Sabtu, 20 Februari 2010

DR AL BARADEI BAKAL PRESIDEN MESIR 2011???


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para blogger sekalian,

1.Seperti biasa,setiap pagi,saya akan membaca akhbar AL AHRAM dan AL MISR EL YOUM.AL AHRAM adalah merupakan akhbar harian Mesir yang pro "kanan" manakala AL MISR EL YOUM adalah akhbar harian yang bukan "PRO KANAN".Bebas dalam analisis isu dan kadang-kadang bersikap RADIKAL.Isunya sensasi dan menarik.

2.Sejak jumaat,19 Februari 2010,akhbar AL MISR EL YOUM memaparkan berita kepulangan Dr Muhammad Al Baradei.Fikir saya,pentingnya individu tersebut adalah kerana beliau seorang bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa,sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu.

3.Fikir saya juga pada awalnya,Mesir berbangga anak watannya kembali ke tanah air setelah mengharumkan nama dengan memegang sebuah agensi penting antarabangsa.Tidak salah jika dikatakan RIBUAN RAKYAT Mesir di lapangan terbang pada 19 Februari 2010 menyaksikan SIRIH PULANG KE GAGANG.

4.Akhbar 20 Februari 2010 memuatkan berita lebih dari itu.Dari PETANI hingga pemimpin politik memenuhi lapangan terbang Kaherah,sedang mengimpikan sebuah perubahan maha dahsyat.

5.Impian mereka adalah seorang tokoh antarabangsa itu pulang membawa sinar kebahagiaan seperti mana generasi sebelum mereka pernah nikmati suatu ketika dahulu.

6.Dr Muhammad Al BARADEI dinamakan sebagai CALON POPULAR untuk pilihanraya presiden Mesir 2011.Jika dahulu,POUND MESIR adalah mata wang termahal di dunia,Mesir antara negara termaju di dunia,EL TRAM (sistem pengangkutan keretapi ringan) mula beroperasi seawal 1881,apakah sejarah kegemilangan Mesir akan tercacat kembali?

7.Apakah pula nasib AIMAN NUR yang pernah mencabar HUSNI MUBARAK pada pilihanraya 2005 dahulu? Apakah beliau akan memberi laluan yang mudah kepada AL BARADEI? AL BARADEI telah membuktikan kemampuannya diperingkat antarabangsa.Apa pula nasib JAMAL MUBARAK? Apakah mungkin anak presiden ini menjejaki langkah Basyar al-Asad yang mewarisi kerusi presiden Syria dari ayah beliau Hafiz Al Asad? Atau paling kurang menang dalam pilihanraya seperti anak Rafik Hariri di Lubnan,Saad Hariri?

8.Apa pun,akhbar yang sama menyatakan bahawa AIMAN NUR menyokong AL BARADEI.Namun,dalam politik,kawan seratus tahun,tak mustahil dalam sesaat,sudah bermusuh.Masih ada peluang kepada Jamal mengikut jejak langkah Syria dan Lubnan.Ini adalah kerana HUSNI MUBARAK adalah PAHLAWAN ARAB!

9.Apa untungnya jika AL BARADEI benar-benar bertanding dalam pilihanraya Presiden Mesir 2011?Sudah pasti pilihanraya kali kedua dalam sejarah moden Mesir tersebut akan mendapat perhatian dunia.Sudah pasti bahang kepanasannya berbeza dengan sebelum ini.

10.Paling penting,jika AL BARADEI menang! Dengan pengaruhnya yang kuat diperingkat antarabangsa,pengalaman yang luas,keintelektualannya itu,hampir pasti akan meletakkan negara Mesir sebuah negara yang maju dan membangun setanding negara maju yang lain.Mungkin memakan masa.Namun,itu harapan jutaan rakyat Mesir.

11.Pelabur yang bakal ditarik oleh AL BARADEI ke Mesir akan memberi peluang jutaan penganggur.Dasar-dasar yang menguntungkan rakyatnya.Mungkin juga dengan pengalaman luas di negara Eropah akan mengubah rakyatnya lebih mempunyai kesedaran sivik!

12.Namun,bukan mudah berhadapan dengan cabaran paling besar sebagai negara yang berjiran dengan Israel.Bukan mudah untuk mengubah minda rakyatnya yang berpemikiran STATIK.Bukan mudah untuk mengubah...Kita sama-sama tunggu dan lihat.

13.Kita mesti ambil tahu perkembangan politik di Mesir,tapi harus berhati-hati,silap "cara",bawah tanah nanti!!! ezo hanya minat ulas....tidak lebih dari itu...

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam sejahtera saudara ezo.saya sungguh tertarik dengan isu yg saudara bawa.diharap dpt meneruskan ulasan 'update' ttg berita albaradei ini.nk harap saya buka al-ahram,al-misr al-youm x tahu bila.

Unknown berkata...

salam sejahtera saudara ezo.

isu yg saudara bawa sangat menarik perhatian.fakta-fakta yg jarang ditemui seperti nilai matawang mesir pernah mahal harganya dll x ramai yg tau(termasuk saya)

diharap teruskan update berita ttg albaradei ini.

nak harapkan saya buka al-ahram x tahu bilaa.hehe