Rabu, 19 Mei 2010
BILAL MAHASISWA AKTIF DI KULIAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Blogger Yang Dihormati Sekalian,
1.Berbulan-bulan blog ini saya tinggalkan.Ini adalah kerana proses menyiapkan assignment telah menyebabkan saya tidak menulis.Ianya adalah antara beberapa faktor utama yang menyebabkan saya "sengaja" tidak mengemaskini blog ini.
2.Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan berita "penahanan" beberapa mahasiswa Malaysia di Mesir.Sebab penahanan masih tidak jelas di mata umum mahasiswa kita.
3.Apa pun,ianya bukan kerana "jenayah".Apatah lagi mahasiswa yang terlibat adalah merupakan seorang yang terkenal mempunyai reputasi yang sangat membanggakan.
4.Antara mereka yang terlibat adalah Saudara Bilal Jailani.
5.Saya bukanlah seorang yang rapat dengan BILAL.Namun,sifat ramahnya menyebabkan saya merasakan seolah-olah beliau orang yang tidak asing bagi saya.
6.Saya pernah mendengar khabar tentang seorang bernama BILAL JAILANI yang aktif di dewan kuliah Syariah di Universiti Al Azhar.
7.Bilal berani bangun menyertai perbincangan di khalayak ramai di dewan kuliahnya walaupun baru tiba di Mesir dan bergelar mahasiswa baru.
8.Bahkan,saya difahamkan,Bilal punya ramai rakan-rakan arab.
9.Setahu saya,dewan kuliah tahun pertama fakulti syariah adalah dewan kuliah paling padat. Mahasiswanya paling ramai dan menjangkau lebih seribu orang.Kebiasaannya,mahasiswa baru akan "malu-malu" dan "segan-segan" untuk bertanya.
10.Keberanian Bilal ini,saya puji dan memang patutlah Bilal mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan tahun berkenaan.
11.Saat ini,sepatutnya,Bilal mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.Namun, pelajar cemerlang ini diuji apabila rumahnya digeledah oleh pihak berkuasa Mesir.
12.Pada 17 Mei 2010,(lebih kurang hampir 20 hari beliau ditahan), akhirnya,Bilal dihantar pulang ke Malaysia.
13.Apakah punca beliau ditahan dan dihantar pulang?
14.Ada yang kata,penglibatan beliau dalam mengedarkan risalah di sebuah universiti dalam misi membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi oleh Yahudi menyebabkan beliau ditahan.
15.Ada pula yang kata Beliau ke sempadan Mesir - Israel dalam misi menghantar bantuan ke GAZA.
16.Ada juga yang berkata beliau punya hubungan dengan IKHWAN MUSLIMIN.
17.Apa pun,itu hanyalah "dengar-dengar" sahaja dan yang paling penting ianya TIADA KAITAN dengan sebarang JENAYAH atau SALAH LAKU.
18.Bagi saya,TIDAK PERLU kita perbahaskan panjang-panjang isu ini.Sebagai seorang muslim, walaupun saya bukan ahli ISMA, kita perlu ada rasa simpati atas apa yang berlaku.
19.Bagi saya juga, penahanan terhadap rakyat Malaysia di Mesir tidak patut berulang. Jika benar melanggar peraturan tertentu,Pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sepatutnya diberitahu dahulu sebelum pihak berkuasa bertindak.Malaysia dan Mesir adalah dua buah negara yang mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik.Bahkan, Malaysia adalah antara negara yang paling awal mengiktiraf perjuangan "revolusi rakyat Mesir" dengan pembukaan kedutaannya di Mesir seawal tahun 60 an. Hubungan ini sepatutnya diterjemahkan melalui tindakan "persahabatan" dalam apa keadaan jua.
20.Mahasiswa cemerlang,BILAL JAILANI,harus segera pulang kembali ke bumi anbia' untuk meneruskan pengajiannya.Sama-sama kita doakan agar ALLAH S.W.T mempermudahkan beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan