YB Ronnie liu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Blogger yang saya hormati sekalian,
Sebelum saya mengulas lebih lanjut,saya harap,para pembaca dapat kiranya membaca terlebih dahulu kenyataan Ketua Pembangkang Selangor dari UMNO,YB Dato' Seri Dr Khir Toyo di link UTUSAN http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm dan EXCO Kerajaan PR Selangor portfolio Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, YB Ronnie Liu Tian Khiew di link HARAKAH http://www.harakahdaily.net/index.phpoption=com_content&task=view&id=21953&Itemid=1.
Isu ini pernah saya bangkitkan sebelum ini di hadapan YB Dato' Dr Hassan Ali seperti mana yang diketahui umum.Rupa-rupanya soalan saya telah mendapat perhatian ahli politik Malaysia dan hari ini YB Dato' Seri Khir Toyo telah membangkitkan isu tersebut melalui media perdana.
Memang sumber tersebut datang dari Majlis Keselamatan Negara.Seperti yang kita ketahui Dr Hassan Ali tidak menjawab soalan tersebut dan akhirnya Ronnie liu menjawab persoalan panas tersebut rakan kongsi PAS dalam mentadbir Selangor.
Apa yang dibangkitkan oleh Dr Khir adalah FAKTA.Ronnie patut jawab dengan fakta dan bukan membelit! apa yang kita lihat,Ronnie cuba menipu rakyat selangor dan cuba menyalahkan kerajaan pusat!
Kata Dr Khir, "lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu".
"sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang".
"Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,”
Jawab Ronnie, "semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tidak ada satu pun yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri".
"Pihak Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) tambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram".
"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram terletak di tangan pihak polis malangnya pihak polis tidak melakukannya".
"PBT hanya boleh menyita pusat hiburan tersebut tetapi kebanyakan selepas disita pemilik hiburan itu akan membuka semula dan beroperasi seperti biasa".
"polis memang mempunyai kuasa untuk menghalang pusat hiburan haram daripada beroperasi tetapi polis negeri Selangor tidak memberi kerjasama yang baik dalam masalah ini".
Apa yang kita faham dari jawapan Ronnie adalah hanya satu pembohongan terhadap rakyat Selangor.Ronnie hanya menuding jari dan tidak menjawab dengan penafian fakta dan ini membuktikan bahawa maklumat dari Majlis Keselamatan Negara tersebut adalah BENAR,BETUL dan tiada yang lain melainkan benar-benar belaka.
PEMBOHONGAN RONNNIE LIU
Kata Ronnie,semua permit pusat hiburan tersebut adalah dikeluarkan oleh kerajaan pusat.Adakah benar? Sedangkan tempat pusat-pusat hiburan berkenaan beroperasi adalah di Negeri Selangor! Kelulusan premis adalah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan pusat.
Kenapa kerajaan pusat dipersalahkan sedangkan PBT di bawah kerajaan PR Selangor yang sebenarnya berkuasa menutup premis dan menyita.Bagaimana mungkin Ronnie tidak mengetahui bilangan sebenar pusat-pusat hiburan yang mendapat kelulusan dan yang beroperasi secara haram?
Apakah perlu Ronnie mencabar Dr Khir untuk mengemukakan bukti sedangkan maklumat tersebut diperolehi dari Majlis Keselamatan Negara? PBT atau Kerajaan Tempatan adalah dibawah bidang kuasa dan portfolio Ronnie bukan Dr Khir.Sepatutnya Ronnie arahkan pegawai-pegawai kanan menjalankan siasatan terhadap angka tersebut dan bukan mencabar orang lain beri fakta!
Ini menampakkan kelemahan Pakatan Rakyat memerintah Selangor sehinggakan angka bilangan pusat hiburan yang beroperasi secara haram pun gagal dikesan oleh kerajaan negeri.Inikah akibatnya jika 24 jam asyik berpolitik,asyik cari kesalahan kerajaan BN yang terdahulu dengan kerajaan PR lemah dan tidak peka dengan tugas sendiri.
TIADA PENAFIAN DAN HANYA PANDAI CARI SALAH ORANG LAIN
Ronnie mendakwa polis tidak menjalankan tugas menangkap dan menghukum dalam menangani isu tersebut.Ronnie cukup pandai menyalahkan orang lain sedangkan kuasa menyita adalah bidang kuasa PBT.
Mengapa tiada operasi besar-besaran dalam isu tersebut.Polis hanya boleh menangkap dan menghukum,kuasa menyita,kuasa siapa? Jika polis hanya menangkap dan menghukum,dalam masa yang sama,premis tidak disita,apakah ada penyelesaiannya? Sudah tentu premis akan diuruskan individu yang lain seterusnya ditangkap dan tidak selesai.
Apa yang perlu adalah PENGUATKUASAAN TEGAS oleh PBT terhadap prasarana perundangan serdia ada dan kerjesama bersepadu antara PBT dan pihak polis harus sentiasa ada.Tidak boleh hanya salah satu pihak sahaja,kedua-dua pihak berkuasa PBT dan PIHAK POLIS harus bekerjasama membenteras kerana kedua-dua pihak mempunyai bidang kuasa tersendiri.
Persoalannya,sejauh manakah PENGUATKUASAAN PBT itu sendiri? Jika penguatkuasaan PBT itu befungsi menangani isu ini,sudah pasti 4000 pusat hiburan tidak akan wujud.Nampaknya kerajaan Selangor dibawah BN dahulu cukup peka dan tegas dengan penguatkuasaan.
Apakah PBT memang tahu bilangan yang bercambah itu dan senyap seribu bahasa hanya kerana ada "ORANG PENTING" yang mendalangi mereka dan "KONGSI GELAP" yang melindungi individu-individu terbabit dan premis-premis berkenaan?
Adakah terdapat juga di sana penglibatan individu yang sama yang pernah menghalang pihak berkuasa menangkap pelacur di pusat pelacuran seperti yang pernah dilaporkan satu ketika dahulu?
Siapa yang makan cili,pasti dia sendiri yang rasa kepedasannya!! Ayuh rakyat selangor,buka mata anda,buka minda seluas-luasnya....bukan kempen tapi seruan berfikir....antara BN atau PR, siapa yang lebih tegas dan telus? layakkan PAS dan Dr Hassan mempersoalkan UMNO dan BN dalam isu masalah sosial dalam masyarakat? takkan hanya kerana BN dan UMNO memerintah lebih 50 tahun,dia sahaja kita nampak busuk,teruk dan sebagainya? wajarkah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan