Selasa, 23 Februari 2010

CETUSAN DAN DASAR TUN DR MAHATHIR DALAM MANIFESTO AL BARADEI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Pada hari ahad 21 Februari yang lalu adalah merupakan hari pertama kuliah persediaan tesis untuk semester kedua,tahun akademik 2009/10.Saya berjumpa semua pensyarah dan bakal SUPERVISOR tesis.

2.Dari pensyarah kanan hingga timbalan dekan saya temui.Ini "adat" saya di Universiti Kaherah yang saya teruskan sejak di AL AZHAR semasa bergelar mahasiswa ijazah pertama.Usai semua pertemuan,saya segera mendapatkan bekas timbalan presiden Universiti Kaherah,Prof Dr Hamid Tahir.

3.Seronok berbual dengan pakar falsafah tersebut.Beliau telah berkali-kali ke Malaysia menghadiri pelbagai seminar.Saya pernah hadir ceramah beliau di Universiti Kaherah sekitar bulan November tahun lepas.

4.Ucapan beliau mengangkat MALAYSIA Sebagai negara Islam contoh.

5.Dalam pertemuan singkat saya ahad lalu,kami bertukar-tukar pandangan pelbagai isu.Antara isu yang kami bincangkan adalah isu PEMBAKARAN GEREJA yang telah mendapat liputan AL JAZEERA dan AL BARADEI sebagai bakal calon presiden.

6.Menurut Dr Hamid,AL BARADEI berhadapan dengan halangan untuk dicalonkan.Ini adalah kerana beberapa perkara dalam perlembagaan Mesir tidak membenarkan beliau dicalonkan.Antara perkara yang disebutkan adalah,seorang yang dicalonkan dalam pilihanraya presiden mestilah seorang yang menjawat jawatan sebagai ahli majlis tertinggi dalam sebuah parti berdaftar dan pernah memegang jawatan PRESIDEN PARTI sekurang-kurangnya setahun.

7.Keesokan harinya,akhbar menyatakan bahawa perkara 76,77 dan 78 adalah penghalang pencalonan AL BARADEI.Namun,adalah sesuatu yang menarik,apabila akhbar turut menyatakan bahawa ada usaha pihak PERUNDANGAN untuk memastikan perkara-perkara tersebut digubal bagi membolehkan rakyat Mesir yang berkelayakan duduk di kerusi presiden.

8.Saya teruja membaca manifesto AL BARADEI sebagai calon presiden Mesir 2011.

9.Salah satu manifesto beliau adalah sebuah cetusan dan dasar yang telah menjadi asas pentadbiran negarawan Malaysia,Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.Terang lagi terseluh,AL BARADEI adalah pengkagum Tun. AL BARADEI berjanji akan menjadikan WAWASAN 2020 sebagai dasar pembangunan Mesir untuk membawa Mesir kembali ke pangkuan negara maju disamping beliau menjanjikan demokrasi politik yang lebih luas.

10.Bercakap tentang demokrasi, AL BARADEI berkata dengan jelas bahawa IKHWAN MUSLIMIN akan diiktiraf sebagai sebuah parti.Ini adalah satu kejutan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir sejak IKHWAN ditubuhkan.Ini juga membawa makna,gelaran "PERTUBUHAN HARAM" atau dalam bahasa arab "jamaah mahzurah" akan hilang dalam tulisan akhbar-akhbar Mesir jika AL BARADEI benar-benar dilantik sebagai Presiden 2011.

11.Apa pun,menifesto pertama tadi sungguh membanggakan kita rakyat Malaysia.Beliau seorang pemenang NOBEL.Pemenang NOBEL,pemimpin pertubuhan dunia adalah seorang pengkagum TUN DR MAHATHIR.Itulah kehebatan Tun.

12.Selayaknya,Tun Dr Mahathir Mohammad dinobatkan sebagai antara TOKOH PALING BERPENGARUH di peringkat antarabangsa.

2 ulasan:

JHaZKiTaRo berkata...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

Tanpa Nama berkata...

salam..

saya tertarik dengan ulasan saudara tentang politik mesir..

saya harap saudara bolehlah menceritakan serba sedikit perkembangan politik mesir memandangkan saya tidaklah arif dalam membaca surat khabar arab..

harapnya saudara bolehlah update selalu mengenai pilihanraya ini..

sekian terima kasih.

-budak medik-