Petikan Akhbar Utusan Online hari ini(26 Januari 2008)
PUTRAJAYA 25 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diberi penghormatan merasmikan persidangan Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Februari ini.
Persidangan yang julung-julung kali diadakan di luar Mesir itu akan menghimpunkan lebih 1,000 ilmuan Islam dalam pelbagai bidang untuk membincangkan pelbagai topik yang bertemakan 'Pendekatan Islam Hadhari, Di antara Warisan dan Cabaran'.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, penganjuran persidangan itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia yang memperkenalkan konsep Islam Hadhari dalam kepimpinannya.
"Persepsi negara-negara Eropah dan universiti terunggul itu ialah Malaysia sebuah negara yang tidak ada kekacauan dan kecelaruan tentang Islam di atas kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbirannya.
"Konsep raja berperlembagaan yang berteraskan Islam telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama di mata dunia," katanya pada sidang akhbar mengenai penganjuran persidangan Multaqa Sedunia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, selain bertujuan mengenang jasa Universiti al-Azhar yang telah banyak melahirkan cendekiawan Islam di seluruh dunia, penganjuran itu juga diharap dapat memaklumkan kepada dunia bahawa keutuhan Islam berpaksikan kepada pengurusan yang cekap dan sempurna melalui umatnya yang bersatu padu.
"Apabila berada di sini, mereka akan berpeluang melihat sendiri kecekapan kerajaan mentadbir negara supaya resipi kita boleh 'ditiru'," ujarnya.
Pada akhir persidangan itu nanti, satu resolusi akan dicapai menerusi perbincangan pelbagai isu terkini yang melibatkan umat Islam seperti isu pembangunan ummah, ketamadunan, warisan Islam dan pembaharuan.
Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar berkenaan oleh para ulama lulusan al-Azhar termasuk dari Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat, Afrika, Asia, Asia Tengah dan Rusia.
Lebih 1,000 peserta dari 70 buah negara dijangka hadir pada persidangan empat hari itu
Nota :
Multaqa ini akan memberikan tamparan hebat kepada PAS yang sering memperlekehkan ISLAM HADHARI kononnya istilah yang digunakan ini salah.
Kalau salah,sudah tentu MULTAQA ini tidak akan dibuat di luar Mesir.Kenapa Kuala Lumpur jadi pilihan Universiti bertaraf antarabangsa dan benteng umat Islam itu?sudah pasti kerana Malaysia adalah merupakan negara Islam yang dikagumi dan islam adalah merupakan teras dalam pentadbiran kerajaan hari ini dibawah program Islam Hadhari.
Sembahyang tetap lima waktu.Rukun Islam tetap lima.Al Quran tetap rujukan.Islam Hadhari bukan agama baru akan tetapi adalah satu gagasan kerajaan meletakkan Islam sebagai dasar dalam pentadbiran.
Tahniah Malaysia....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
salam ezo...
wah...hebat..dh leh jd pesuruh islam hadhari dh skrg ni...
memule sx kn ezo...
memule sx....
suh binip,m(jeane) tu pakai tudung dlu..
ko bljo dh smpai master xkan xleh nk bawak perkara ni skpdpm??
apsalko xtnye mse pm dtg aritu??
nape ckp pasal islam hadhari tp bini xpakai tudung..??
pasal ezo??
ade hujah??
ko kn dh smpai master....
cbe terangkn kt aku surah annur ayat 31 tu..brulah ko blh ckp pasal islam hadhari ezo...hehehe...
ezo..ezo...berlagak pandai sgt ko nih..
ni ko sebok la pasal math dlm bm or bi..xkesahla tu...
ni bende islam ni..
bile hudud nktertegak kt mesia ezo??
ni entry aku ni tunjuk kt s/u mb tau..ytau..hehe...
ezo..ezo..camne ek studentazhar leh jd balachi ameno camko ni...
mcm sudin ckp dlm cite pendekar bujang lapok..
:"alim,mim,nun,wau..alif tendang wau jawabnye SARKIS..."
hahahaha...
oklaezo...
terangkn kt aku pasal ayat tu ekh...
byebye...
wslam
Salam..
Alhamdulillah, bagus. Kalau aku ada di Malaysia, semestinya aku pergi , dan takkan lepaskan peluang.
Cuma kita tengok ape nanti kesan dari Multaqa ni, apa usul yang akan diterima dan akan dibawa oleh Kerajaan Malaysia.
Terutama dalam isu-isu kritikal ketika ini, Masalah Ekonomi, Pendidikan dan sosial. Juga masalah ISA. Jika masalah2 ini diperlumatkan dalam Multaqa ini, insyaAllah ia baik untuk Malaysia.
Satu kerugian jika beratus2 ulama Azhari yang hadir, ianya bakal berakhir dengan hanya minum kopi petang.
Harapan rakyat Malaysia mengharapkan multaqa ini menjadi Medan Utama dalam pembentukan semula Malaysia sebagai Negara Islam sejati.
Wallahua'lam
PERHATIAN KEPADA SENDER YANG MENGGUNAKAN NAMA "MAHATHIR MOHAMED"...
Saya tidak mahu melayan mana-mana komen yang dihantar dengan identiti sender yang tidak jelas lebih-lebih lagi menggunakan nama VIP tertentu.
Harap dapat nyatakan identiti sender dengan jelas supaya tidak kelihatan bacul dan penakut juteru cara sender terbabit hanya melihatkan budaya pengecut dan tidak bertanggung jawab dengan kenyataan yang dibuat.
BEGITU JUGA KEAPADA SENDER YANG MENGGUNAKAN TEMA "islam hadhari,terengganu best tari menari"....JAWAPAN SAYA SAMA DI ATAS...
GUNAKAN KEMUDAHAN YANG SEDIA ADA UNTUK MENJADIKAN DIRI ANDA LEBIH BERANI DAN BERGUNA BUKAN PENAKUT DAN BACUL....
Laa apela ko ni. Tak kire ler sape yang bertanya. Mana ler tahu memang ade nama Mahathir tu.. Ingat kat Malaysia ni Tun jer ke nama Mahathir?
Kalau yang pertama tu memang ler patut ko tak layan. Tapi yang kedua tu. Ilmiyah juga soalannya. Nak juga tahu dari seorang abang lama azhari B.A Hons Syariah Kaherah dan bekas pimpinan Muntada Islam Hadhari.
Sebab apa, yang baca blog ko ni ramai ler jugak. Nak juga ulasan2 ko dengan soalan2 camni.
Haa, baru2 ni ada kenyataan Menteri Pengajian tinggi berkenaan dengan mahasiswa dan politik. Ape komen ko? Wahai Mahasiswa Berwibawa...
Terima Kasih IBNUALI atas komen,
Maaf,bagi saya perlu kita tahu siapa yang bertanya.Kita mesti bertanggungjawab atas apa yang kita tanya atau tulis,sebab ini adalah satu kemestian dan tatatertib.Takkan nak baling batu,lepas tu sembunyi? Ini tindakan orang takut atau pengecut bahkan bacol.
Jika benar sender ini bernama "MAHATHIR MOHAMMED",nyatakan dengan benar,mengapa tidak berbuat demikian.Misalnya IBNUALI,jika saya klik nama sender,pasti saya akan dapat maklumat dengan tepat.Sender "MAHATHIR MOHAMMED" gagal diketahui identitinya dengan terperinci.
Saya berpendirian dalam hal ini dan mana-mana pihak yang menggunakan identiti "ANONYMOUS",tidak akan saya layan.Saya tegaskan sekali lagi,ini budaya kurang sihat dalam menggunakan kemudahan terkini dan teknologi canggih.Lihaht sahaja budaya mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mesir yang banyak mengamalkan budaya ini seperti wujudnya blog mykebenaran.blogspot.com,ini golongan bacol yang takut berhadapan dengan berani.
Berkenaan apa yang anda tulis dalam Blog bertajuk "Menteri Pengajian Tinggi Yang Kurang Tinggi Pengajiannya"...akan saya jawab sedikit masa lagi dalam blog saya memandangkan apa yang saya jawab adalah merupakan satu kenyataan yang mesti diteliti dengan rapi dan bukan satu kenyataan yang penuh dengan Emosi.
awak ni nampaknya masih mentah lagi dalam berblog ni...dah tak bagi anonymous komen, setting je la no permission...huhu...jangan jadi kaki ampu melampau sangat....banyak ka dapat duit?????
kalau sokong kerajaan dikata mengampu,apa kata saya kalau diberi gelaran kepada penyokong pembangkang sebagai Khawarij atau pelampau......suka tak....saya nak beri gelaran ini kepada "master blog" dan binatang2 yg spisis dengannya.
Berkenaan tak bagi anonymous komen,itu pendirian saya,dalam pengajian Coursework master saya ada disebutkan tentang metod penulisan.....penulisan,ada hukumnya,termasuk yg berkaitan blog ini.
Saudara kena jadi pelajar yg rajin dan belajar sampai ke peringkat tinggi baru sampai pemahaman terhadap perkara ini.
Kalau tulis sesuatu,pas tuh tak nak mengaku,itu salah dari segi undang2 penulisan dan agama sendiri.
Sebab itu ada dalam ilmu hadith,ilmu rijal hadith,untuk penilitian dan kesahihan.Kalau satu2 hadith diriwayatkan,tapi tak diketahui sapa perawi,hadith tersebut akan didhaifkan bahkan akan sampai ke tahap hadith mauduk.
perbuatan menggunakan " anonymous " dalam komen,tak ubah macam penakut dan bacul dalam memberikan pandangan.
Jika takutkan risiko,usah bicara soal perjuangan...........
kepada "jauhari kedah" ,saya tak mahu jawab panjang lebar.Apa pun,parlimen telah dibubarkan,mari kita lihat,sejauh mana kehebatan PAS dan UMNO...sapa jantan,sapa betina....
Catat Ulasan