Sabtu, 6 Jun 2009

FASILITATOR PROGRAM UNIVERSITI MALAYA DI MESIR




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang dihormati,

Saya dilantik sebagai FASILITATOR program pengantarabangsaan Universiti Malaya di Mesir dari 21 Mei hingga 19 Jun 2009.Perlantikan ini adalah bertujuan untuk membantu dan memudahkan para peserta program ini yang terdiri dari 29 mahasiswa akademi pengajian Islam Universiti Malaya dari pelbagai jabatan.

Pengisian utama program tersebut adalah kursus pemantapan bahasa arab dikalangan mahasiswa terpilih di Universiti Malaya.Peserta harus mengikuti pengajian di Universiti Kaherah setiap hari Sabtu hingga khamis dari 22 Mei hingga 15 Jun.Kemuncak kursus tersebut adalah majlis penyerahan sijil kursus yang dijangka bakal diadakan pada 16 Jun 2009.

Pengisian tambahan yang menjadi pelengkap program pengantarabangsaan ini adalah memberikan input kepada peserta budaya masyarakat setempat dan sejarah Negara Mesir disamping memberikan pengenalan kepada mereka tentang latar belakang politik Mesir.

Untuk tujuan itu,saya telah mengatur satu program lawatan ke beberapa tempat yang amat penting untuk dilawati oleh peserta bagi menceritakan kepada mereka sejarah Negara ini secara ringkas.

Maka,pada 30 Mei saya telah membawa mereka melihat ISKANDARIAH.Iskandariah adalah salah sebuah negeri dalam Mesir.Pentadbiran tempatannya diketuai oleh seorang GABENOR atau dalam bahasa arab disebut “MUHAFIZ”.

Di sana juga mereka dapat melihat dua tempat yang berbeza dari segi kesedaran sivik antara kedua-kedua tempat,KOTA KAHERAH dan ISKANDARIAH.Bandar tersebut yang dikelilingi lautan Maditeranian itu menceritakan kepada mereka sejarah politik Mesir apabila sampai ke ISTANA FAROK.

Dari AFRIKA MESIR,saya bawa mereka melihat ASIA MESIR.Kami meredah awal pagi dan kegelapan malam menuju ke terusan SUEZ pada awal pagi 5 Jun 2009,beberapa jam sebelum KAPAL TERBANG PRESIDEN AMERIKA,BARACK HUSSIN OBAMA mendarat di lapangan terbang Kaherah.

Saya amat kesal kerana tidak dapat mendengar sendiri ucapan presiden yang mencintai keamanan dan perdamaian itu yang diadakan pada siang hari tersebut di Universiti yang sedang saya belajar ilmu “menjadi seorang ahli akademik”.

Walaupun saya tetap tidak boleh mendengar ucapan beliau secara langsung di Universiti Kaherah,namun,pengumuman oleh menteri penerangan Mesir bahawa ucapan pemimpin dunia tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisen Mesir.

Namun,saya tetap ikuti perkembangan ucapan beliau menerusi akhbar tempatan pada keesokan harinya di seletan SINAI.Akan saya ulas ucapan pemimpin AMERIKA ini kelak.

Lawatan ke SINAI turut disertai dua orang pegawai JAKIM yang bertugas di Jabatan Agama Negeri.Ustaz Jaafar ketua penolong pengarah bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Pulau Pinang dan ustaz safian dari negeri Perak.

Lawatan yang berlangsung selama dua hari tersebut turut disertai oleh empat orang pengiring yang saya jemput khas bagi tujuan membantu saya memberikan penerangan dan memastikan keselamatan peserta terjamin.

Empat orang tersebut adalah tiga orang dari warga DEWAN MALAYSIA ABBASIAH KAHERAH atau DMAK.Saudara Hafizi,pengerusi jawatankuasa kebajikan DMAK,Saudari AKMA dan BALKIS.Saudara Syafik Zulakifli pula saya jemput beliau kerana faktor beliau telah hampir habis kesemua subjek peperiksaan (tinggal satu subjek dan ujian lisan),bukan kerana beliau pemimpin PMRAM.Syafik bukan lagi anggota pimpinan PMRAM.Beliau banyak pegalaman dalam memberikan penerangan terhadap dua buah tempat di SINAI,wadi arbain dan jabal musa.

Saya amat berharap agar tiada siapa yang mempersoalkan tindakan saya tersebut.Tahukah kita pimpinan MCA sering menjemput pemimpin DAP merasmikan program-program yang melibatkan isu kepentingan bersma kaum cina? Anda boleh Tanya kebenarannya kepada YB Datuk Saifuddin,timbalan menteri pengajian tinggi Malaysia.Saya sendiri dengar ucapan beliau di hayyu asyir satu ketka dahulu.Syafik tidak bertindak sebagai “bekas pimpinan” akan tetapi sebagai rakan saya seperti di Malaysia dan sebelum memegang sebarang jawatan sebagai anggota pimpinan PMRAM di Mesir.

Antara tempat menarik di Sinai yang telah dilawati oleh para peserta ialah daerah TABA,di mana terdapat di sana kubu salahuddin al ayyubi dan memperkenalkan kepada para peserta LAUT MERAH.Peserta juga telah saya bawa mereka melihat sempadan tiga buat Negara jiran Mesir,ISRAEL,JORDAN dan ARAB SAUDI.Seterusnya saya bawa mereka melihat kesan sejarah umat terdahulu dan Nabi Musa A.S seperti mana yang biasa didengari oleh kita sebagai umat Islam.

Lawatan diakhiri dengan menziarahi kubu pertahanan Israel di terusan SUEZ yang telah ditawan oleh Mesir semasa perang Mesir – Arab pada 6 Oktober 1973.Adakah benar cerita yang disebarkan oleh sebahagian mahasiswa Malaysia di Mesir dan“senior-senior lama” kononnya IKHWAN MUSLIMIN adalah faktor kemenangan perang tersebut? Adakah Benar ISRAEL sebenarnya telah memenangi perang tersebut namun kertas perjanjian anatara kedua-dua belah pihak menyebabkan kemenangan nampak seolah-olah di pihak Mesir?

Sejarah bukan boleh diterima tanpa bukti.Saya telah menemui fakta-fakta yang bercanggah dari apa yang diceritakan kepada saya oleh “senior-senior lama” semasa bergelar mahasiswa baru dahulu.Nantikan pendedahan saya kelak….

Tiada ulasan: