Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Blogger Sekalian,
Semalam,26 Julai 2009 saya menghadiri majlis forum perdana bertajuk "MAHASISWA DAN MASA DEPAN UMMAH".Forum berkenaan telah dibarisi oleh tiga ahli panel,YB Dato' Dr Hassan Ali,exco kerajaan negeri Selangor,Ustaz Abdul Halem Hapiz Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor dan Saudara Ahmad Zaidi Talib, Pegawai Khas Exco.
Majlis forum berkenaan adalah salah satu cara untuk menusuk jarum membenci UMNO khususnya walaupun menggunakan tajuk yang berkaitan MAHASISWA.Penganjur cukup pandai main "mood" majlis dengan meletakkan taktik perbahasan isu mahasiswa dan peranan mahasiswa agama semasa pengajian dan di tanah air kelak terlebih dahulu sebelum bercakap soal parti politik kepartian pro PAS.
YB Dato' Dr Hassan Ali yang bercakap soal politik,diletakkan sebagai ahli panel ketiga bahkan semasa pusingan kedua,ahli panel berkenaan langsung tidak memberikan input dan tidak diberikan sebarang soalan dari pengerusi majlis.
Selesai sahaja ahli panel kedua berucap,majlis terus beralih kepada sesi soal jawab membayangkan tidak ada apa lagi perbincangan yang utama berkaitan tajuk yang boleh diulas oleh ahli Dr Hassan Ali dan sememangnya dari pusingan awal lagi,Dr Hassan tidak membuat ulasan yang menjurus kepada soal MAHASISWA yang menjadi tema perbincangan.
Bahkan dari awal lagi,Dr Hassan hanya membuat perbandingan kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) dan Selagor hari ini di bawah PAKATAN RAKYAT yang mana PAS salah sebuah komponennya.
Ini sejajar dengan kehendak penganjur melalui pengerusi forum berkenaan yang merupakan peserta kursus fatwa dan bukan program MA seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang ahli panel.Firdaus Mazlan yang mempengerusikan forum tersebut adalah hanya peserta KURSUS FATWA DAR EL IFTA' dan program berkenaan hanya diiktiraf sebagai KURSUS oleh JPA.
DR HASSAN ALI TIDAK MATANG BERPOLITIK
Teknik menusuk jarum pro pembangkang kali ini cukup hebat dan tersusun menggunakan forum yang bertajuk "mahasiswa" berbeza sebelum ini dengan menggunakan ceramah agama dan isu Palestin.Pembangkang kali ini menggunakan isu mahasiswa untuk mememangi hati mahasiswa.
Jika dilihat cara dan gaya ini,ianya menggambarkan bahawa AHLI POLITIK PEMBANGKANG (PAS) tidak matang.Berbanding dengan ahli politik UMNO yang tidak pernah menggunakan pentas mahasiswa di Mesir untuk bercakap soal politik.Jika ada pihak yang memandang bahawa bercakap soal melayu adalah politik,maka penyokong PAS tidak berpijak di bumi yang nyata.Ini adalah kerana di Malaysia isu melayu adalah kepentingan yang mesti diambil berat oleh setiap bangsa melayu tanpa mengenal ideologi politik,PAS atau UMNO.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Dr Hassan adalah isu ketidak telusan kerajaan BN semasa memerintah Selangor sebelum ini.Beliau turut memaparkan betapa teruknya kerajaan BN dahulu dengan membuat pelbagai contoh dan kononnya PAS berjaya mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan PKR.Isu masjid,Dr Khir Toyo,Sekolah menengah agama yang tidak lagi wujud di Selangor menjadi bahan bicara yang hangat walaupun tajuk utama adalah isu mahasiswa.
SOALAN SAYA KEPADA DR HASSAN ALI
Blogger syafik zulakifli mempertaruhkan nilai persahabatan antara saya dengannya apabila mengulas beberapa ulasan yang negatif di blog http://www.typeace.blogspot.com/ berkenaan soalan saya di majlis tersebut.Terang lagi tersuluh,SYAFIK adalah pro pembangkang walaupun bapa beliau seorang yang KUAT UMNO bahkan sering menasihatkannya agar "tinggalkan PMRAM".Syafik ingkar dengan nasihat bapanya dan barangkali itulah sebabnya dia berada di tahun tiga selama dua tahun.
Saya bukan membuat PROVOKASI seperti yang didakwa blogger.Saya mengutarakan fakta yang WAJIB dijawab oleh Dr Hassan selaku orang penting dalam kerajaan Selangor dan PAS negeri berkenaan.Fakta tersebut juga harus difikirkan oleh para hadirin yang hadir apakah soalan yang saya lontarkan itu BETUL dan BENAR dan paling penting,apakah Dr Hassan Ali BENAR-BENAR MENJAWAP atau hanya MEMAINKAN PSKILOGI SEMATA.Jawapan ala belit sana,belit sini menampakkan beliau jauh menyimpang dari persoalan yang ditanya.Hanya mereka yang TAKSUB akan terpedaya dengan jawapan balas Dr Hassan.
Saya telah mengutarakan empat Soalan.Ianya sangat penting demi kebenaran.Keempat-empat soalan tersebut telah gagal dijawab oleh Dr Hassan.
Soalan pertama,saya bertanya kepada Dr Hassan,apakah benar dakwaan kononnya berlaku kebobrokan dan penyelewengan maha dahsyat zaman kerajaan BN atau UMNO memerintah Selangor sebelum diambil alih oleh PAKATAN RAKYAT (PR-PKR,DAP dan PAS)? Jika benar,mengapa setelah lebih setahun,kerajaan baru di bawah PR,gagal mendakwa individu-individu berkenaan? Ini adalah bukti bahawa apa yang didakwa hanya satu dakwaan yang tidak berasas barangkali.
Saya berhujjah lagi,sekiranya benar berlaku penyelewengan sumber dan hasil-mahsul seperti didakwa oleh Dr Hassan,saya telah cabar beliau dengan mendakwa kes penyelewengan tersebut di MAHKAMAH!
Soalan Kedua,saya bertanya berkenaan antara JANJI-JANJI PAS sebelum pilihanraya dan antara satu isu yang boleh dikatakan hangat dikalangan AGAMAWAN apabila PAS sering membangkitkan kewujudan KILANG ARAK TERBESAR di SHAH ALAM.
Hari ini,Selangor di bawah pemerintahan PR dimana PAS salah satu koponennya,mengapa PAS tidak memenuhi janji menutup kilang arak yang mana kuasa untuk membenarkan operasi kilang tersebut adalah dibawah bidang kuasa PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) atau MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM di bawah kerajaan negeri PR!!.
PBT boleh menutup kilang tersebut pada bila-bila masa memandangkan tanah dan permis perniagaan termasuk perindustrian adalah dibawah bidang kuasa PBT.Mengapa kilang arak terbesar berkenaan masih beroperasi jika benar PAS memperjuangkan ISLAM sebagai dasar? atau PAS hanya menjadikan ISLAM sebagai alat untuk berpolitik?
Soalan ketiga adalah berkenaan satu maklumat berhubung dengan perbezaan kewujudan pusat-pusat hiburan seperti PUB,NIGHT CLUB,dan lain-lain lagi antara zaman BN dab PR-PAS,DAP,PKR .Hari ini angkanya telah mencecah, sejak kemenangan kerajaan baru ini sebanyak 4000 (empat ribu) buah pusat hiburan telah diluluskan.Berbanding di zaman Barisan Nasional (BN) dimana hanya 1400 (seribu empat ratus sahaja) pusat hiburan yang diluluskan di Selangor sepanjang di bawah kerajaan BN.
Soalan keempat,saya merujuk kepada kata-kata Dr Hassan semasa ucapan beliau dalam forum berkenaan bahawa Selangor adalah merupakan pusat pelacuran,hiburan dan sebagainya.
Fakta yang menarik! Siapa tidak tahu KETERLIBATAN RONHI LIU dalam isu pelacuran di Selangor! Bukankah RONHI selaku exco kerajaan selangor sekarang pernah mengahalang tugas pihak berkuasa untuk menangkap pelacur di salah sebuah pusat pelacuran di Selangor?Isu ini heboh satu Malaysia siap masuk akhbar lagi!
JAWAPAN DR HASSAN ALI
Dr Hassan tidak menjawab kesemua soalan saya.Hanya mengatakan bahawa satu agensi penyiasatan antarabangsa dilantik untuk menyiasat isu tersebut namun itu hanya tindakan yang RETORIK semata-mata.Jika benar,kenapa takut untuk dibawa ke mahkamah? kenapa tidak diberikan sahaja kepada SPRM semua fakta berkaitan? Kenapa hanya dibincangkan dengan melibatkan orang luar yang mana sudah semestinya agensi swasta lebih-lebih lagi pihak luar hanya bermotifkan keuntungan sebelah pihak?Jawapan pertama saya gagal dijawab oleh Dr Hassan namun beliau disanjung oleh kumpulan-kumpulan TAKSUB yang berdiri di belakang hadirin diketuai FARHAN MAZLAN yang membaut provokasi tepukan gemuruh dan kata-kata yang menyejukkan Dr Hassan kononnya!
Jawapan soalan kedua saya nampak seolah-olah cukup menarik! kata Dr Hassan,PAS memilih untuk menggandakan usaha dakwah di Selangor melalui masjid-masjid dan isntitusi lain yang berkenaan berbanding penutupan kilang.Jelas bahawa PAS gagal laksanakan apa yang mereka janjikan kononnya jika PAS memerintah, kilang arak terbesar di MALAYSIA akan ditutup!
Untuk maklumat kalian,jawapan Dr Hassan Ali sama dengan ucapan pemimpin BN dan UMNO sebelum ini apabila disoal oleh mahasiswa PRO PAS dan wakil PMRAM di DEWAN MALAYSIA ABBASIAH KAHERAH (DMAK) kenapa kerajaan kekalkan kilang-kilang arak dan tak ditutup sahaja kilang arak berkenaan dan hanya terima islam dalam sebahagian perkara sahaja sambil memperkecilkan pendekatan ISLAM HADHARI ?
Pemimpin kerajaan UMNO dan BN yang berlatar belakangkan pengajian islam dari AL AZHAR tersebut hanya menyatakan usaha dakwah dan tarbiah dipergiatkan termasuk AKADEMI AL QURAN tv9 untuk menyaingi AKADEMI FANTASIA di ASTRO.
Soalan ketiga dan keempat saya tidak langsung dijawab oleh Dr Hassan memandanngkan ianya berkait rapat dengan rakan kongsi mereka DAP.Walaupun jauh beribu batu,barangkali Dr Hassan takut DAP dapat mendengar ucapan-ucapan yang bakal mengganggu hubungan politik atau periuk nasi PAS.
Lebih dangkal lagi,Dr Hassan bermain dengan psikologi dan seolah-olah cuba memperbodohkan mahasiswa dengan mengatakan bahawa setakat ini,PR memenangi pilihanraya kecil dengan tanpa menyatakan betapa merosotnya majoriti kemenangan di MANIK URAI dengan kehilangan lebih seribu undi di sana dan betapa rakyat PRK PENANTI,PULAU PINANG tidak mendapat sambutan pengundi di mana hanya 46.15% peratus sahaja keluar mengundi dan ianya merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah!
Saya diberikan gelaran kononnya SPESIS TERAKHIR! nampaknya PAS mencabar kebangkitan rakyat yang mula mual dan loya dengan mainan politik yang menggunakan ISLAM semata-mata.
Nampaknya,PAS sangat yakin bahawa pilihanraya akan datang milik mereka.Ini adalah tanda keangkohan PAS yang hanya perlu diajar oleh kita selaku generasi muda.Biarlah...PAS tidur dengan lenanya diatas tilam empuknya itu....rakyat pasti sentiasa ingat DENGKURAN yang mempergunakan ISLAM dan kata-kata sedar sebelum ke tilam empuk itu.
Saya optimis,mahasiswa - mahasiswi yang hadir di dataran hayyu asyir malam 26 Julai 2009 di hayyu asyir balik dengan memikirkan jawapan yang kurang lengkap dari Dr Hassan dan sudah mula menimbang kembali apa yang telah saya lontarkan.Hanya yang taksub menyokong membuta tuli sahaja kabur akan fakta-fakta yang terbentang di hadapan mereka malam tersebut.Teruskan berfikir kerana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berfikir.
Dr Hassan Ali menyebut nama saya berkali-kali dalam jawapan balas walaupun ada tiga penyoal.Nama saya beliau ingat dengan betul manakala nama penyoal lain hanya digelar "saudara saya".Saya dipelawa makan bersama beliau mee mamak selepas majlis forum berkenaan dan juak-juak "mereka" begitu bersungguh-sungguh mempelawa saya minum bersama dengan Dr Hassan.
Saya tidak mudah dibayar dengan mee mamak dan teh segelas.Saya membangkitkan isu tersebut atas nama kebenaran dan amat tidak suka kepada pihak yang menggunakan nama ISLAM untuk kepentingan politik semata!
DIHERDIK DAN DIMAKI HAMUN
Saya kira saya telah memberikan soalan dengan cara yang paling sopan dan penuh hujah yang kongkrit.Walaupun saya diherdik dan seperti dihina sambil disambut dengan tepuk gemuruh ketika Dr Hassan memberikan sedikit tindak balas terhadap soalan saya,ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat juang saya dan pendirian saya terhadap apa yang saya telah bangkitkan!
ARHHH...bukan pejuang jika takut hinaan.Apalah sangat maki hamun itu! Usah bicara soal berjuang jika takut akan risiko.Saya suka dan selalu menghayati pantun berikut :
Bunga kemunting dalam pagar,
Kembang mewangi semerbak sunyi,
Dengan helah pencak pendekar,
Takkan tergugat pahlawan sejati!!!
2 ulasan:
salam..
saya suka membaca blog abg ezo nie..hmm
penuh semangt juang..saya harap abg dapat meneruskan perjuangn itu..(^_^)
Salam. Selepas saya baca tulisan di link ini http://typeace.blogspot.com/2009/07/faizal-spesies-terakhir-dr-hassan-ali.html, hati saya tergerak untuk mencari siapa dia Mohd Faizal bin Sabhon dan akhirnya saya bertemu dengan blog saudara... lantas saya membaca tulisan saudara di http://ezoegypt.blogspot.com/2009/07/bukti-pas-hanya-gunakan-islam-untuk.html. Tulisan balas saudara membuat saya fikir 2 kali.
Catat Ulasan