Rabu, 10 Jun 2009
PRESIDEN OBAMA MERINTIS PERMULAAN BARU ANTARA AMERIKA SYARIKAT DAN DUNIA ISLAM (SIRI PERTAMA)
Barack Hussien Obama adalah merupakan Presiden Amerika yang ke 44 menggantikan George Bush.Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika pada 26 Januari 2009 kali ini dari parti Demokrat setelah memenangi pilihanraya Presiden Amerika mengalahkan Mc Cain,calon dari parti Republikan.Itulah kemajuan Amerika Syarikat,kematangan berpolitik dapat dilihat dengan jelas dimana dua buah parti,DEMOKRAT dan REPUBLIKAN saling memengangi dan kalah dalam pilihanraya.Masyarakat sesebuah Negara yang maju bukan sahaja harus maju dalam ekonomi,bahkan cara berfikir dan menentukan hala tuju Negara dengan menggunakan kuasa undi mereka.
Obama melakar sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat dari kalangan orang kulit hitam yang bersal dari Afrika.Kejayaan yang dikecapi oleh Obama adalah hasil usaha mereka yang terdahulu seperti Presiden Abraham Lincoln yang paling awal memperjuangkan agar dasar perbezaan kulit dihapuskan sehingga yang terakhir sekali pada sekitar tahun 70 an,Marthin Luther King yang lantang memperjuangkan penduduk kulit hitam Amerika Syarikat.Kedua-dua mereka mati di hujung senjata ditembusi oleh peluru pihak pelampau kulit putih.
Namun,setelah sekian lama perjuangan mereka berlalu,akhirnya dasar apartheid lenyap di Amerika Syarikat.Obama adalah hasil penghapusan dasar tersebut.Walaupun beliau beragama KRISTIAN,namun,bapa beliau seorang yang berasal dari Kenya yang mendapat biasiswa pengajian di Amerika Syarikat adalah seorang yang beragama Islam.
Barangkali,semangat keturunan beliau menyebabkan ketegangan antara ISLAM – BARAT Nampak kendur di zaman Obama ini berbeza dengan apa yang telah kita lihat di zaman Bush dari Republikan.
UNIVERSITI KAHERAH TUMPUAN DUNIA
Tidak semena-mena,Universiti tempat penulis belajar dalam program SARJANA ini Nampak riuh rendah dan kelam kabut dengan pemeriksaan keselamatan yang ketat dan persiapan rapi.Hampir sebulan lalu akhbar tempatan Mesir melaporkan sambutan kedatangan seorang yang amat penting di dunia,iaitu presiden Obama.Jangkaan penulis dan telahan banyak akhbar adalah AL AZHAR bakal menjadi mimbar atau pentas rasmi Obama.Ini adalah kerana beliau berhasrat untuk menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada dunia Islam dan bukan hanya untuk KAHERAH.
Dua minggu sebelum 4 Jun 2009,penulis diberitahu oleh pensyarah bahawa bagunan yang dikenali dahulu sebagai “DEWAN PERSEKUTUAN” atau dalam bahasa arabnya “QA’AH EL-GUMHURIYYAH” adalah merupakan lokasi penting untuk seluruh umat Islam dan Arab pada 4 Jun justeru Universiti akan diumumkan cuti umun pada hari tersebut.
Penulis segera menghubungi Encik Syamsul Kahar,Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia Kaherah maklumat tersebut.Saat itu,akhbar-akhbar tempatan masih tidak memberitahu kepada umum bahawa lokasi tersebut pilihan OBAMA menyampaikan ucapan.Saya kira,KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH adalah kedutaan paling bertuah kerana terlebih dahulu tahu berbanding masyarakat tempatan sendiri.
Majalah “El-Iktisad” terbitan El-Ahram dan “akher saa” selain akhbar “Al-Akhbar” menjadi sumber utama penulis untuk melihat reaksi Mesir menerima kunjungan pemimpin dunia itu.Dari jenis kapal terbang hingga ke kenderaan yang bakal digunakan oleh Obama di Kaherah telah didedahkan oleh akhbar dan majalah berkenaan.
Apa pentingnya kedatangan OBAMA ini! Ujar sebahagian rakan dari masyarakat tempatan dan sebahagian masyarakat mahasiswa Malaysia di Mesir terkejut dengan langkah keselamatan yang paling ketat sehingga peperiksaan akhir tahun mereka tertunda hanya kerana kedatangan pemimpin tersebut.
Universiti Kaherah dan Universiti Al Azhar adalah dua buah institusi pendidikan utama di mesir.Universiti Kaherah telah menyumbang kemajuan dan melahirkan modal insan di Mesir sejak seratus tahun dahulu di samping Al Azhar yang masih kekal sebagai tempat penyebaran Ilmu-ilmu Islam sejak seribu tahun dahulu.
MENGAPA KAHERAH ?
Obama memang pandai memilih tempat untuk memberikan ucapan.Setelah beliau dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat,beliau telah memilih Berlin,Jerman sebagai lokasi untuk beliau bercakap soal polisi dan dasar luar Negara Amerika.Ini adalah kerana Berlin merupakan lambang peperangan dan keamanan di Eropah selain kesatuan dan kekuatan ekonomi.
Maka,untuk bercakap tentang Islam dan dunia Islam,beliau telah memilih Mesir.Ini adalah kerana beliau sedar sesungguhnya terdapat di bumi Mesir ini AL AZHAR ASY SYARIF yang merupakan sebuah institusi Islam utama di dunia yang mempunyai pandangan Islam yang sederhana selain menjadi ketua dalam menghadapi puak pelampau ekstremis Islam dan pengganas.Dari Mesir juga lahir ketamadunan awal dunia di delta nil selain dianggap sebagai PEMIMPIN UTAMA dalam isu rantau arab.
Pilihan Obama adalah tepat dan ucapan “AHLAN WASAHLAN” atau “SELAMAT DATANG” telah diucapkan oleh majoriti masyarakat Mesir.
Kedatangan Beliau ke Mesir adalah merupakan satu kedatangan yang bersejarah buat Mesir dan julung-julung kalinya setelah Mesir terakhir menerima kunjungan NICKSON,Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1974 semasa Mesir dibawah pimpinan Allahyarham Anuar Sadat,pemimpin yang gugur syahid kerana dasarnya.
KANDUNGAN UTAMA UCAPAN OBAMA
Obama telah menyampaikan ucapannya di Universiti Kaherah selama hampir sejam.Pelbagai isu telah disentuh dalam ucapan beliau.Ucapan tersebut ditujukan kepada seluruh umat Islam di dunia dan Arab.Perkara pertama yang disentuh oleh beliau adalah berkenaan dengan “keganasan dalam apa jua bentuk”.Seterusnya “situasi di antara Israel,Palestin dan dunia Arab”mencuri tumpuan.Soal “nuklear” tidak terlepas dibicarakan oleh beliau disamping isu utama berkenaan “DEMOKRASI” diulas dengan ringkas.Isu yang hangat juga beliau bicarakan adalah “kebebasan beragama” dan “hak-hak wanita”.Berdasarkan perkembangan terkini,beliau telah turut menyentuh soal “pembangunan ekonomi dan peluang”.Perkara terakhir yang beliau sentuh adalah berkenaan “Sains dan “teknologi”.
Saya begitu terkilan kerana ucapan Obama yang tidak dimuatkan dengan lengkap di akhbar Mesir AL AHRAM walaupun ada ruangan bertulis “ucapan penuh Obama”.namun saya dapati hanya sedikit sahaja ucapan beliau dimuatkan dalam akhbar berkenaan.Mujur salah seorang rakan saya mengesyorkan agar saya melayari www.whitehouse.gov untuk membaca ucapan penuh Obama.
Bersambung………………………..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan