Sabtu, 28 Mac 2009

ITUKAH USUL MAHASISWA??

Usul sesebuah gerakan atau persatuan mahasiswa sepatutnya kearah meningkatkan kualiti mahasiswa dan bukan hanya bersikap kekitaan yang terarah kepada kesatuan semata.Banyak masalah mahasiswa yang harus dititik beratkan seperti kesedaran mahasiswa terhadap kuliah Universiti, Penguasaan bahasa arab yang lemah di kalangan mahasiswa Al Azhar,budaya berpersatuan sehingga mengganggu waktu kuliah dan sebagainya adalah antara perkara yang sepatutnya menjadi perhatian utama persatuan yang mengakui menjaga kebajikan ahli seperti PMRAM.

Sungguh malang,PMRAM lebih suka ahlinya bergaduh sesama kalangan mahasiswa Al Azhar, seronok menguasai pergerakan mahasiswa dengan cara tidak demokratik dan diktator bahkan membiarkan mahasiswa Al Azhar terus alpa dan lalai dari tugas utama mereka menuntut ilmu dan menghadirkan diri di kuliah Universiti.

Metod kesederhanaan Al Azhar barangkali bagi mereka merugikan mahasiswa jika dipraktikkan dalam jiwa mahasiswa seperti mana Al Azhar menolak fahaman dan pegengan Islam ala ekstrim Ikhwan Muslimin di Mesir dan pegangan itu jugalah digunakan oleh PAS di Malaysia.

Ikhwan Muslimin sentiasa mempersoalkan tindak-tanduk Syeikh Al Azhar seperti yang disiarkan baru-baru ini,Syeikh Al Azhar bersalaman dengan Perdana Menteri Israel dalam satu majlis forum antara agama anjuran PBB tanpa melihat ianya sebagai satu watak kesederhanaan yang boleh melembutkan hati musuh untuk segan dan malu untuk bertindak ganas terhadap Islam.

Begitu juga penglibatan Prof Dr Umar Hasyim sebagai ahli yang berhormat Dewan Rakyat Mesir (majlis sya’ab misri) seorang pakar hadith dan bekas rektor Universiti Al Azhar sebelum prof Dr Ahmad Taib yang dilantik pada tahun 2003.

Tidak kurang juga Penglibatan Prof Dr Hamdi Zakzuk sebagai menteri wakaf Mesir,Ikhwan Muslimin selalu mengungkit dan memburukkan serta memberikan persepsi buruk terhadap ulama-ulama Al Azhar yang aktif dalam memegang pelbagai jawatan penting dalam pentadbiran politik Presiden Husni Mubarak.

Negara Malaysia yang dikatakan oleh sebahagian mahasiswa Al Azhar sebagai tidak Islamik dan pernah saya mendengar seorang pemimpin mahasiswa berkata kepada saya, “haram duduk dalam pentadbiran kerajaan” itu,apakah mereka sedar,Malaysia tidak menghakimi para penentang politik kerajaan di mahkamah tentera dan menjatuhkan hukuman tembak sampai mati jika didapati bersalah,Syarm El Syeikh jauh lebih besar dari genting highland dan lain-lain lagi jika hendak dibandingkan dengan sebuah Negara di mana Al Azhar didalamnya??

Sedikit perbandingan untuk memperlihatkan betapa dangkalnya cara sebahagian mahasiswa kita berfiikir.Bagaimana hendak membuat perbandingan politik dan sosial,sedangkan penguasaan Bahasa Arab sebahagian mereka amat lemah sehingga tidak mampu membaca akhbar harian di Mesir.

USUL PERTAMA

Usul pertama yang dibahaskan oleh PMRAM dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini adalah “Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul”.

Jangan berdolak dalih,maksud disebalik ayat tersebut adalah hanya PMRAM sahaja persatuan yang dijamin diiktiraf oleh pihak keselamatan Mesir.Bagi mereka,persatuan selain PMRAM seperti ISMA, KELAB UMNO tidak sah dari segi keselamatan walaupun tidak berdaftar di bawah kerajaan Mesir,persatuan-persatuan terbabit sah disisi undang-undang kerana dibawah perlindungan KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH.Di samping itu,mereka juga selamat untuk disertai dan menjamin mahasiswa menjawab dengan amanah BORANG KESELAMATAN yang bakal diisi apabila pulang bekerja kelak,apabila menjawab soalan yang berbunyi “adakah anda pernah menyertai persatuan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan?” maka dengan penuh amanah dan bertanggungjawab jawapannya ialah “TIDAK”.

Unsur-unsur perpecahan bagi PMRAM juga adalah persatuan yang tidak bernaung di bawah PMRAM. Maka seharusnyalah persatuan PERUBATAN melihat perkara ini dengan serius,maksud mereka PERUBATAN juga sedemikian kerana PERUBATAN tidak bernaung di bawah PMRAM.Begitulah angkuhnya sikap PMRAM ini dan gaya berpersatuan ini lebih bersikap berpersatuan dengan cara memerintah ala-KUKU BESI dan DIKTATOR.

USUL KEDUA

“Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM”.Semestinya menenggek kepada BKAN adalah salah satu rahsia kekuatan PMRAM.Ianya bagi menjamin survival PMRAM itu sendiri.Jika BKAN tidak dapat dikuasai,tunggu pegawai negeri berkenaan,mereka akan dipanggil “zalim” dan “mengganggu hak dan kebebasan mahasiswa”.Usul ini langsung tidak memeranjatkan saya kerana seperti yang saya katakana tadi,tanpa BKAN,siapalah PMRAM.Kerajaan negeri di Malaysia harus memikirkan sesuatu.MODUL yang digunakan oleh pegawai Negeri Sembilan, Tuan Haji Malik kahar harus menjadi MODUL cotoh membantu mengembalikan kegemilangan dan meningkatkan akademik mahasiswa Al Azhar.

USUL KETIGA

“Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa”.Mengapa baru hari ini PMRAM pandai sebut KEDUTAAN.Bukankah PMRAM rasa mereka lebih kuat dari kedutaan? Bukankah semasa saya di tahun pertama pengajian bergelar mahasiswa baru,abang-abang PMRAM kata, “kalau ada pelajar kita yang dipenjara,maka presiden boleh datang ke penjara bertemu amnuddaulah (ketua polis) untuk membebaskan pelajar yang ditahan,kelebihan ini tidak dimilki oleh kedutaan tapi dimilki oleh PMRAM!!!”

Bukankah kad PMRAM yang tertera tandatangan presiden PMRAM dan cop PMRAM jauh lebih hebat berbanding PASSPORT MALAYSIA ? Hah!!! Tunjukkan kad PMRAM anda jika polis Mesir minta passport yang tidak bervisa kerana sistem imegresen Mesir yang “bersistematik” itu!

Apakah ada “fatwa kontemporeri” yang tidak diketahui oleh ahli-ahli PMRAM lantas usul ini dibawa ke perhimpunan agung mereka?Adakah kad PMRAM tidak lagi laku dan bercanggah dengan seperti mana yang dilaporkan kepada mahasiswa saban tahun? Atau mahasiswa dah mula matang dan tidak percaya KAD PMRAM lantas satu helah dengan usul ini harus diajukan?


USUL KEEMPAT


“Menjayakan Dana Syaqah PMRAM dengan cadangan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun”.Kita difahamkan PMRAM memerlukan dana kewangan untuk membeli apartment sendiri bagi dijadikan pejabat yang dijangka menelan kos lebih Sejuta pound mesir.Ini adalah salah satu cara untuk memperkukuhkan survival PMRAM di masa akan datang.

Kebajikan….yer…kebajikan…apakah PMRAM yang memberikan kebajikan kepada ahlinya atau ahlinya memberikan kebajikan kepada PMRAM? LE 300 itu cukup besar untuk seseorang mahasiswa.Lepas kos makan sebulan barangkali.Usah bicara soal kebajikan ahli jika wang poket ahli dikikis untuk memuaskan nafsu memiliki apartment.Mahasiswa Malaysia telah memilki banyak bangunan dan prasarana yang diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing.LE 300 itu juga jika digunakan untuk membeli kitab rujukan,pasti ianya jauh lebih manfaat.

Akhir sekali,kita tertanya-tanya,apakah peranan PMRAM dalam dunia akademik mahasiswa? Apakah peranan meningkatkan kesedaran dalam menacapai kecemerlangan akademik mahasiswa tidak termasuk dalam usul utama walaupun jelas pencapaian akademik mahasiswa Malaysia tidak membanggakan menurut satu laporan dari Universiti Al Azhar? Atau, PMRAM punya agenda tersembunyi?.

9 ulasan:

melayu mesir berkata...

panas!

Tanpa Nama berkata...

aku tak sokong mana2.. aku cuma pemerhati jer.. bagus ko buat blog macam ni.. sekurang2nya pemerap tahu apa pandangan telus org tentang mereka.. sebab kebanyakan blog semua cerita hal2 kebn urukan umnoink.. nak hentam umnoink.. takda sapa nak hentam pemerap.. mungkin teguran ini juga leh sedarkan kedua2 persatuan nih.. apa kekurangan mereka.. dan dua2 akan mengambil positif setiap isi dalam blog mereka..

jgn kata apa2 kat aku... sbb aku mmg tak join dua2 nih.. aku berkawan jer dgn org2 nih.. hehehe... keep it up..

Tanpa Nama berkata...

perubatan memang tak bernaung..
tp kami masih berprogram bersama pmram, salah kah?

berkongsi idea-idea yang tidak diendahkan oleh persatuan lain.

oh ya,
byk sbnrnye nk komen entry blog anda ni..

tapi memikirkan ada kelas, saya tangguhkan!

makanya, entry anda ni ada pro dan kontra nya~

masih boleh dibawa berbincang,
bukan saling tuding jari.

[be in their shoes and then u'll know]

Tanpa Nama berkata...

well done bro..at least ada jugak orang yang mengkritisi apa yang diorang (pmram) rasa betul selama ni..
which is good..bukan kita benci,tapi kita sayang ikhwan kita..tak gitu?
silakan enta semua berorganisasi,sbb ini mmg bekalan besar sebagai modal kita bermuamalah dengan masyarakat kelak..tapi jgn lupa niat pertama antum datang menuntut ilmu di mesir dan jgn berfikiran org yang tdk se'kapal' dgn kita sebagai 'org luar'.
sedikit saranan..to b fair,harap sdr faizal dapat juga menulis - selepas memerhati - baik buruk organisasi2 lain yang kontroversial pada pandangan mereka (pmram) seperti abim mesir,nadi umno dan isma.
jazakallah.

Ezo berkata...

"Tanpa nama",alangkah bagus jika "bernama",terima kasih atas respon anda.

Secara peribadi,PERUBATAN tidak salah berprogram bersama mana-mana persatuan,selagi mana program berkenaan tidak mengganggu tugas utama kita sebagai mahasiswa.

Kita mahasiswa,sama ada pengajian Islam atau Perubatan,kita adalah tulang belakang negara.Seharusnya,kita bebas memilih apa program yang hendak kita ikuti,dengan siapa kita hendak berkawan dan apa yang hendak kita luahkan.

Kita harus terbuka.Tidak taksub dengan mana-mana ideologi dan kumpulan tertentu.

Kesimpulannya,tidak salah jika PERUBATAN berprogram dengan PMRAM,yang salah adalah pihak yang sering memandang serong terhadap kumpulan yang tak se"kapal" dengannya.

Hidupkan perpaduan mahasiswa.Jangan ada mana-mana individu memandang individu yang lain dengan berprasangka dan persepsi tertentu.

Nyahkan perkataan "perangi" kumpulan tertentu atau "jauhi" kumpulan tertentu.

Saudara,kita bukan budak-budak sekolah yang hanya menerima sesuatu fakta atau mengikut aliran tertentu secara membuta tuli dan menafikan hak kita menerima pandangan yang berbeza...

Terima kasih semua...

admin berkata...

salam

Kritis. Ok. Memang nampak. setuju, bukan lah usul mahasiswa sangat, tapi ada gak la kaitan sikit.

Kena baiki la usul2 tu, kena cari yang releven sikit, sesuai dengan intelektual, global dan semasa.

Isu lapuk visa tu sepatutnya bukan lagi tugas mahasiswa. dah ada orang yang kena buat kerja tu. apa pasal yang kita kena wat usul?

Jangan lah terlalu menghairahkan ahli seolah-olah memerlukan sangat-sangat sumbangan ahli. Kempen secara biasa-biasa sudah lah.

Buat bisnes, mintak ahli labur ka, mencarum ka, buat koperasi ka, itu teknik lebih baik.

Mohd Faizzudin bin Ghazali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Kalau masalah taadud jemaah pun masih tak clear camne nak jelaskan tentang kenapa mesti kita menyokong PMRAM

admin berkata...

Teruskan menulis..