Sabtu, 28 Mac 2009

PMRAM KEKAL DI TAKUK LAMA

Assalamualaikum,

Para blogger yang dihormati,

Kita baru saja menyaksikan perubahan pucuk pimpinan sebuah parti terbesar di Malaysia yang banyak berjasa kepada agama,bangsa dan Negara.Saya amat berminat untuk mengulas apa yang sedang kita lihat.Namun yang demikian,saya tangguhkan dahulu hasrat tersebut kerana saya amat berminat untuk mengulas satu lagi peristiwa penting di Mesir iaitu rapat umum atau “ijtimak umumi” yang kebiasaannya dipanggil muktamar sanawi.

WALAK


Persekutuan Melayu REpublik Arab Mesir mempunyai satu kekuatan yang bernama WALAK.Perkataan ini adalah satu perkataan bahasa arab yang bermaksud ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.Sepatutnya perkataan ini diletakkan oleh setiap rakyat Malaysia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong,namun,ianya diguna pakai oleh kepimpinan BAKAN dan DPM untuk PMRAM.Jika diteliti dan dibuat satu kajian,kita akan nampak bahawa mana-mana gerakan Islam akan menggunakan kalimah keramat tersebut.PAS di Malaysia dan Ikhwan Muslimin di Mesir,mereka amat mempraktikkan WALAK sebagai satu mekanisme mengukuhkan gerakan dan ideologi.

Tidak hairanlah jika telinga kita jarang mendengar masalah dalaman dan suara lantang terhadap pemimpin mereka.Sebab WALAK harus diberikan kepada pemimpin gerakan tersebut.Amat malang jika ada sesiapa yang berhasrat ingin melemahkan mereka dengan mencari masalah dalaman sebagai bahan utama memecah belahkan mereka.Jika ada ketidak puasan hati terhadap mereka,BAKAN atau DPM akan merahsiakan serapat mungkin dari pengetahuan ramai.

Setiap BAKAN dan DPM mempunyai ratusan ahli.Antara kedua-dua elemen kekuatan PMRAM ini,BAKAN adalah kekuatan utama PMRAM.Ini adalah kerana tiada DPM jika tiada BAKAN.Ahli BAKAN yang duduk di luar Kaherah akan menjadi ahli DPM.Oleh sebab yang demikian,PMRAM akan marah dan melenting jika BAKAN mereka diganggu.Pegawai kerajaan yang bertugas di Mesir jika cuba mengganggu hubungan PMRAM dengan BAKAN,mereka akan sebar luaskan sebuah persepsi untuk diserapkan dalam minda mahasiswa bahawa pegawai terbabit zalim dan cuba menyekat hak mahasiswa.Kekuatan PMRAM akan tempang tanpa BAKAN di sisi mereka.

Menyedari hakikat ini,semua BAKAN mesti dipastikan oleh PMRAM duduk di bawah naungan mereka.Semua BAKAN akan mengikut acuan kepimpinan PMRAM.Dari pemilihan exco hingga ke aktiviti-aktivitinya.Dari segi pemilihan exco dan yang dipertua,pasti akan didengar bahawa mereka menang tanpa bertanding,kecuali beberapa negeri seperti Kedah satu ketika dahulu.Aktiviti BAKAN pula haruslah tiada pertembungan kerana pertembungan tersebut akan dianggap sebagai “menentang” PMRAM.

Maka setiap aktiviti haruslah mendapat perkenan PMRAM terlebih dahulu.Untuk megukuhkan lagi survival PMRAM,Badan Pengurus angkat akan berfungsi kearah itu agar BAKAN dapat dipantau melaluinya.

MENANG TANPA BERTANDING

Satu budaya kurang sihat dalam PMRAM ialah,tiada pertandingan dalam jawatan kepimpinan PMRAM.Ini adalah kerana semua BAKAN akan walak dengan mana-mana individu yang bakal diajukan oleh mereka untuk diangkat sebagai pemimpin.Bahkan BAKAN sendiri bertindak menghantar “bekas exco” atau “exco” mereka sebagai duta BAKAN kepada PMRAM untuk diasuh sebagai pemimpin PMRAM.

Beberapa exco PMRAM,dari satu sesi,akan dikekalkan bagi memastikan PMRAM tidak terkeluar dari landasan asal dan acuan lama agar kekal di takuk lama.

Gaya kepimpinan sebegini tidak mendatangkan dan langsung tidak akan menghasilkan sesuatu yang positif kerana kepimpinan itu bukan datang dari suara ramai,akan tetapi ianya datang dari “semangat” luaran yang akan membantutkan transformasi dan penambah baikkan seiring dengan kehendak semasa.

Jika PMRAM menafikan perkara ini,dengan berani saya katakan bahawa PMRAM tidak diminati oleh mahasiswa terbanyak.Hanya segelentir sahaja dari kalangan mereka yang menjawat jawatan exco dan yang dipertua BAKAN sahaja yang minat meneruskan survival PMRAM dengan menghantar nama-nama tertentu ketika penamaan calon dibuka saban tahun.

Corak pentadbiran ala DIKTATOR ini,sudah tentu kurang diminati oleh mahasiswa yang berfikiran jauh dan terbuka.Hanya segelintir sahaja yang akan memberikan sokongan padu.

ISU YANG DIBANGKITKAN

Para perwakilan yang hadir lebih bertindak sebagai penyoal.Kepimpinan PMRAM bertindak sebagai PENJAWAB SOALAN.Ini adalah satu mesyuarat agong yang aneh seolah-olah ianya adalah majlis soal jawab antara badan pengurus dengan ahli terpilih.Saya tidak mahu mempersoalkan gaya mesyuarat agong mereka,barangkali mereka ada alasan konkrit berbuat demikian.

Isu yang dibangkitkan adalah amat penting untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan pemimpin menerima kritikan dan menyelesaikan masalah.Apa yang saya lihat,soalan yang dibangkitkan kurang berkualiti dan inilah nilai sebenar mahasiswa Malaysia di Mesir.

Hubungan antara PMRAM dan KEDUTAAN serta Malaysian Student Department (MSD) menjadi persoalan hangat dari banyak perkwakilan.Soalan demi soalan yang sama maksudnya diajukan dengan individu yang berlainan.Presiden PMRAM (sekarang mantan) hanya menjawab dengan gaya “lepas tangan atau cuci tangan”.

Seorang perwakilan bertanya, “apakah hubungan PMRAM dengan KEDUTAAN serta MSD?” jawab sang ketua, “kita telah mengadakan banyak program dengan usaha sama antaranya majlis sambutan hari raya aidilfitri”.

Ada juga perwakilan yang bertanya, “apakah maukif (pendirian) PMRAM terhadap program-program anjuran KEDUTAAN dan MSD?” jawab orang tertinggi mereka “kita serah kepada kebijaksanaan ahli”.Saya ingin bertanya,apakah jawaban tersebut betul dengan soalan yang diberikan atau ianya sekadar “cuci tangan” atau “lepas tangan”? Inilah topeng sebenar PMRAM.Bertalu-talu soalan yang sama diajukan dan telinga saya mendengar soalan yang sama dan jawaban yang sama cuma ada yang agak bijak dengan memberikan sedikit penambahan.

Tugas pemimpin adalah memimpin ahli dan memberikan tunjuk ajar.Jika mereka tidak diberikan tunjuk ajar yang betul,apa guna duduk sebagai pemimpin atau PMRAM lebih selesa ahlinya tidak memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada entiti selain PMRAM?

PMRAM cuba bertindak sebagai sebuah KERAJAAN apabila bertindak menubuhkan HISBAH.HISBAH adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud PENGUATKUASAAN.Dalam ilmu siasah,tiga unit utama dalam pentadbiran undang-undang Islam iaitu TASYRIK (penggubalan undang-undang),HISBAH (penguatkuasaan) dan QHADO’ (penghakiman).Ketiga-tiga unit ini saling membantu antara satu unit dengan unit yang lain.

Hari ini,TASYRIK dibentuk dengan kewujudan PARLIMEN yang dahulunya ditentukan oleh ijtihad atau pentafsiran IMAM atau KHALIFAH berdasarkan sesuatu dalil dan sumber hukum dalam menetapkan sesuatu undang-undang yang ditetapkan.

Setelah itu,HISBAH akan bertindak sebagai penguatkuasa undang-undang yang dibuat bagi memastikan rakyat terbanyak mentaati arahan undang-undang tesebut.Hari ini,pelaksanaan tersebut dilakukan oleh pihak keselamatan seperti polis,penguatkuasa Pihak berkuasa tempatan,pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam sinonim “pencegah maksiat” dan lain-lain lagi.

Manakala QHADO’ pula dilaksanakan bagi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.Hari ini peranan tersebut diambil oleh mahkamah.

Nah,apakah HISBAH itu wajar diwujudkan? Jika PMRAM masih mahu mengekalkan penggunaan nama HISBAH,saya cadangkan,wujudkan juga PARLIMEN PMRAM dan MAHKAMAH PMRAM!!!! Jika benar HISBAH ditubuhkan untuk mencegah kemungkaran,sila gunakan nama lain selain HISBAH seperti “pencegah maksiat” atau yang selayaknya dengan tugas mereka.

Berdasarkan kenyataan sorang perwakilan,PMRAM menyatakan bahawa polis Mesir telah memberikan keizinan untuk mewujudkan HISBAH sambil bertanya bilakah kad kuasa akan dikeluarkan!!! Sekali lagi,saya minta pihak keselamatan Di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah menyiasat perkara ini dan memanjangkan perkara ini kepada pihak POLIS Mesir.

Berbalik soal hubungan PMRAM dengan KEDUTAAN,kenapa ada pihak mahu memberikan soalan yang sedemikian rupa.Ianya tidak lain hanya memperlihatkan betapa mahasiswa AL AZHAR cetek pengetahuan terhadap pengetahuan AM.Kedutaan tetap sebuah entiti yang berfungsi sebagai wakil kerajaan di luar Negara.PMRAM ikitiraf kedutaan atau sebaliknya,ianya tidak sedikit pun akan mengganggu gugat KEDUTAAN.

PPMI atau persatuan pelajar mahasiswa Indonesia sama tarafnya seperti PMRAM bernaung di bawah kerajaan Mesir dan bertaraf NGO,namun,bezanya adalah PPMI berdaftar dengan Kedutaan Besar Indonesia di Mesir.Semasa tinggal di kolej penginapan antarangsa Bu’uth,sebuah kolej penginapan mahasiswa AL AZHAR,saya ada nyatakan kepada beberapa pimpinan PPMI lagak PMRAM yang berdegil enggan berdaftar dengan kedutaan,mereka (ppmi) melahirkan kehairanan dan berkata “mengapa sih,,,,begitu???” jangan kata anda yang hairan,saya dan kebanyakkan mahasiswa terbanyak,hairan memikirkannya.

Satu sahaja saranan saya kepada ahli PMRAM yang mendaftar secara sukarela dan kepimpinan mereka,anda harus kekal dengan pengakuan slogan anda “kita PMRAM” dan jangan sekali-kali malu mengaku anda PMRAM justeru jujurlah dalam mengisi borang keselamatan apabila bekerja kelak,nyatakan dalam borang tersebut apabila sampai soalan “adakah anda pernah menyertai persatuan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ketika berada di luar Negara?” jawab dengan mata pena anda dan jujur dengan jawapan “YA”.Jika anda berani menyokong persatuan yang tidak berdaftar dengan wakil kerajaan di luar Negara,mengapa apabila pulang,takut mengisi jawapan tersebut? Lagi baik,apabila pulang ke Malaysia kelak,sila bekerja sendiri dan jangan bekerja dengan kerajaan kerana anda tidak mahu duduk dengan wakil kerajaan di luar Negara mengapa pula apabila pulang bertukar angin? Adakah anda bermaruah apabila menjilat ludah sendiri? fikir-fikirkan…..

1 ulasan:

anasxz berkata...

salam,

apa yang anta cerita tu betul la jugak. ada banyak benda nak kena koreksi balik.

mungkin anta sekarang sebagai orang dari luar dan anta mungkin pernah berada di dalam, tahu apa kata pmram di dalam dan apa kata pmram di luar, soalan2 seperti itu selalu dan semestinya ditanya setiap kali muktamar. jawapan tu memang sebegitu.

bukan saya nak menyokong anta, cuma yang anta kata cuci tangan tu ada jugak betul. cuma jawapan itu sesuai untuk ahli yang kekadang memang pun tak ambil tahu atau saja-saja nak mencuba soalan2 begitu kepada pimpinan..

Tapi kenapa setiap kali muktamar ditanya? mungkin perwakilan saling bertukar tiap2 tahun, dan tak ambil tahu apa perkembangan dan soalan2 muktamar tahun2 sebelumnya, itu mungkin terjadi ditanyakan semula.

rasanya perlu juga buat kursus pengendalian mesyuarat atau kursus menghadirkan diri dalam mesyuarat, sebab kadang-kadang tak tahu apa soalan2 yang patut ditanya dan sebaliknya.

menang tak bertanding tu tak tahu nak komen apa, cumanya saya ambil dua jalan, satu mungkin saja tidak mahu menimbulkan pertandingan, dan satu lagi kurang keinginan untuk belajar menjadi pemimpin. senang cerita malas nak sebok.

walak tu mesti. pandai menilai, tau la kepada siapa yang sepatutnya diberikan sepenuh walak.

maaf...