Rabu, 12 Mac 2008

MAHASISWA AL AZHAR PRO BA

Selama beberapa tahun saya di Republik Arab Mesir sejak September 2003 hingga kini,saya dapati ada pelbagai ragam mahasiswa Al Azhar.Ada yang duduk bertahun-tahun dan gagal namun mereka tergolong dalam kelompok yang aktif berpersatuan.Ada dikalangan mereka yang aktif bercakap soal politik pembangkang seolah-olah mereka adalah ahli parlimen atau adun.Benar kata Tun Daim Zainuddin,tukang yang paling senang adalah tukang kritik.

Selama di Mesir ini,saya lihat,ada satu kononnya tohmahan yang ketara dilemparkan kepada mahasiswa Malaysia iaitu pro pembangkang.Persatuan induk mereka berkeras menafikan.Namun yang demikian disebalik penafian itu,ada dikalangan Ahli Jawatankuasa mereka yang secara terang-terangan PRO PEMBANGKANG dari segi percakapan terhadap politik.

Suasana politik terkini akhirnya menampakkan wajah sebenar mereka.Ketika keputusan pilihanraya belum diumumkan secara rasmi namun jelas kelihatan DAP,PAS dan PKR menang banyak kerusi di 5 buah negeri,saya dihubungi salah seorang dari mereka.

Antara kata-katanya kepada saya adalah "belajar-belajarlah jadi pembangkang pula selepas ini" kerana mereka berharap,BN kalah.Namun,setelah diumumkan secara rasmi,ternyata BN masih menang dan benar,lima buah negeri jatuh ke tangan BA.

Sejak akhir - akhir ini,saya dapati,beberapa blog yang dahulunya kurang berani menonjolkan pro BA,kali ini dengan jelas,ayat-ayat yang dihamburkan menghujum BN dengan berlapik.Begitu juga isu DEB,mahasiswa Al Azhar kurang faham dengan DEB hinggakan ada yang membenarkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Disamping itu,memang ada mahasiswa Al Azhar yang berasal dari Johor yang pro BA sejak dari dahulu hingga ke hari ini masih terus dengan kerja-kerjanya menulis blog yang pro BA.Mahasiswa ini bernama AKMAL ALI,SALAH SEORANG EXCO BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR MESIR (BKPJM).Alamat blognya ialah http://kalam-ummah.blogspot.com/. Pelajar ini tiba di Mesir pada tahun 2005 sesi akademik 2005/2006 sebagai pelajar program berkembar sebuah kolej di Kelantan (KIAS) melanjutkan pengajian tahun 3 Fakulti Syariah Universiti Al Azhar dan masih menuntut di tahun yang sama pada ketika ini (sesi akademik 2007/2008).

Kini,kebanyakkan mahasiswa Al Azhar tidak segan silu mengaku mereka sokong BA walaupun bersama BA itu DAP yang masyhur dengan slogan Malaysian Malaysia dan anti DEB.Jika ini berlarutan,tidak mustahil prestasi peperiksaan kurang memuaskan seperti mana yang dinyatakan oleh rektor Al Azhar Dr Ahmad Toyyib terus akan menghantui mahasiswa Malaysia.

Sejauh manakah kehadiran mahasiswa Malaysia di kuliah? apakah mereka ambil pendekatan sederhananya? atau hanya ambil kertas jawapan peperiksaan bila tiba masanya dan memberika semula kepada pensyarah masing-masing dengan jawapan yang "agak memuaskan"? tepuk dada tanya iman.

Apa khabar mahasiswa Malaysia di Al Azhar?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

xtau nk respon ape..sebagai seorang graduan alazhar patutnya ada tasauf..eemm..kena belajar lebih lagi..insyaAllah kau akan faham..

Tanpa Nama berkata...

salam..agak keterlaluan kata-kata saudara didalam berbicara..mg2 allah memberi ruang dan peluang untuk saudara menilai antara kebatilan dan kebenaran yang hakiki..aminn...

Tanpa Nama berkata...

Salam.nampaknya enta tidak faham apa tu islam dan kaitannya dgn pembangkang.sokong Islam = sokong pembangkang.dah pembangkang bawa Islam.kita sokong PAS bukan semata2 parti tp atas dasar perjuangan pas nak bawa Islam.kalau enta ckp pelajar azhar pro B.A.betula.PRO B.A mknanya PRO Islam.so apa masalahnya.rugila enta dtg sini tp xleh memahami hakikat sekecil ini..

Ezo berkata...

waalaikumussalam

Kenyataan "al-azhari membayangkan seolah-olah hanya PAS yang dan pengikut-pengikutnya islam,yang tak menyokong PAS,dan BA maknaya bukan Islam.

Maka,DAP itu Islamkah? Agak-agaknya siapa yang menentang pelaksanaan negara Islam yang kononnya anjuran PAS terlebih dahulu? bukan DAP kah?

Apakah menyokong Islam itu hanya yang menyokong PAS? inilah padahnya bila manusia dah terlampau taksub dengan satu-satu parti sedangkan negara kita negara Islam.

Orang UMNO pun solat,puasa dan menagamalkan kewajiban yang lain.Jangan ingat yang Islam hanya yang menyokong PAS.JIka demikian,Islamkah GUAN ENG,KARPAL SING,KIT SIANG jika yang sokong BA itu Islam?

Lihatlah kecetekan minda orang Al Azhar.Datang ke Al Azhar tapi tidak mengambil konsep manhajnya.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...bgus nye korang ni...gaduh2 la lg...pastu islam kt m'sia tu t'gadai...rakyat m'sia sume bg harapan kt kite sume...korang lak bleh b'tekak psl politik bengong ni....xde gne ar weh...cube la ajak b'bincang skit....mcm kanak2 moden(gaduh gne blog) la korang ni...haha...pndai2 ar korang pikir sndri..

Tanpa Nama berkata...

salam, saya bukanlah pelajar al azhar macam kamu semua..hebat2..mantap2.. tapi apa maknanya kamu hebat tapi memperjuangkan Islam Hadhari yg jelas matlamatnya ingin menghancurkan Islam di Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

......... seriously... get yourself a pinch of integrity. I'll be happy lend to lend mine to you.