Rabu, 10 Mac 2010

AL MARHUM SYEIKH AL AZHAR YANG SAYA KENALI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

1.Usai sesi kuliah universiti minggu ini,saya lantas pulang kerana demam yang masih belum kebah.Hadir kuliah adalah merupakan satu kewajiban keatas seorang mahasiswa.Demam,jika mampu berjalan,alasan apa yang menyebabkan saya tidak pergi?

2.Dalam perjalanan pulang itu,seorang rakan sekuliah menyapa saya dan menyampaikan berita tentang perginya Syeikh Al Azhar,buat selama-lamanya di Arab Saudi.

3.Perjalanan saya begitu lemah perasaan saya saat itu sebak dan sayu.Mulut saya mula berkumat-kamit membaca Al Fatihah menyedekahkannya kepada Al Marhum.

4.Semasa saya tinggal di Kolej Penginapan Antarabangsa Bu'uth Islami,Al Azhar, Jadual setiap hari jumaat saya adalah menghadiri kelas beliau yang membicarakan Tafsir yang merupakan bidang kepakaran beliau.

5.Tahun 2007,adalah tahun terakhir saya di Al Azhar dan pada tahun tersebut tercatat dalam sejarah, kembalinya mahasiswa melayu Al Azhar tinggal di sana.Sepanjang keberadaan saya di sana telah membentuk FAIZAL yang berlainan.Sehari semalam bercakap berbahasa Arab.Jika saya tidak berjumpa pelajar melayu,ini bermakna,saya langsung tidak bercakap bahasa ibunda sepanjang tempoh tersebut.

6.Al Marhum Prof Dr Muhammad Tantawi mula saya akrabi sepanjang di Bu'uth.Rakan-rakan tahun 2007,pasti ingat,bagaimana saya mengadu beliau seusai kelas betapa saya dan beberapa rakan memerlukan biasiswa Al Azhar.

7.Seorang yang tua umurnya,lemah lembut tutur katanya,berjalan dengan diiringi pegawai keselamatan tersebut mempelawa saya ke pejabat beliau.

8.Setiap Jumaat dalam tahun 2007,saya melihat lelaki berjubah hitam,berserban Al Azhar, memakai kasut dengan penyangkuk yang memudahkan beliau,menuruni anak-anak tangga menaiki kereta rasmi.

9.Bulan Jun 2007,saya bergelar graduan Al Azhar.hampir empat tahun saya di Al Azhar.Tidak ada pengalaman mengulang tahun.Itu sebabnya saya hairan melihat ada pelajar menghabiskan ijazah pertamanya lebih dari empat tahun.Ada yang lebih sepuluh tahun.Ada yang lebih 20 tahun!!!

10.Saat saya naik ke pentas konvokesyen yang bertempat di Pusat Persidangan Al Azhar,sekitar bulan September 2007,beliau menghulurkan salam kepada saya tanda benar-benar saya graduan Al Azhar yang mempunyai gambar konvokesyen bersama Syeikhnya.

11.Sempat berbual dengan menanyakan khabar dan memperkenalkan kepada Datuk Duta saat itu dengan kata-kata "haza ibnuna...." (ini anak kita- di Bu'uth-) Kuat ingatan dalam usia emas.

12.Gambar tersebut akan kekal menjadi tatapan saya sepanjang hayat.

13.Fatwanya kadang-kadang menjadi kontroversi.Namun,masyarakat masih tetap menghormati beliau.

14.Al Marhum Syeikh Prof Dr Muhammad Tantawi,sebutir permata yang kini hilang dari genggaman kita menghadap Allah yang esa.

15.Pasti,akhbar 11 dan 12 Mac adalah akhbar yang paling panas.Saya akan ulas berita tersebut.

AL FATIHAH....................

Tiada ulasan: