Jumaat, 19 Mac 2010

PROF DR AHMAD TAYYIB DILANTIK SYEIKHUL AZHAR YANG BARU



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Para Blogger Sekalian,

1.Setelah pulang dari solat jumaat,saya seperti biasa,akan melihat perkembangan terkini melalui saluran AL JAZEERA.

2.Jumaat,19 Mac 2010 adalah tarikh yang penuh bermakna di Mesir.Ini adalah kerana,di Sinai, sambutan ulangtahun ke 21 kembalinya TABA,ke pangkuan Mesir setelah di jajah oleh Israel.

3.Tanggal 19 Mac 1989,Presiden Husni Mubarak,menaikkan bendera Mesir di tanah TABA,sebagai lambang kembalinya TABA ke peta Mesir.

4.Taba adalah merupakan tanah jajahan Israel yang terakhir diserahkan semula kepada Mesir.

5.Pemimpin arab,memang suka membuat sesuatu keputusan penting pada hari yang penting seperti hari kemerdekaan,hari raya,awal ramadhan dan lain-lain.

6.Sempena ulangtahun hari bersejarah ini,Presiden Husni Mubarak melantik PROF DR AHMAD TAYYIB,Presiden Al Azhar,sebagai SYEIKHUL AZHAR yang baru menggantikan Al Marhum Dr Tantawi.Prof Dr Ahmad Tayyib adalah syeikhul Azhar yang ke 43 dalam sejarah Al Azhar.

7.Bagaimana perlantikan seorang syeikhul Al Azhar?

8.Sebelum tahun 1961,Syeikhul Azhar dipilih melalui undian dikalangan ahli Akademi Kajian Islam Al Azhar,mesir (Majmak Bu'uth El Islami,Al Azhar).

9.Namun,setelah Raja Farok dijatuhkan pada tahun 1952,kerajaan revolusi tentera Mesir mula campur tangan secara meluas ke atas AL AZHAR.

10.Harta wakaf Al Azhar dimilik negarakan.Kekayaan Al azhar saat itu telah mula menjadi harta kerajaan dan bukannya milik penuh Al Azhar seperti sebelumnya.

11.Ianya juga menandakan Mesir mula menggunakan sistem sosialis.

12.Pada tahun 1961,Mesir diperintah oleh Gamal Abdul Nasir,seorang presiden yang berpengaruh, namun, ditangannya, Syed Qutb, seorang ulama Mesir digantung sampai mati walaupun mendapat bantahan keras dari Raja Arab Saudi.

13.Gamal yang berpemikiran sosialis itu melihat pengaruh AL AZHAR sebagai sesuatu yang mesti dikawal.

14.Oleh yang demikian,sebuah undang-undang digubal dengan perkara 5,akta bernombor 103 tahun 1961 menyebutkan bahawa Syeikhul Azhar dilantik oleh Presiden Rebublik.

15.Sejak 1961, jawatan Syeikhul Azhar tidak lagi dipertandingkan bahkan dilantik oleh Presiden Republik.

16.Oleh yang demikian,saya amat berharap,agar para mahasiswa tidak mengikut rentak berita-berita liar yang menyatakan bahawa pemilihan Syeikhul Azhar dibuat secara tidak sah dan kerana pengaruh politik tertentu.

17.Ulama Al Azhar cukup sederhana.Siapa pun mereka,apa pun fatwa mereka,latar belakang mereka meyakinkan kita atas apa yang diperkatakan.Hafal Al Quran,memahami nas-nas syarak,mengenali para sabahat R.A sementara kita orang melayu,sejauh manakah kita hebatnya?

18.Sealim mana pun orang melayu,tidak sama dengan alimnya syeikhul Al Azhar.Saya yakin, syeikhul Azhar yang baru tidak kurang hebatnya dalam lapangan ilmu.Al Azhar akan sentiasa menjadi benteng pertahan umat Islam dan kiblat ilmu umat Islam.

Mohd Faizal Al Jauhari
Graduan Al Azhar 2007
Sedang menyambung pengajian di peringkat MA di Universiti Kaherah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

malaysia baru berkata...

Tanpa taksub kpd mana2 ulama,TOLAKLAH ulama terbukti sudah menjilat pemerintah...

Ulama dihormati sekiranya mengamalkan Islam. Ulama bukan untuk DISUCIKAN.

Hafal Al Quran, memahami nas-nas syarak,mengenali para sahabat R.A bukan alasan utk MEMAKSIATI ALLAH.

Sementara kita orang melayu, sejauh manakah kita hebatnya? Hebat Melayu hanya dengan Islam dan memperjuangkan Islam

Tanpa Nama berkata...

Allah melihat kpd hati dan amal bukan hanya ilmu..

mawarhanin berkata...

sejujurnya rasa kurang percaya bila perlantikannya datang dari kerajaan.

mungkin begitu....
boleh jadi,begini...
entah2 macam tu...

tapi husnuz zhan la dengan ulama'

tinta berkata...

Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah!!

Salam buat semua pembaca

Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah beserta delegasi bagi
merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.

Persatuan mahasiswa yang dianggotai anak-anak Johor bertungkus lumus untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis ini.

Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa pengawai dari JPMK.Dalam pertemuan tersebut turut
dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di Mesir terlibat dengan pembangkang!!

Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.

Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?

Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah
ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?