Assalamualaikum Waramahmatullahi Wabarakatuh
Para Blogger yang saya hormati sekalian,
Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana menjalankan tugas penting dalam sebuah organisasi persatuan kebajikan di Mesir yang sudah bertapak sejak 1982.Tugas ini bersifat sementara.Selain dari itu,saya juga terlibat sebagai pengisi slot ceramah pengenalan universiti Al Azhar di Nuwaibak.
Kesibukkan saya diganggu oleh seorang sahabat yang menyatakan bahawa saya telah diserang oleh beberapa blog peribadi milik beberapa mahasiswa di Mesir.Segera saya dapatkan maklumat tersebut secara langsung menerusi kemudahan terkini.
Saya lihat individu terbabit mengaitkan saya secara salah dengan beberapa isu dan ada juga yang menjawab tulisan saya sebelum ini.Saya harus menjawab semua ini.Namun,saya harus mejawab terlebih dahulu isu berkaitan SAMBUTAN MAHASISWA BARU NEGERI TERENGGANU.Terima Kasih kepada individu berkenaan yang perihatin dengan saya :
1) Hairul Nizam Mat Hussin - menerusi blog peribadinya
2) Ubaidillah - menerusi blog peribadinya
3) Akmal Ali - menerusi blog pribadinya
FAIZAL TERLIBAT SECARA LANGSUNG?
Persoalan yang harus saya jawab.Namun,izinkan saya menceritakan sedikit berkenaan isu ini dari awal.Pegawai tadbir Terengganu meminta saya untuk terlibat secara langsung dalam program sambutan mahasiswa baru Terengganu.
Saya hanya sebagai pengisi slot seperti di rumah Negeri Sembilan.Penglibatan saya BUKAN ATAS NAMA KELAB UMNO akan tetapi atas nama mahasiswa program ijazah sarjana.Untuk makluman umum,saya langsung TIDAK MENERIMA sebarang SURAT PERLANTIKAN sebagai AHLI JAWTANKUASA SAMBUTAN apatah lagi menerima sebarang habuan atau dengan bahasa kasar yang dihamburkan oleh sebahagian individu secara lisan "ORANG UPAHAN".
Saya TIDAK TERLIBAT dalam aktiviti ziarah sekitar KAHERAH,kerana TIADA SLOT untuk penglibatan saya berkenaan ceramah saya dan saya HANYA TERLIBAT di NUWAIBAK,itu pun kerana pengisi slot "PENGENALAN MAHASISWA DAN PENGAJIAN DI MESIR" pada malam 28 September 2009.Saya terpaksa mengikuti mahasiswa baru yang bertolak ke SINAI pada 27 September untuk menjimatkan kos.
SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG dan adegan "MENCULIK"? BENARKAH?
Saya mengakui,semasa di Lapangan Terbang,saya atas nama "KELAB UMNO" hanya bersalam - salaman dan mengucapkan selamat datang disamping memperkenalkan diri seperti seorang islam sesama muslim yang lain.
Untuk makluman,pimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) turut hadir dan TIADA HALANGAN untuk mereka berbuat demikian justeru saya turut bermesra dengan sebahagian pimpinan KPT.
TIADA sebarang PENCULIKAN seperti yang dilaporkan bahkan mahasiswa baru bebas untuk bersalaman dengan pimpinan KPT.Oleh kerana saya datang atas nama KELAB UMNO,maka saya tidak menaiki BAS yang disediakan oleh pentadbiran negeri terengganu di Mesir bahkan saya menaiki VAN (macro bus) bersama pegawai dari pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Saya mengambil kesempatan bersalaman dengan mahasiswa baru terbabit adalah kerana atas inisiatif sendiri dan atas nama UKHUWWAH ISLAMIAH dan bukan untuk tujuan lain.Adakah salah perbuatan tersebut? Untuk mekluman saya tidak berpeluang bersalaman di lapangan terbang bersama mahasiswa baru walaupun di negeri kelahiran saya,JOHOR kerana JOHOR dikuasai oleh BKPJM yang PRO PMRAM disegenap aspek walaupun terdapat pegawai.(Saya syorkan kerajaan Negeri JOHOR menteliti hal ini dengan SERIUS dan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI harus melihat sendiri dengan turun padang).
Hanya pegawai TERENGGANU yang mempelawa saya untuk menyambut mahasiswa baru.TIADA BORANG KELAB UMNO diedarkan apatah lagi BERKEMPEN untuk menyertai KELAB UMNO.
ISMA TERLIBAT??
ISMA dan KELAB UMNO tidak terlibat dalam sambutan mahasiswa baru TERENGGANU.ISMA nampaknya diserang teruk oleh mereka yang PRO PMRAM kononnya menggugat ISLAM dan GILA KUASA.
Jangan terjemahkan ISLAM kepada PMRAM sebab akhlak penyokong PMRAM tidak melambangkan akhlak ISLAM lebih-lebih lagi dengan tuduhan melulu pihak-pihak berkenaan menunjukkan TARBIAH PMRAM langsung TIDAK BERKESAN! Hanya politik membenci terutama sekali melalui usrah-usrah dengan naqibnya yang mengulas isu semasa dengan menghentam kerajaan BN dan menanamkan perasaan benci kepada kerajaan BN dan UMNO dalam setiap inci percakapan mereka kepada ahli usrah.
ISMA tidak GILA KUASA kerana ISMA bukan mementingkan KEAHLIAN akan tetapi ISMA lebih mengutamakan tarbiah ahli sedia ada mereka.ISMA LANGSUNG TIDAK TERLIBAT dalam program sambutan mahasiswa baru TERENGGANU baru-baru ini.
Lebih dangkal lagi, penyebar berita tidak menyiasat kesahihan berita yang diterima dengan mengatakan bahawa saudara MUSTAKIM adalah PENASIHAT ISMA.Ustaz Mustakim adalah ORANG TERENGGANU dan BUKAN AHLI atau PENASIHAT ISMA.Sebagai seorang SENIOR,adakah salah pegawai Terengganu meminta khidmat beliau sepanjang program?
Sila berikan bukti yang jelas bahawa MUSTAKIM ahli/penasihat ISMA.Bukankah PMRAM ada kad kuasa HISBAH seperti yang mereka sering dakwa kononnya ada kebenaran dari POLIS MESIR.HISBAH adalah PENGUATKUASA.kalau betul ada kuasa,sila ceroboh masuk pejabat ISMA! pasti ISMA juga tidak teragak-agak menghubungi polis dan mendakwa penceroboh.Jika ISMA "tidak sampai" hati,tidak mengapa,EZOEGYPT akan hubungi pihak polis dan mendakwa mereka kerana perbuatan merceroboh itu! itu pun kalau KAD KUASA TIADA,kalau ada kad kuasa HISBAH,ezo tengok dari jauh jer lah...
Oleh yang demikian,kebanyakkan penyebar berita HARUS MEMOHON MAAF secara terbuka kepada individu terbabit dan ISMA kerana telah memfitnah mereka.Bertaubatlah kalian sebelum pintu bertaubat tertutup dan selagi nyawa dikandung badan.
EZO TERKENAL KATA HAIRUL NIZAM
Saudara Hairul Nizam silap.Ezo bukan macam seperti pimpinan PMRAM dan penyokongnya yang gilakan GLAMOR dengan menjuarai kebanyakkan isu.Saya bukan suka terkenal dengan "hina" orang lain.Apalah sangat terkenal di Mesir ini.Ini bukan medan BERJUANG tapi hanya medan latihan.
Terkenal pun,bukan boleh jadi YB Kaherah atau TANTA.Ezo tiada kerakyatan Mesir.Kita berbaik dengan semua orang kerana ukhuwwah yang dianjurkan oleh ISLAM.Bukan seperti "orang tuh",hari raya pun nak cari gaduh! Konon tak minta kebenaran YDP Johor jadi isu! Bukankah RUMAH JOHOR milik kerajaan JOHOR ? Pegawai JOHOR,ustaz Hanif, adalah pegawai JOHOR di Mesir.
Maka,harta KERAJAAN JOHOR di Mesir adalah dibawah penyeliaan pegawai berkenaan dan bukan MAMAK YDP!!!oppppsssss lupa,mungkin budak baru baligh,kot tak reti ISTILAH "HARTA KERAJAAN atau BUKAN HARTA BAPAK KO YANG PUNYA".Kalau ikut kes JOHOR nih,"orang tuh" tak usah penat-penatkan tangan menekan KEYBOARD taip yang bukan-bukan,ISMA sudah "BERI SALAM" masuk rumah melalui pegawai.Cukup sopan saya kira!!!
KENAPA ISMA DISERANG
Saya lihat ISMA diserang di segenap penjuru.Ini adalah melambangkan KETAKUTAN PMRAM dan PENYOKONGNYA terhadap ISMA.ISMA pula berdiam diri kerana mengambil langkah yang positif tidak mahu melayan sebarang provokasi.
ISMA lebih dilihat mementingkan urusan dakwah dan tarbiah mereka.Sikap pemimpin mereka sangat tawadhuk dan bersopan santun.Ianya melambangkan betapa berjayanya tarbiah ISMA dan selayaknya mereka digelar BERAKHLAK dengan AKHLAK yang mulia seperti yang dikehendaki oleh ISLAM.Berbanding PMRAM dan juak-juaknya yang bertindak secara melulu.
TIADA SEBARANG KERJASAMA RASMI ATAU PAKATAN ANTARA KELAB UMNO MESIR DAN ISMA.Yang ada hanya bertegur sapa antara satu sama yang lain atas dasar ukhuwwah islamiah dan tanpa sebarang agenda persatuan.Perjumpaan yang disengajakan jika terlihat di mana-mana atau KEHADIRAN KELAB UMNO dalam program anjuran ISMA adalah secara perjumpaan peribadi dan ukhuwwah islamiah.Setakat ini,saya hanya menghadiri program hari raya aidilfitri anjuran ISMA atas dasar UKHUWWAH bukan PAKATAN !!!!
Semakin ISMA diserang dan ditekan,ISMA sebenarnya semakin KUAT dan MAJU.Saya bukan ahli ISMA,tapi saya mengaku,seorang yang KAGUM dengan ISMA........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Saudara Faizal. tak perlu bersoal jawab dengan PMRAM.
Mereka adalah Melayu Mesir bukan Melayu Malaysia di Mesir.
They are not a govenment Representative here in Egypt.
Ignore their comments and keep up the good jobs so far so good.
panas juga yer kes di sana...tak apa, jangan bagi muka bro..
ada tak kisah harap dapat bantu geng blogger kita bagi menghadapi isu2 agama yang sering disalahguna oleh geng Pas..
harap 'madad' dari ardhul kinanah utk blogger malaysia.
Jangan bercakap kalau tiada ilmu yang cukup...Walau apa pun yng antum cuba lakukan untuk sabotaj sokongan pelajar kepada PAS, ia tidak akan berhasil..
Wslm.
salam..saya tanpa nama 1 yg komen pada post yang lepas..huhu..
isu kali ini cukup menarik...sungguh,perkara ini hangat diperkatakan diantara kami..kesian sunggun junior2 kami yang masih kosong dan suci mindanya tentang perihal2 nista dmesir ini.. semangat sungguh ya kpt myambut kdtgn plajar baru ke mesir..panas blog2 pemilik kpt berhambur2 mnaip kata2 mnegaskan mereka benar dan org lain salah. (bagai slogan yg biasa dguna mereka,halalku wal harammu) sila buka mata,buka hati,buka minda,kenapakah ini berlaku? kami ada pegawai,kenapa si kpt ini MENAFIKAN fungsi pegawai2 kami yang lebih BERTAULIAH drpd mereka2 ini? sudah terangg tanpa perlu disuluh2, mereka ingin mnguasai yakni CONQUER plajar2 yg baru hadir,mlalui pelbagai pendekatan utk myertai geng2 sekutu2 mereka..pgawai kami yg langsung tak brsalah dtuduh macam2.xkn plajar baru sampai nak cari sibuk2 nk jalinkn ukhwah fes2 jejak kaki kat mesir..mestila kami berkata 'pegawai mana pegawai?' aneh sungguh kpt punya pemikiran,sepatutnya bfikiran matang la sikit(yela diorang kan orang2 BESAR VVIP kononnya) pelajar baru dtg,mahu kenal tempat baru mereka,tahu apa yang bakal mereka belajar...mnyesuaikn dr dgn tmpt baru..bknnye pegi nk masuk persatuan..haha..teringat ketika saya ditawar borang kpt utk diisi keahliannya..ah saya masih rasional. apepun,obvious sgt,SI KPT NIH BERLAGAK MACAM KAMU BERTANGGUNG JAWAB ATAS KAMI,KAMU YANG BAKAL JAGA KAMI,KAMU LA TEMPAT KAMI PERLU BERGANTUNG...sedangkan,kamu perlu sedar kamu hanyalah tiada lain tidak bukan hanya brstatus PELAJAR! cubelah buat prog tntg ape yg kamu bkl bljr dsekolah nanti ke...ape peraturan yang patut kamu patuhi di mesir ke..huh akhirnye JPMK gak yang kene explain..kamu sibuk ceramah pasal agenda ukhwah KPT kamu jeh..last2 mintak yuran ngan kami...haha..-smoga kpt berhanti brlagak macam korang nih pegawai kami..kamu bkn siapa2.
Catat Ulasan