Sabtu, 31 Mei 2008

PENGALAMAN DI PARLIMEN (SIRI PERTAMA)

Satu pengalaman bermakna kepada saya.Tidak sia-sia pulang ke Malaysia kali ini.Apa yang dirancang berjalan dengan lancar.Sepatutnya,saya pergi ke parlimen pada hari selasa 27 Mei 2008,namun kerana urusan saya di pejabat YAB Menteri Besar Johor masih tidak selesai pada hari tersebut saya tangguhkan program tersebut pada keesokan harinya.

Selesai urusan di Pejabat YAB Menteri Besar Johor,saya bergegas ke Kuala Lumpur.Saya menaiki bas YAKIN EKSPRESS pada jam lima petang dari Larkin,Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

Sepatutnya saya sampai sekitar jam 9 atau 10 malam,akan tetapi kerosakan bas yang dinaiki meyebabkan perjalanan saya mengambil masa yang agak lama.Saya sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 pagi.Saya tidur di Hotel murah berdekatan Puduraya.RM 32 untuk 12 jam sahaja.

Pada jam 8.00 pagi,28 Mei,saya chek out dari hotel.Saya buat beberapa persiapan yang perlu seperti sarapan,baca akhbar dan lain-lain lagi.Pada jam 9.50 pagi saya sampai di PARLIMEN dengan menaiki teksi "bermeter".Nama jer bermeter,tapi tak pakai pun.RM 10 dari puduraya ke Parlimen.OK kot...

Saya tak berdiam begitu sahaja.Saya berhak tanya,kenapa pengusaha teksi tersebut enggan menggunakan meter.Mula-mula macam tak puas hati rasanya....namun,setelah mendengar sendiri komen si pengusaha teksi tersebut saya rasa kasihan pula.Apa yang dikatakan betul.Ada kebenaran.Saya simpati.

Tak perlu saya ulas bab ini,sebab yang penting apa akan berlaku dan apa yang bakal saya saksikan di parlimen.Pakaian yang saya kenakan pagi itu menyebabkan teksi masuk dengan tanpa sebarang pemeriksaan.Polis yang bertugas hanya melambaikan tangan sahaja.

Ketika masuk ke pintu utama bangunan Dewan Rakyat untuk pemeriksaan,saya bersua dengan YB Dr Lo'lo' Ghazali.Senyum lebar YB nampaknya.Maaflah YB saya bukan orang PAS.tapi gaya YB cukup menyenangkan mata yang memandang.Ramah dan murah dengan senyuman.

sesekali terdetik di hati saya betapa perempuan bertudung tidak bermasalah memasuki bangunan Parlimen.Siapa kata Malaysia negara sekular?kalau di Turki apakah ianya dibenarkan? jika di institusi pengajian memang telah diputuskan boleh,apakah ianya dibolehkan di parlimen mereka?

Persoalan yang lebih penting,USTAZAH-USTAZAH Malaysia yang sedang menuntut di Al Azhar,apa khabar anda semua? Apakah relevan cadangan ahli sebuah persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir yang tegas mempersoalkan tindakan meletakkan gambar USTAZAH-USTAZAH kita di carta organisasi persatuan di Mesir?

Jam di Dewan Rakyat menunjukkan hanya beberapa minit lagi Jam 10 pagi.Keadaan dewan masih seperti biasa.Tiada sebarang perbahasan.Saya hubungi YB Datuk Muhamad Aziz bahawa saya telah sampai dan berada di dalam dewan.Beliau minta saya tunggu dan bertemu beliau pada jam 11 pagi.

Saya duduk di ruang pemerhati.Belakang zon "H" tepat di belakang MP Bandar Bharu Kulim,
YB Zulkifli Noordin.Jam 10 pagi,kedengaran loceng berbunyi.Saya bertanya dengan pegawai yang duduk di sebelah saya,apa maksud isyarat tersebut? Sebab setahu saya semasa di alam persekolahan,jika loceng berbunyi panjang seperti itu,ianya menandakan isyarat kecemasan.
Pelajar pasti diminta oleh guru untuk berbaris di padang sekolah sambil ketua darjah memeriksa siapa yang tiada dalam senerai.

Bunyi loceng tersebut pastinya menandakan satu tanda yang lebih besar lagi.Sebab yang dituju bukan kepada budak-budak sekolah rendah bahkan "orang-orang besar" yang terpilih oleh "orang ramai" melalui sistem demokrasi.

Saya berdiri kerana mengikut suasana umum.Semua ahli Dewan Rakyat telah mengambil tempat masing-masing berdiri menunggu sesuatu.Tidak lama kemudian,kelihatan Timbalan speaker masuk diiringi oleh setiausaha dan beberapa yang lain.

Bacaan doa sebagai agenda utama sebelum bermulanya perbahasan.Memohon keberkatan ilahi.
bagi mereka yang bukan beragama Islam,termasuk Timbalan speaker tersebut,mereka hanya berdiri menghormati acara yang sedang berlangsung.Sekularkah malaysia? Tepuk dada tanya iman.

Tidak lama selepas itu,saya lihat persidangan bermula.Datuk Seri Nazri Aziz memulakan perbahasan berkenaan biasiswa JPA.Saya tidak dapat ikuti secara serius,kerana mata saya tertumpu kepada orang-orang yang tidak pernah saya lihat dengan dekat.

YB Datin Seri Wan Azizah,YB Azmin Ali (ketika beliau lalu dihadapan saya),YB Nurul Izzah (sebaya tuh!!!),saya dapat lihat dari dekat.Ini adalah kerana tempat yang saya duduk adalah amat hampir dengan mereka,zon pembangkang.

Kali ini mata saya tertumpu pula kepada YB Datuk Muhammad Aziz,MP Sri Gading.Beliau duduk dengan tenang sambil menyaksikan perbahasan.bersambung..........

3 ulasan:

umatakhirzaman berkata...

salam ziarah...nak tanye skit..rasenye enta sudh faham sejelas-jelasnye ke ape yg dimksudkn dgn sekular itu n dri mne asal-usul sekular itu???klo dah benar2 faham hope bole tolg jelaskn...wasalam.

SITI ZAHARAH KHAMIS berkata...

SALAM...bro.faizal,

SATU PENGALAMAN YANG MENARIK!TAK SABAR NAK TUNGGU SAMBUNGANNYA...

HARAP bro. jangan kecik hati pulak dengan "kemasukan" respon sesat daripada anakbapak8385 tu ye...Beliau tu silap orang.maaf ye...

ANAK BAPAK berkata...

kepada anak jati johor..saya bukan la buat-buat sesat untuk letak komen..bak kata orang..pukul anak sindir menantu..begitulah...

soal baca doa dan boleh pakai tudung dalam parlimen maka saudara ezo terus memberi persoalan bahawa sekularkah malaysia..saya kira saudara boleh rujuk komen saya yang telah lepas tentang konsep dasar dan teras perlembagaan malaysia..lainlah kalau saudara terus prejudis dengan pandangan saya..maka tiada perlu diberi respon lagi..

maka di sini saya juga hendak beri soalan kepada saudara..ketika saya mengikut bapa saya bertugas di suruhanjaya tinggi malaysia di new delhi...saya berpeluang masuk ke dalam Lokh Sabha ( parlimen india )bersama adik saya yang memakai tudung..maknanya prlimen india tiada membantah siapa yang masuk pakai tudong..ada juga pegawai parlimen muslimah yang mengenakan tudong..soalannya apakah india sebuah negara islam dan menolak sekular sedangkan perlembagaannya jelas sekular..?

beberapa kes larangan memakai tudong di britain oleh pihak pusat pengajian di sana lalu dicabar di mahkamah tinggi britain akhirnya mahkamah tinggi britain mengarahkan agar pusat pengajian itu menarik balik larangan itu kerana menjaga hak kebebasan manusia untuk berpakaian..apakah britain sebuah negara islam justeru menolak sekular..?

di thailand dan india ada masjid, ada majlis agama, bahkan di india sendiri ada mahkamah syariah sepertimana di malaysia untuk menguruskan hal ehwal umat islam di sana..apakah thailand dan india sebuah negara islam dan menolak sekular,,?

saudara hanya meletak satu dua sifat sebagai justifikasi bahawa negara islam..secara logiknya saya nak tanya..kalau seekor lembu mempunyai telinga serupa macam telinga harimau..apakah lembu itu akan dipanggil harimau hanya kerana satu dua sifat seperti bertelinga macam harimau dan bermisai macam harimau..? kalau lembu itu mengaum sekalipun apakah dia boleh dipanggil harimau..? fikirkanlah...