan pembangkang di Malaysia untuk melancarkan perang saraf dan memainkan PERSEPSI buruk terhadap sesuatu isu.

Siapakah dalang disebalik DESAK dan PMRAM? Jika dilihat dari situasi ini,jelas,pembangkang begitu minat isu ini.Termasuklah ketua pemuda PAS Malaysia,Nasaruddin Tantawi.Saya yakin,PMRAM dan DESAK telah didalangi VIRUS pembangkang.Barangkali juga Pengerusi SUARA,Encik Farhan Mazlan lebih tahu perkara ini kerana beliau dan juak-juaknya mempunyai talian terus dengan beberapa pemimpin pembangkang di Malaysia.Kerajaan dan pihak keselamatan Mesir perlu tahu perkara ini untuk siasatan.

Maka,perbuatan merentangkan kain rentang yang berbaur hasutan ini adalah merupakan latihan untuk menjadi pembangkang kelak.Lebih dari itu,hasutan ini adalah satu perbuatan jahat yang tidak wajar dilakukan oleh seorang agamawan.DESAK dan PMRAM harus malu dengan apa yang telah mereka lakukan.

Desakkan karut mereka sewajarnya tidak perlu dilayan.Mereka hanya takut dengan bayang-bayang sendiri justeru surat JPMK tersebut telah dikambing hitamkan.Sekali lagi saya berharap,pihak AL AZHAR dan Kerajaan Mesir harus melakuksan siasatan terhadap surat berkenaan.

KEWAJARAN TINDAKAN JPMK

Berdasarkan undang-undang Mesir yang tidak membenarkan perbuatan menggantung kain rentang tanpa kebenaran lebih-lebih lagi terdapat hasutan,maka MSD CAIRO,yang diketuai oleh Prof Madya Dr Jamil harus bertindak.

Bukan sahaja aspek perundangan yang beliau lihat,bahkan jauh dari itu,hasutan tersebut adalah melampau dan harus ditangani.Amat malang sekali apabila pegawai-pegawai negeri sekitar hayyu asyir tidak memaklumkan perkara tersebut kepada MSD dan membiarkan juak-juak pembangkang ini bermaharajalela.

Pegawai Negeri Terengganu pulang bercuti di tanah air pada ketika itu.Manakala pegawai Selangor sudah tentu tidak akan berbuat demikian kerana beliau mewakili negeri yang dikuasai pembangkang.Soalnya disini,apakah peranan pegawai negeri Pahang? Beliau dilihat bacul dan takut,bahkan hanya mengejar popular dikalangan mahasiswa Mesir kononnya beliau pegawai yang akademik.Saya turut menerima laporan bahawa pegawai Pahang tidak turun menyambut aidiladha bersama MSD dan KEDUTAAN dan yang paling pelik,ketika program "melapah" daging korban anjuran "BUKAN MSD" di dataran hayyu asyir keesokkan harinya beliau hadir memberikan sokongan moral.

Ini boleh menjadi satu isu yang harus dititik beratkan oleh kerajaan negeri Pahang.Dimanakah ketegasan YAB Datuk Seri Adnan Yaakob? Beliau dilihat begitu tegas di persada tanah air dalam pelbagai isu.Namun,dalam isu ini,nampaknya beliau senyap.Apakah beliau masih tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Awas MB Pahang! Laporan pegawai-pegawai kanan YAB disekeliling itu harus diteliti.Apakah MB Pahang menunggu sehingga PAHANG kelak jatuh ke tangan pembangkang pada PRU ke 13 dengan suara-suara sumbang kempen pembangkang dalam pilihanraya itu kelak bergema dari lepasan Al Azhar Mesir,baru Datuk Seri Adnan tahu bahawa laporan "BAIK" dan "SEDAP" itu sebenarnya salah? Pahang memerlukan pegawai "tegas" seperti Tuan Haji Razak.

Tindakan pengarah MSD CAIRO adalah secara anak dan bapa.Bapa menegur secara baik,merampas atau "mengambil" kain rentang yang berbaur hasutan itu adalah semata-mata ingin bertindak secara baik.

Jika melihat dari aspek perundangan,Dr Jamil seharusnya meminta bantuan pihak keselamatan Mesir atas sikap BIADAP dan KURANG AJAR pihak yang menggantung kain rentang berkenaan.

Namun,Dr Jamil hanya bertindak mengarahkan pekerjanya yang berbangsa arab untuk merampas kain rentang tersebut.Nah...apakah wajar pihak PMRAM,DESAK dan pro PMRAM melemparkan tuduhan bahawa Dr Jamil "CURI" kain rentang tersebut.

Seharusnya selepas ini,MSD tidak lagi bertindak dengan lemah lembut.Apa yang perlu dilakukan adalah terus menghubungi pihak keselamatan Mesir dan biarkan mereka yang berbicara dengan tindakan mereka.Sampai bila MSD perlu berlembut dengan "pemutar belit" itu? Tindakan berlembut saya kira sudah habis.Tiba masanya MSD berkasar seperti mana Allahyarham Tuan Haji Wan Bakar Wan Dagang lakukan.

FAKTA SEBENAR YANG DISEMBUNYIKAN

Tindakan mengambil kain rentang berkenaan disusuli oleh tindakan agresif juak-juak farhan mazlan yang bertindak bodoh menahan kenderaan kedutaan dan menjerit "haromi" atau "pencuri" di sebuah jalan,di Kaherah.

Walaupun perbuatan mereka menahan kenderaan tersebut mendapat perhatian pihak keselamatan Mesir,namun,sebenarnya mereka bodoh dan lupa bahawa Mesir punya undang-undang berkenaan kenderaan DIPLOMATIK.

Kenderaan diplomatik TIDAK BOLEH ditahan oleh polis atau mana-mana pihak di Mesir kerana ianya adalah satu IMUNITI yang diberikan atas nama DIPLOMATIK.Perbuatan menahan kenderaan tersebut bukan sahaja salah di sisi undang-undang,bahkan ianya boleh diambil tindakan tegas.

Kekecohan tersebut berlaku pada waktu maghrib 29 Oktober.Ianya bukan berpenghujung di situ,bahkan mereka semua dibawa ke Balai Polis berdekatan untuk tindakan lanjut.Maka,juak-juak yang cuba menjadi hero itu sebenarnya "takut" juga saat itu.

Tidak lama selepas itu,Dr Jamil selaku pengarah MSD CAIRO datang segera ke balai polis tersebut untuk menyelesaikan polemik berkenaan.

Fakta sebenar apa yang berlaku telah disembunyikan dari pengetahuan umum.PMRAM,DESAK dan juak-juak yang terlibat cuba menutup cerita sebenar dari pengetahuan ramai bagi menampilkan persepsi kononnya mereka kuat dan hebat.

Tindakan menggantung kain rentang tersebut yang jelas menyalahi undang-undang Mesir akhirnya telah berada dalam pengetahuan pihak keselamatan Mesir hasil tindakan bodoh juak-juak hero kampung yang sebenarnya telah membuka pekong sendiri.

Akhirnya,POLIS Mesir bertanya kepada Prof Madya Dr Jamil apakah beliau mahu tindakan diambil?Jika sekiranya Dr Jamil menjawab "Ya" ketika itu,maka tindakan sebenarnya adalah menahan reman hero-hero kampung tersebut ke penjara sementara di Lapangan terbang Kaherah sebelum dihantar pulang ke tanah air.

Namun,ayah mana sanggup lihat anaknya susah lebih-labih lagi mereka mumpunyai masa depan.Dr Jamil menyatakan kepada pihak polis bahawa beliau hanya mahu bertindak atas kebiadapan pihak yang kurang sopan menghasut mahasiswa melalui kain rentang.Beliau MENOLAK sebarang tindak balas dari pihak keselamatan Mesir.

Oleh yang demikian,Pegawai polis berkenaan meminta Dr Jamil memulangkan semula kain rentang tersebut dan berjanji sekiranya kain rentang tersebut digantung sekali lagi,maka POLIS MESIR SENDIRI akan menurunkan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.

Maka,ketika majlis bersama ANWAR IBRAHIM,malam 29 Oktober berkenaan,masih lagi tidak digantung kain rentang berkenaan walaupun mereka telah memperolehnya kembali.Kain rentang tersbeut hanya digantung selepas program ceramah ketua pembangkang tersebut selesai.

Namun,apa yang peliknya adalah,pada pagi hari,30 Oktober,kain rentang berkenaan telah ditanggalkan dan tidak lagi digantung.Sedangkan,pihak DESAK hanya menyerahkan kain rentang berkenaan kepada MSD CAIRO pada 3 November.Antara 30 Oktober hingga 2 November,kemanakah DESAK atau PMRAM sembunyikan kain rentang yang menjadi simbolik desakan mereka itu? Fikir-fikirkan...siapa yang "menipu" dan "tertipu" dalam isu ini?











6 ulasan:

EMANG berkata...

hehehe..

Prof Jamil jugalah yang best dan bijak dalam menangani ketidakmatangan otak PMRAM

:)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara ezo..

mengambil sesuatu hak orang lain tanpa izin bukankah dikira mencuri namanya?

Tanpa Nama berkata...

aku rase klu dalam bahasa melayu,,ambil kain rentang hak org lain mesti mendaptkan keizinan..sekiranya tidak ade ia seolah-olah dikira sebagai mencuri,,,oleh itu sapa yg mencurinya? org kamu!!!

lagi satu sebut pasal bkasm,,aku anak selangor yg pure n knew everything about bkasm,,,kami ade pendirian,,bukan pengecut seperti saudara ezo,,,yg tahu tak puas hati dan meluahkan persaan bodoh di blog,,sgt tak jantan,,sekurg-kurgnya anak selangor berani dlm menentang puak yg tak mahu agama ni..

lagi satu ezo,,aku ni mahsiswa yg sgt bijak,,kita ni bukan nak bincang bende bodoh yg ko ckp kat blog ni,,skg ni kita nak slesaikan isu kutub sittah ni,,,yg ko berpanjang jela sampai nk rak ni wat pe,,,siap masuk polis lagi,,n macam2 bende bodoh ko tulis,,

aku cabar ko tulis mengeni isu kuttub sittah,,,ko org agama kan...ko menolak ke,,? by the way i dont like u put stupid idea..

lagi satu jgn delete ye komen ni,,!!!!

from adam

Ezo berkata...

kalau betul berani,kenapa tak letak identiti..kalau setakat letak nama "adam",sesiapa pun boleh buat....kalau anak jantan,bagi komen dengan IDENTITI yang TERPERINCI...bukan letak nama yang tak pasti siapa anda...

Ini bukan isu AMBIL TANPA KEBENARAN,tapi mencegah kemungkaran....mencegah elemen KHAWARIJ yang cuba dipraktikkan dengan cara menghasut agar KELUAR atau BENCI insitusi KERAJAAN....

Terima kasih semua beri komen...

it's peng berkata...

ustaz ezo,

enta bagitau je ana, sape ustaz2 pmram yg kurang ajar sgt tu.

ana ready utk membunuh orang.

adam berkata...

ok,,klu ustaz kata ia berbentuk

"Ini bukan isu AMBIL TANPA KEBENARAN,tapi mencegah kemungkaran....mencegah elemen KHAWARIJ yang cuba dipraktikkan dengan cara menghasut agar KELUAR atau BENCI insitusi KERAJAAN...."

klu kita fikir logik balik apa kaitan khawarij n kuttub sittah,,,sedangkan yg lebih diaulakan sekarang adalah program kuttub sittah ni bukan nya kain rentang,,,klu disebbkan kain rentang ni sudah dikira sebagai khawarij amat lah tidak patut,,,

kain rentang tu bukan benci kerajaan,,,tapi bersebb,,,

ok sekaang ni malaysia ni dah tak macam dulu,,yg mempunyai satu tampuk kepimpinan,,,tapi dah ade negeri yg sudah dipegang oleh PR...KITA KIASKAN kepada selangor..sebb saya org selangor,,napa ada org sanggup berhimpun semata-mata mahukan PAS kuar dr PR,,,dan dari situ org yg berhimpun tu sama juga la benci terhadap kerajaan pr diselangor,,tapi dr situ kita bukan guna istilah benci tapi tidak setuju....tidak setuju pas bersama dgn pr,,

oleh itu sama juga la kami disni tak setuju dgn cara org atasan dlm menagani kuttub sittah ni,,,

itu pandanagn peribadi saya

takziah ustaz,,sebb kene tumbuk dr 2 org yg mmg kami tak suka dr dulu,,,

dari wan leman selangor,,

azu_one_06@yahoo.com