Jumaat, 26 Februari 2010

RASULULLAH S.A.W TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

1.Hari jumaat adalah penghulu segala hari.Jumaat,26 Februari 2010 sangat istimewa bagi kita minggu ini kerana ianya bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1431 Hijriah.

2.Sejarah manusia pernah mencatatkan pada tarikh tersebut satu katika dahulu,telah lahir seorang manusia yang membawa obor perubahan dan menerangi kegelapan umat.

3.Saat itu,ketamadunan EROPAH belum muncul.Barat masih di era kegelapan.Terutusnya Nabi Muhammad S.A.W ke muka dunia ini,telah membawa manusia ke sebuah ketamadunan manusia yang bukan hanya berasaskan kepada material akan tetapi berasaskan kepada akhlak yang tinggi,keimanan kepada yang esa dan dasar kemanusiaan yang sebenar.Firman Allah S.W.T dalam surah Al Anbia' ayat 107 yang bermaksud : " Tidak aku utuskan kamu (wahai muhammad) melainkan memberi rahmat sekalian alam ".

4.Wanita,tidak lagi dijadikan "harta" yang dipusakai.Wanita dibela dengan diberikan hak dalam mewarisi harta.Tiada penindasan yang memufliskan manusia dengan bebanan bunga faedah yang tinggi terhadap hutang . Manusia diajak menghormati antara satu sama lain . Nilai kemanusian benar-benar wujud sejak pengutusan baginda.

5.Jika bercakap soal ketokohan baginda,jelas lagi tersuluh bahawa Rasulullah S.A.W adalah tokoh yang tidak ada tolok bandingnya dengan tokoh sedia ada yang pernah dicatatkan oleh sejarah.

6.Siapakah tokoh yang memberi kesan kepada umat manusia walaupun setelah pemergiannya?

7.Napolean,Shakespeare,Alexandria the gread,Aristotle masing-masing tokoh dalam bidang yang terhad.Napolean dan Alexandria,hanya tokoh dalam bidang ketentaraan.Shakespare hanya tokoh sastera.Aristotle hanya tokoh falsafah . Setelah pemergian mereka,hanya 20 hingga 30 tahun memberi kesan.Setelah itu,hanya segelintir kecil manusia mengigati mereka.

8.Nabi Muhammad S.A.W tokoh ketenteraan yang terulung,disamping taktik peperangan yang berkesan.Baginda S.A.W juga tokoh dalam sastera dengan menyampaikan ayat-ayat Al Quran yang juga merupakan Mukjizat kekal yang diturunkan oleh Allah S.W.T.Masih kekal digunakan sebagai panduan umat Islam.Ketokohan baginda tidak terbatas.

9.Baginda memberi kesan kepada umat manusia.Masih diingati manusia zaman berzaman. ketokohan baginda tidak akan lenyap di makan zaman.

10.Ketamadunan BARAT dan EROPAH hanya muncul setelah mereka mengenali KETAMADUNAN ISLAM.Hanya kerana tembok-tembok keegoan memisahkan mereka untuk mengakui fakta penting tersebut.

11.Sempena maulidurrasul kali ini,saya menyeru diri saya dan rakan-rakan blogger,agar marilah sama-sama kita menjiwai sejarah atau sirah nabi kita Muhammad S.A.W yang sarat dengan pelbagai pengajaran buat kita di zaman ini.Mudah-mudahan kita digolongkan sebagai orang yang mendapat syafaat baginda S.A.W kelak...

Tiada ulasan: