Isnin, 12 Oktober 2009

SUARA RAKYAT atau SUARA PAS? siri pertama


Assalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger yang saya hormti sekalian,

Saya telah dihubungi oleh seseorang pada malam hari 10 Oktober 2009.Maklumat penting memberitahu saya bahawa telah disebarkan secara cepat melalui kemudahan terkini bahawa pada 11 Oktober akan diadakan ceramah perdana anjuran "SUARA" atau GERAKAN SUARA RAKYAT.

Saat itu,timbul tanda tanya pada diri saya,siapa SUARA? Persatuan baru? Bunyi seakan-akan seperti lembut dan meraih simpati rakyat terbanyak.Saya tanyakan individu berkenaan isu apa yang akan dibincangkan oleh majlis tersebut? jawapan ringkas yang saya terima adalah "isu-isu semasa".Maka fahamlah saya,sesuatu akan berlaku.

Jika persatuan baru,saya tidak bermasalah kerana bagi saya percambahan persatuan maasiswa adalah POSITIF.Namun,yang saya khuatir,apakah persatuan berkenaan DISAHKAN oleh KEDUTAAN MALAYSIA di Mesir?

Sebagai seorang mahasiswa tajaan seperti MARA,JPA dan agensi lain,kehadiran ke majlis anjuran persatuan yang tidak diiktiraf kedutaan Malaysia akan membawa kepada tindakan disiplin.Maka saya membuat siasatan terperinci dan befikir apakah perlu saya hadir?

Akhirnya maklumat saya terima.Tiada pendaftaran persatuan baru di JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK).Ini bermakna kewujudan persatuan baru ini tidak diiktarf oleh KEDUTAAN.

Saya mendapat maklumat bahawa program malam tersebut akan dibuat di DATARAN HAYYU ASYIR walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kedutaan.

Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh dua penceramah dan aluan oleh pengerusi SUARA.Pengerusi juga memaKlumkan bahawa SUARA adalah sebuah NGO.Ini bermakna ianya adalah NGO Malaysia yang membuka cawangannya di Mesir.Saya tidak tahu apakah ROS dimaklumkan penubuhan SUARA dan apakah ROS membenarkan penubuhan cawangannya di luar negara.Ini kerja pihak berwajib di Malaysia.Saya hanya menceritakannya melalui blog ini.

SUARA PROKSI PMRAM DAN PAS
Dari pemerhatian kasar, saya dapati SUARA ini adalah merupakan PROKSI baru PAS dan PMRAM.Ini adalah kerana program pertamanya diisi oleh dua orang yang terang-terangan mempunyai kaitan langsung dengan PAS sebuah parti pembangkang di Malaysia.

Penceramah yang membericarakan isu-isu semasa tersebut anjuran SUARA adalah :

1) Saudara Fauzan Mazlan - Exco Pemuda PAS Selangor

2) YB Taib Azamuddin - Ahli Parlimen Baling (PAS)

Pengerusi majlis menyebut dengan jels nama dan jawatan kedua-dua penceramah tersebut dengan peranan mereka dalam Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah beberapa hari sebelum itu, majlis ramah mesra bersama YB Dato' Mustapha Muhammad,menteri Perdagangan antarabangsa dan industri.Beliau datang ke Mesir dalam rangka kerja hubungan dua hala perdagangan antara Malaysia di Mesir.

YB Dato' Mustapha Muhammad mengadakan majlis ramah mesra bersama mahasiswa Malaysia di Mesir pada 6 Oktober atas nama Menteri kabinet dan bukan atas nama AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO walaupun itulah jawatan beliau dalam parti.

Maka majlis pada 6 Oktober sungguh berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh SUARA pada 11 Oktober 2009.Jelas lagi tersuluh,majlis pada 11 Oktober anjuran SUARA itu adalah majlis POLITIK secara terang-terangan.Bukan itu sahaja,ianya adalah ceramah politik PEMBANGKANG yng menjadikan mahasiswa Mesir sebagai sasaran utama mereka.Mahsiswa harus sentiasa diganggu oleh mereka kerana agenda melebarkan pengaruh pembangkang dengan menggunakan ISLAM dan ayat-ayat suci al quran dan hadith adalah tugas lebih sesuai peranan tersebut dijalankan oleh lepasan Al Azhar.

SUARA juga bagi saya adalah proksi PMRAM.Ini adalah berdasarkan petugas-petugas yang bertugas pada hari tersebut adalah orang yang ada kaitan dengan PMRAM.

FAUZAN MAZLAN DATANG KE MESIR ATAS TIKET APA?
Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa FAUZAN MAZLAN datang ke Mesir atas tiket Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Maklumat tersebut saya yakin benar kerana maklumat yang saya peroleh,FAUZAN mempunyai surat rasmi menyatakan bahawa beliau datang atas JAIS dari bahagian DAKWAH.

Ini bermakna,beliau datang ke Mesir atas tugas rasmi dan bukan politik.Lebih meyakinkan saya,apabila maklumat yang saya terima juga menyatakan bahawa beliau menghadiri majlis ramah mesra bersama mahasiswa Selangor.

Saya ingin bertanya kepada JAIS,adakah sejak kemenangan pembangkang (PKR-DAP-PAS) di Selangor,PAS salah sebuah parti gabungan yang memerintah Selangor telah MEMPOLITIKKAN JABATAN KERAJAAN?

Apakah status sebenar FAUZAN dalam JAIS di Bahagian Dakwah berkenaan? Pegawai kontrak S41? atau pegawai "POLITIK PAS" dalam bahagian dakwah JAIS? Apakah JAIS telah dipolitikkan? Bukankah tindakan menggunakan nama PAS dalam ceramah pada 11 Oktober berkenaan adalah salah sebagai seorang penjawat awam?

Semua soalan tersebut harus dijawab oleh kerajaan Selangor dan sewajarnya perkara ini diteliti oleh pihak berkenaan.

ISU-ISU YANG TELAH DIBANGKITKAN FAUZAN
Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh Fauzan menarik perhatian saya.Kesibukkan saya dengan beberapa perkara yang lebih penting menyebabkan saya lewat menulis entri ini.

Tidak salah jika saya katakan FAUZAN tidak meneliti sesuatu isu dengan betul dan hanya bersuara untuk menarik pengaruh ramai.Golongan muda yang bergelar mahasiswa ini memang mudah dipengaruhi.Namun,saya amat berharap golongan mahasiswa Mesir lebih terbuka dalam mendengar sesuatu isu,bukan hanya mendengar,sebaliknya kajilah kebenarannya.Pasti,anda akan dapati isu-isu yang dibangkitkan oleh FAUZAN adalah salah dan putar belit.Hanya menegakkan benang yang basah.

Isu pertama berkisar tentang peribadi YAB Perdana Menteri.Sebenarnya,bagi pembangkang,siapa pun jadi perdana menteri pasti busuk,loya,tidak layak bagi mereka.

Bila Perdana Menteri telah bersara kelak,barulah pada ketika itu,PM betul,wangi dan layak menjadi PM.Ini adalah satu teknik kotor memburukkan seseorang hanya kerana berjawatan PM.

Isu ALTANTUYA terus dilibatkan PM sedangkan dalam Islam,jenayah BUNUH adalah antara isu yang paling berat dan memerlukan bukti yang jelas.Jika setakat baru dituduh,tertuduh belum didapati bersalah apalagi diburukkan dan dihina di hadapan orang ramai.

Dalam isu ALTANTUYA,saya pasti ramai dikalangan mahasiswa Mesir mengikuti isu ini.Ingin saya bertanya,siapakah tertuduh dalam isu ALTANTUYA? Adakag PM Malaysia atau dua orang dari UTK tersebut.Walau apa pun yang telah diperkatakan 0leh pembangkang berkaitan isu ALTANTUYA mengaitkan PM,ianya tidak lebih dari sebuah POLITIK PERSEPSI.

Sebagai seorang mahasiswa,tidak wajar dan amat malang jika kita terkesan dengan politik persepsi yang sudah tentu belum tentu ada kebenarannya.

Isu SATU MALAYSIA juga dibangkitkan oleh Farhan.Satu Malaysia adalah GAGASAN KERAJAAN bukannya dasar.Memang menjadi adat apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan akan dinilai negatif oleh pihak pembangkang.Politik persepsi tidak boleh diterima dan sewajarnya kita meniliti sejauh mana positif dan negatif gagasan ini.

KERAJAAN BN harus segera ke Mesir menyatakan gagasan SATU MALAYSIA.Jika tidak,ianya akan dimanipulasi oleh pembangkang semaksima mungkin.

Isu ARAK diputar belit oleh FAUZAN,kononnya kerajaan BN tidak pernah perihatin isu ARAK.Hairan,enakmen berkenaan pengharaman jualan arak secara terbuka di zaman siapa? Bukankah ianya di zaman BN?

Ronnhie LIU yang sepatutnya dihentam dalam isu arak! bukan BN! Fauzan hanya menegakkan benang yang basah.Penjualan ARAK secara terbuka telah berlaku di Selangor dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengiakan apa yang MAJORITI PKR dan DAP dalam pakatan mahukan.PAS hanya pelengkap kauasa bukan MEMERINTAH.Kalau berkuasa,pasti,Kilang ARAK di Shah Alam telah ditutup kerana itulah apa yang telah disuarakan oleh mereka sebelum memerintah dahulu.

Fauzan,membangkitkan isu GENTING HIGHLAND kononnya tempat tersebut lebih besar dan pusat perjudian! hari ini bercakap demikian,katakan PAHANG diperintah oleh PR,apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?

Saya akhiri entri kali ini dengan satu persoalan.Mengapa FAUZAN mengatakan bahawa hanya ada dua,hak dan batil? menyokong hanya salah satu dari dua tersebut.Baik,saya ingin bertanya siapa HAK dan siapa BATIL?

Situasi hari ini meyakinkan saya,tindakan Al Azhar tidak masuk campur dalam isu PENGHARAMAN PARTI BERASASKAN AGAMA di Mesir adalah benar dan betul.Terlampau yakin sesuatu kumpulan itu berada di pihak yang HAK,sampai orang DAP membaca ayat AL Quran pun dikatakan benar dan betul malah dipuji.Apakah mereka yang merasakan dirinya di pihak hak itu tahu,orang YAHUDI ramai yang tahu baca AL QURAN bahkan mengetahui isi kandungannya dengan tepat seterusnya memutar belitkan tafsirannya untuk kepentingan mereka?

bersambung....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamulaikum, saya merasa kagum melihat kelangsungan ustaz dalam menentang arus yang dilalui oleh sbhgian besar mahasiswa mesir..

Tapi, saya yakin usaha ustaz untuk menentang kami tidak akan berhasil.

Saya menyeru sahabat2 alazhar dan semua pemuda bangun bersama-sama menentang sebarang anasir jahat yg cuba menjadi duri dalam daging kepada mahasiswa al-azhar..

Wslm.

miss nad nut berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
haji padli berkata...

busan bercakap dgn puak2 pas ni..rasa diorgjer betul..

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara ezo!sy sokong artikel anda,ya,ramai mahasiswa yang menyebelahi pembangkang membangkang membuta tuli apa yang kerajaan laksanakan.