Khamis, 13 Ogos 2009

CERAMAH DI RUMAH NEGERI SEMBILAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para blogger yang saya hormati sekalian,

Saya telah diundang oleh Majlis Tertinggi Pengurusan Rumah Negeri Sembilan sebagai pencermah sempena PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BAHARU 2009/10 pada 12 Ogos 2009.Sambutan sungguh menggalakkan.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur atas jemputan berkenaan.

Saya membuat keputusan mengekalkan persembahan seperti sebelum ini iaitu berceramah dengan berpandukan SLIDE SHOW POWER POINT.Penganjur memberikan saya dua slot dengan tajuk yang berbeza.Slot pertama bertajuk “pengurusan masa strategic” manakala slot kedua pula bertajuk, “pengurusan pembelajaran cemerlang di Timur Tengah”.

Sungguh menarik jemputan kali ini.Memang selalu pihak rumah negeri Sembilan di Mesir menjemput saya sebagai penceramah sama ada motivasi dan lain-lain.Semalam,bersama-sama mahasiswa baru negeri Sembilan yang bakal melanjutkan pengajiannya di AL AZAR MESIR,Perubatan AIN SYAMS dan universiti di Jordan bertukar-tukar pendapat.Saya bawakan kepada mereka beberapa isu yang harus diketahui oleh mereka.

Pepatah arab yang berbunyi “al judud kal a’ma walau absar” yang membawa erti orang yang baru adalah seperti seorang yang buta walaupun boleh melihat.Kebiasaannya,mahasiswa baru akan jadi rebutan pihak tertentu untuk direkrut oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu.

Terdapat sebuah kumpulan yang menjalankan fungsi memecah belahkan mahasiswa Malaysia di mesir.Ini jelas dilakukan melalui beberapa siri pengkadiran jangka masa panjang.Sebab itu,ianya harus dihalang seberapa segera dengan menggunakan beberapa langkah segera untuk menangani kebejatan ini. “Kolokium” yang kononnya untuk mereka mengisi pengisian mahasiswa baru hanya merupakan salahs atu siri pengkaderan kearah PRO PEMBANGKANG.Isu kononnya semangat kebangsaan harus dinilai semula adalah merupakan satu teknik halus untuk merosakkan pemikiran mahasiswa baru.

Buku yang menjadi perbahasan mereka, “AL QAWMIAH FI MIZANIL ISLAM” karangan Dr Abdullah Nasir Ulwan adalah rujukan utama mereka dalam isu ini dan didiskusikan dengan panjang lebar.Saya pernah membawa buku ini dan ditunjukkan kepada Professor AL AZHAR yang merupakan pakar dam isu-isu semasa dan beliau adalah juga pakar dalam bidang FEQH PERBANDINGAN di Fakulti Syariah dan Undang-undang,Universiti AL AZHAR,Prof Dr.Rakfat Osman.

Menurut beliau,kita tidak harus menerima 100 % apa yang terkandung dalam buku tersebut.Semangat KEBANGSAAN menurut Dr Rakfat, tidak haram secara mutlak sambil beliau menyatakan beberapa dalil.Menurut beliau,selagi mana semangat kebangsaan itu turut disandarkan kepada Islam,maka ianya TIDAK HARAM dan dibenarkan oleh syarak.

Inilah kedangkalan mahaiswa MODEN era milinium ini.Berlagak pandai,mengambil pendapat yang berat sebelah dan meracuni aset-aset negara seperti mahasiswa untuk dirosakkan.Memang sejak kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990,unsur-unsur halus merosakkan mahasiswa, menjadikan PENCERAMAH PAS dan PENGGIAT PAS begitu giat dilakukan sama ada secara halus atau terang-terangan.Misi pengkaderan ini tidak akan terhenti selagi persatuan tersebut ada lebih-lebih lagi mereka berselindung disebalik “POLITIK KESELAMATAN” Mesir.

Atas kesedaran tersebut,saya menerima tawaran dan jemputan penganjur untuk menyelamatkan aset negara dari terus dirosakkan.Sememangnya,rumah-rumah negeri di Mesir ini,takut untuk menjemput saya menjadi penceramah motivasi atau pengisi slot-slot tertentu.Ini adalah kerana bagi mereka saya menentang MISI PENGKADERAN yang mereka jalankan.

Hanya sebuah negeri sahaja yang berani menjemput saya iaitulah rumah negeri Sembilan Kaherah.Sejak awal tahun 2008,saya dapati,rumah negeri Sembilan selalu menjemput saya.saya hargai mereka.Pernah satu ketika,JOHOR cuba menjemput saya.Saya dikhabarkan,sebelum majlis tersebut,PEGAWAI dihujani pelbagai soalan mempertikaikan status saya untuk diundang.Negeri JOHOR negeri kelahiran saya sendiri menyisihkan saya kerana tidak sependapat dengan mereka.JOHOR memang terkenal negeri yang PRO PMRAM.Walaupun telah menerima PEGAWAI KERAJAAN negeri yang bertugas sepenuh masa di Mesir,namun,kekuatan PMRAM melalui Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) membuat pegawai masih teragak-agak membuat perkiraan.Saya kira,kerajaan negeri harus mempelajari situasi di negeri sembilan.

Semoga mahasiswa negeri Sembilan di Mesir terus mendapat kebajikan sewajarnya dan semoga MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN RUMAH NEGERI SEMBILAN Berjaya membawa misi mengembalikan semula kehebatan lepasan Al Azhar di tanah air kelak yang dilihat mandum sejak tahun 1990.Kemanakah lepasan 1990? Banyak dalam politik PAS semata! Kakitangan universiti sebagai ahli akademik,banyak diisi oleh lepasan MADINAH dan JORDAN.Saya selalu dengar sebahagian pihak berkata “lepasan UIA jauh lebih hebat berbanding lepasan AL AZHAR!" Semoga negeri Sembilan perintis kearah mengambalikan maruah lepasan AL AZHAR.

Sedap sungguh masakan Ustaz Hassan,terima kasih saudara ZUHAIRI pengarah program dan adinda ZUL FADHLI yang memberikan saya ruang melatih untuk bercakap dikhalayak ramai.Mesra sungguh pelajar negeri Sembilan dengan pegawainya.Tuan Hj Mohd Zin Abu dipanggil “ayah” manakala isteri beliau dipanggil “ibu”. Semoga keharmonian mahasiswa – mahasiswi Negeri Sembilan terus kekal dibawah MTP.

Tiada ulasan: