Selasa, 25 Ogos 2009

MALAYSIA TIADA KEPAKARAN SEBAT SYARIAH,MANA LEPASAN AL AZHAR?


KARTIKA SEDANG MENUNGGU HUKUMAN DILAKSANAKAN

MODUL HUKUMAN SEBAT


HUKUMAN SEDANG DIJALANKAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Para blogger yang saya hormati sekalian,

Saya tertarik dengan isu “sebat” yang melibatkan seorang wanita Islam yang telah dijatuhi hukuman sebat enam kali oleh mahkamah Syariah salah sebuah negeri di semenanjung tanah air kerana disabitkan kesalahan minum arak.

Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 telah dijatuhkan hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan oleh mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah tertuduh mengaku bersalah (sabit secara IQROR,alternatif dua saksi lelaki) meminum minuman keras itu di salah sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2009.Kartika adalah seorang model sambilan.

WANITA PERTAMA

Istilah wanita pertama biasanya membabitkan seorang isteri pemimpin utama negara.Namun,dalam isu KARTIKA ini,beliau adalah wanita pertama yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah hukuman sebat.Sudah tentu kes beliau akan menjadi kes rujukan selepas ini apabila membabitkan wanita dalam kes seumpama ini.

Berani sungguh wanita ini dan beliau sanggup untuk menerima hukuman berkenaan.Walaupun ada pihak meminta supaya wanita ini merayu,beliau tetap enggan dan ini menandakan wanita ini telah insaf dengan kesalahan tersebut.

Namun,saya agak terperanjat membaca komen MAJLIS PEGUAM yang suka mempersoalkan perundangan syariah di negara ini yang meminta agar hukuman sebat ini dibatalkan kerana ianya adalah melanggar hak asasi manusia.

Mengapa undang-undang sebat ini dianggap membahayakan dan tidak sesuai?

HUKUMAN SEBAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

Sebat adalah salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak.Meminum arak adalah antara kesalahan jenayah syariah yang boleh disebat berdasarkan dalil syarak yang telah disepakati oleh para ulama.Sebuah hadith soheh Muslim ,dari anas R.A,beliau menyatakan bahawa “rasulullah S.A.W memukul orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali”.

Dalam sebuah hadith yang lain juga,rasulullah S.A.W turut menggunakan peralatan selain pelepah tamar dan selipar iaitu tangan dan baju.Ini disebutkan dalam hadith soheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A kata beliau : “Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang yang mabuk.Lalu baginda mengarahkan agar pemabuk itu dipukul.Maka,ada diantara kami yang memukul dengan menggunakan tangannya,ada yang memukul dengan menggunakan seliparnya dan ada yang memukul dengan menggunakan bajunya”.

Dari kedua-dua hadith berkenaan,dapatlah kita tahu bahawa alat yang digunakan untuk memukul adalah pelepah tamar,selipar,tangan dan baju.Manakala kadar pukulan atau sebatan adalah sebanyak 40 kali berdasarkan hadith yang telah dinyatakan tadi.Namun,di zaman saidina Umar AL Khattab,beliau menambah sebatan sebanyak 40 kali sebatan lagi sebagai TAKZIR menjadikan pukulan atau sebatan tersebut adalah sebanyak 80 kali.

Untuk melaksanakan hukuman sebat atau pukul ini,bukanlah ianya semudah bicara kerana ianya telah ditetapkan dengan beberapa etika yang telah ditetapkan oleh syarak.Secara ringkasnya,SYARAK telah menetapkan tempat pukulan adalah disemua anggota kecuali di “tempat yang boleh membunuh”,muka dan kepala.

Maksud “tempat yang boleh membunuh” adalah tempat di mana terletaknya jantung dan kemaluan.Ini adalah kemaluan turut akan membunuh si pesalah termasuk MATI PUCUK.Disamping itu tangan si pesalah tidak boleh diikat dan ditakuti seperti dikasari oleh penyebat atau dilayan dengan muka bengis sebelum dan semasa menjalani hukuman.

Manakala si penyebat pula adalah dilarang mengangkat tangannya sehingga Nampak ketiaknya atau dalam erti kata yang lain menyebat dengan sekuat hati.Yang boleh diangkat adalah bahagian depan tangan atau tangan ukuran hasta (zira’) dan bukan lengan bahagian atas (a’dhud).Penyebat hendaklah menyebat dengar kadar pukulan yang sederhana antara ringan dan kuat dan bukan terlalu ringan atau terlalu kuat.Paling penting,si pesalah mestilah menutup aurat dan bukan dibiarkan terlanjang.

Dengan ini,dapat disimpulkan bahawa hukuman pukul atau sebat ini adalah merupakan hukuman yang “memberikan pengajaran” dan “mencegah” dan bukan menghukum semata-mata.Inilah ROH PERUNDANGAN Islam yang perlu dihayati oleh semua pihak.

HUKUMAN SEBAT SATU REALITI

Dengan amanah ilmu yang saya pelajari di AL AZHAR semasa di tahun 3, (2006) fakulti syariah Universiti Al Azhar,sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Usamah Abdul Samik,pensyarah jabatan fekh perbandingan,tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa HUKUMAN SEBAT YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA TIDAK MEMENUHI KEHENDAK SYARAK DAN BERCANGGAH DENGANNYA.

Sebatan yang melampau dan terlalu kuat dengan menggunakan ROTAN besar itu,sungguh menyakitkan pesalah lebih-lebih lagi ianya disebat dengan ditenjangkan pesalah di BAHAGIAN KEMALUAN BELAKANGNYA.Ini adalah sebatan yang salah dan tidak memenuhi etika syarak sama sekali.

Dengan sebab itu,apabila Kartika dijatuhi hukuman sebat,ramai pihak menganggap hukuman tersebut tidak bersesuaian dengan seorang wanita.Kebiasaannya pesalah yang disebat di Malaysia adalah yang membabitkan jenayah DADAH dan ROGOL.

Jenayah SYARIAH adalah pertama kali dijatuhkan terhadap seorang perempuan.Menggunakan rotan tidak salah,namun,rotan yang terlampau besar dan menyakitkan itu tidak sesuai digunakan sambil si penyebat menyebat dengan mengangkat kesemua bahagian tangannya sambil memusingkan rotan kebelakang dan menyebat sekuat hati setelah disebut BILANGAN SEBATAN.

Teknik sebatan ini jugalah saya fikir telah menyebabkan MAJLIS PEGUAM gerun dengan hukuman ini.Sesiapa juga akan gerun apabila melihat video rakaman pelaksanaan hukuman ini.

POLITIK BUKAN PENYELESAIANNYA

Jika hukuman sebat ini tidak diperbaiki,bagaimana mungkin “PIHAK” yang sering melaung-laungkan akan melaksanakan undang-undang hudud jika memerintah akan melaksanakan undang-undang berkenaan?

Sudah tentu apabila jika “MEREKA” ini memerintah,maka akan mengambil masa yang lama untuk melaksanakan undang-undang tersebut.Ini kerana terdapat banyak lagi perkara yang harus diubah selain sebatan seperti KANUN ACARA JENAYAH dan lain-lain lagi sebelum dilaksanakan undang-undang ALLAH ini.

Sudah tentu juga jawapan putar belit ala Dr Hassan Ali di Mesir akan berulang, “UMNO dah memerintah 40 tahun lebih tapi gagal melaksanakan undang-undang ini”,itulah barangkali jawapan mereka. Menyalahkan orang lain,nampakkan mereka terbaik dan cari publisiti murahan.

Akhir sekali,selesai satu penggal pemerintahan,maka berkempen lagi pada Pilihanraya Umum seterusnya kononnya,penggal ini tak dapat dilaksanakan akan tetapi akan dilaksanakan jika menang pada penggal akan datang.

Sebenarnya,Usaha pelaksanaan undang-undang hudud itu ada dirintis secara senyap oleh BARISAN NASIOAL (BN),akan tetapi tapi pemerkasaan itu seolah-olah kelihatan “lemah”.Kenapa saya kata lemah,ianya tidak diteruskan walaupun usaha telah dirintis oleh ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM yang dijemput dari SINGAPURA oleh TUN DR MAHATHIR semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat .

Paling penting,pentadbiran institusi agama Islam di Malaysia masih tidak kemas.Tiada penyelarasan yang kukuh antara negeri-negeri.Untuk penyelarasan tersebut,negeri-negeri bersultan,harus menerima pegawai JAKIM sebagai antara langkah penyelarasan.Hanya tinggal empat negeri sahaja yang enggan menerima pegawai JAKIM iaitu JOHOR,PERAK,TERENGGANU dan Kedah.

Bermula pindaan perkara 121 (1a) perlembagaan Malaysia,pada tahun 1988 dimana PAS belum pun menang di KELANTAN ketika itu,(PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dan Kelantan ketika tahun 1988 masih dibawah Barisan Nasional) BN sebenarnya telah merintis jalan ISLAMISASI PERUNDANGAN.

Pindaan tersebut memberikan kuasa kepada mahkamah syariah melaksanakan perundangan Islam.Usaha-usaha ISLAMISASI perundangan itu ada dan telah dirintis namun kelemahannya adalah pemerkasaan dan usaha meneruskan perjuangan itu.

Saya pasti,usaha kearah itu giat dijalankan ketika ini berdasarkan perbualan saya dengan para hakim yang datang berkursus sekitar hujung tahun lepas di Mesir khusus berkenaan perundangan Islam.

Perlu diingat,orang yang menentang pindaan 121 (1a) adalah DAP rakan sekutu PAS dalam pakatan rakyat.Siapa yang akan lupa kata-kata seorang pemimpin kanan DAP bahawa “langkah mayat saya dahulu jika mahu laksanakan undang-undang Islam!!”

Saya melihat,politik hanya elemen bantuan semata-mata untuk melaksanakan perundangan ini.paling penting adalah pengamal undang-undang yang sedar akan hal ini,golongan akademik dan golongan agamawan.

DI MANAKAH LEPASAN AL AZHAR ?

Malu saya selaku gradauan Al Azhar ini apabila mendapati Malaysia tiada pakar sebat syariah.Persoalannya di manakah lepasan institusi pendidikan agama berprestij dan ternama itu? Sedangkan,saban tahun lebih 600 graduan mengambil ijazah mereka!

Mereka hanya bercakap soal politik,masuk politik,berjuang dalam politik.Politik sesuatu yang terlampau besar dan memakan masa.Jika kita berfikiran bahawa dengan kuasa politik semata-mata,perundangan Islam boleh dilaksanakan,maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku hari ini,apabila hendak dilaksanakan hukuman yang membabitkan undang-undang syariah,maka tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan pakar dalam bidang ini.

“KEKURANGAN” inilah sebenarnya telah membantutkan usaha ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM untuk melaksanakan perundangan ini.Kekurangan pakar terutama lepasan timur tengah seperti AL AZHAR yang boleh mencungkil dan menggali turath khazanah ilmu islam supaya di sesuaikan dan diaplikasikan untuk dilaksanakan.

“kita mesti masuk perjuangan PAS kerana hanya PAS yang mahukan ISLAM!”,ucapan dangkal pihak tertentu yang membantutkan usaha memperbaiki negara ini dari penjajahan selama 400 tahun.Ingat! kelewatan islamisasi perundangan adalah kerana kita telah dijajah selama 400 tahun bukan kerana kerajaan BN yang memerintah lebih 50 tahun ini tidak mahu melaksanakan perundangan Islam.

Jika benar kerajaan BN tidak mahu melaksanakan perundangan ISLAM,mengapa pula kerajaan BN juga mencadangkan dan sepakat meluluskan 121 (1a) di parlimen yang majoriti 2/3 parlimen ketika itu adalah dari Barisan Nasional (BN).

PAS hanya menjadikan isu hudud sebagai bahan politik semata,apabila menang pada tahun 1990 di Kelantan sedangkan banyak elemen perundangan yang perlu diubah masih tidak diubah.INDIVIDU yang berkata ZALIM UNDANG-UNDANG HUDUD tersebut adalah orang yang tidak memahami dengan betul perundangan tersebut dan PAS GAGAL memberikan penerangan yang telus.

Bagaimana tidak individu tersebut memandang undang-undang HUDUD itu zalim,jika 100 sebatan itu dilakukan dengan sebatan sivil seperti yang berlaku hari ini? Baru 4 kali, “BONTOT” dah koyak!!! Sedangkan etika sebatan SYARIAH bukan begitu.

CADANGAN PENYELESAIAN

Untuk langkah pertama,sesuailah disediakan satu teknik sebatan syariah.Saya setuju cadangan YB DATUK SERI HISYAMUDDIN TUN HUSSEIN untuk diadakan satu perbincangan melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan JABATAN PENJARA.

Harapan saya,cadangan sekadar cadangan,tetapi adakan juga KAJIAN TERPERINCI melibatkan pakar-pakar agamawan dan cendekiawan islam,seterusnya dibawa ke PERUNDANGAN dan dilaksanakan.

Cadangan saya juga,mahasiswa AL AZHAR dan graduannya harus memiliki buku yang berjudul “PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA” tulisan ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD MOHAMED IBRAHIM terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

KELAB UMNO MESIR dan JORDAN harus berganding bahu membawa suara islamisasi perundangan ini dengan serius dengan melakukan beberapa persediaan ilmiah bagi membantu merealisasikan usaha ini.

KELAB UMNO MESIR dan JORDAN hendaklah mengundang Datuk Dr Abdul Monir Yaacob orang kanan Allahyarham Tan Sri,datang ke MESIR dan JORDAN untuk mendiskusikan buku tersebut yang menyatakan usaha kerajaan BARISAN NASIONAL (BN) untuk islamisasi perundangan dan kekurangan yang terdapat untuk melaksanakan serta membuat resolusi bersama agar di masa hadapan kita dapat bekerjasama berganding bahu membangunkan bumi Malaysia kita dengan KALIMAT ALLAH dan merealisasikan AL QURAN sebagai PELEMBAGAAN setiap orang Islam..

ALLAHU AKBAR!!!

Tiada ulasan: