Ahad, 14 Jun 2009
PRESIDEN OBAMA MERINTIS PERMULAAN BARU ANTARA AMERIKA SYARIKAT DAN DUNIA ISLAM (AKHIR)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para blogger yang dihormati,
Berkali-kali saya membaca ucapan Presiden Obama sambil mengimbau kembali apa yang telah dilakukan beberapa orang presiden sebelum ini.Saya teringat ulasan dan telahan kebanyakkan penganalisis politik antarabangsa bahawa Obama akan menerima nasib yang sama seperti Presiden John F Kenedy yang ditembak mati.
Berdasarkan ucapan Obama,penulis yakin,Obama sedang berusaha sedaya upaya untuk membuka lembaran baru antara Amerika dan Negara-negara Islam.Semua orang berharap Obama dapat membantu mengembalikan semual keamanan dan keharmonian sejagat.Sebab itu,Obama dari parti Demokrat menang mengalahkan Mc Cain dari parti Republikan.
Ini adalah kerana dasar parti Republikan agak keras dan sukar untuk diterima masyarakat dunia amnya dan Amerika itu sendiri khasnya.Ketika George W Bush dari parti Republikan menjadi presiden,berlaku peperangan antara Sekutu Amerika dan Iraq dibawah pimpinan Saddam Hussein.Selepas kekalahan Republikan,Demokrat mengambil tempat, dimana Bill Clinton pula memenangi jawatan Presiden.Dunia agak aman ketika itu walaupun isu Palestin hanya “di meja rundingan”.Pada tahun 1999,George Bush (anak) dari republikan memenangi jawatan presiden,sejak itu,beliau mengulangi sejarah ayahnya dan bagai meneruskan agenda serta dendam kekalahan ayahnya,BUSH telah menjadikan tragedi 11 September sebagai alasan semata untuk meneruskan agenda yang tak berfaedah itu.2009,kita menyaksikan Demokrat kembali memenangi dan seperti diharapkan dasar sederhana demokrat amat diperlukan untuk mengembalikan kestabilan dunia dan mengimbangi kemarahan masyarakat dunia.
KEGANASAN DALAM APA JUA BENTUK
Isu keganasan bukan isu baru.Sejak 11 September 2001,AMERIKA mula bercakap soal keganasan global dengan diiringi tindakan menawan IRAQ dan AFGHANISTAN.Walaupun hari ini dua buah Negara berkenaan diperintah oleh anak watannya,mereka tetap dipandang oleh masyarakat dunia sebagai PROKSI AMERIKA.
Amerika harus bersikap adil dalam bercakap soal keganasan.Ini adalah kerana rakyat Palestin telah diperlakukan dengan pelabagai bentuk seksaan dan dihalau dari tanah air mereka sendiri.Apakah AMERIKA hanya Nampak kegenasan di pihak Negara Islam sambil memejamkan mata apa yang telah dilakukan oleh Israel?
Saya amat senang hati apabila nada OBAMA ada menyentuh serangan ISRAEL terhadap GAZA hujung tahun 2008.Namun,bagaimana pula serangan dan penyeksaan sebelum 2008? Israel harus dimasukkan sebagai antara pengganas yang tidak kurang pentingnya dalam senarai pengganas dunia.
PALESTIN DAN ISRAEL
Satu ucapan yang sungguh menarik! OBAMA menyeru agar ISRAEL menerima sebuah Negara PALESTIN dan PALESTIN menerima Negara ISRAEL.Nada OBAMA sungguh jauh berbeza dengan apa yang telah dipertuturkan oleh presiden-presiden sebelum beliau.
Dalam masa yang sama sokongan kongres Amerika terhadap ketegasan OBAMA terhadap isu penempatan haram baru Israel di tebing barat menampakkan lagi ketegasan yang diiringi oleh tindakan.Akan tetapi ketegasan dan sokongan itu bukan boleh meyakinkan umat Islam seluruh dunia yang menyaksikan saudara seagama mereka dianiaya,dibunuh dan dizalimi.
Niat OBAMA ingin melihat kedua-dua Negara wujud amatlah bagus dan dialu-alukan.Memang itu yang dinanti-nantikan.Namun,apakah HAMAS akan menerima syarat PENTING untuk mengiktiraf zionis? Satu perkara penting yang harus diperhatikan.
Persoalan paling penting,BAITUL MAQDIS bakal jadi ibu Negara siapa? Israel atau Palestin? OBAMA barangkali lupa membangkitkan saudara-saudara berjiran PALESTIN yang masih lena di kerusi empuk kekuasaan.
Negara-negara arab sepatutnya diberikan satu kuasa untuk bertindak ke atas Negara jiran mereka.Hal itu masih tidak dapat kita lihat.Ini adalah kerana budaya masyarakat arab yang masih tidak sedar dan kenyang dengan emas hitam mereka,membuatkan masyarakat arab sendiri meluat mendengar berita ulasan dan ketetapan MESYUARAT LIGA ARAB yang acap kali membincangkan isu PALESTIN.
Perjumpaan hanya sekadar bercakap,perkara yang sama telah dan sedang dilakukan di Universiti-universiti seluruh dunia dan pecinta keamanan.Bercakap semata bukan penyelesaian,kekuatan ARAB itu sendiri harus diserlahkan.
Apa pun,ini adalah satu cabaran besar buat OBAMA.Kita akan lihat apakah tindakan lanjut OBAMA.Harap-harap OBAMA berani membuat perubahan dan merialisasikan Negara PALESTIN yang aman damai.
PRO DAN KONTRA
Ucapan Presiden Barack Hussien Obama di Dewan Persidangan Utama Universiti Kaherah,Kaherah Mesir telah mengundang pelbagai reaksi.Ada yang pro dan ada juga yang kontra.Namun apa yang menarik,sebahagian ulasan yang saya baca kelihatan kabur dan tidak menyatakan lokasi ucapan presiden dengan tepat.
Presiden OBAMA bukan berucap di UNIVERSITI AL AZHAR akan tetapi di UNIVERSITI KAHERAH.Dua universiti ini adalah isntitusi yang berlainan.Mungkin bagi sebahagian pengulas tidak membaca laporan akhbar terakhir yang menyiarkan berita tentang lokasi sebenar ucapan presiden Amerika Syarikat itu melainkan hanya beberapa hari sebelum 4 Jun 2009.Barangkali ianya adalah faktor keselamatan.
Reaksi Kontra yang paling awal disiarkan adalah dari IKHWAN MUSLIMIN (IM).Ini adalah kerana kumpulan berkenaan kurang setuju dengan dasar-dasar Amerika Syarikat sebelum ini dan terus beranggapan bahawa AMERIKA SYARIKAT musuh utama Negara umat islam dan islam itu sendiri.
Bahkan,IKHWAN MUSLIMIN menganggap ucapan OBAMA hanya sia-sia dan tidak membawa apa-apa erti kepada dunia Islam.Bagi penulis, IM keterlaluan dalam memberikan komentar ucapan beliau sehingga tidak memberikan sedikit pun ruang walau seinci kepercayaan dan peluang untuk melihat sebuah permulaan.
Dari satu sudut yang berlainan,IM memang patut mempunyai prasangka berkenaan,ini adalah kerana golongan ini bercakap tentang PALESTIN dengan tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan barat.
Sahibussamahah Prof Dr Ali Jumaah pula berpandangan bahawa ucapan OBAMA mempunyai ciri-ciri penghormatan terhadap keagungan Islam dan ketamadunannya. Fadilah Mufti juga berharap agar kata-kata OBAMA harus diikuti oleh tindakan.Ianya mestilah sesuatu yang menjadi pencetus dan bukan pengikut.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia juga berpendapat sedemikian.Bukan dua individu ini sahaja mempunyai harapan sedemikian,bahkan,seluruh masyarakat dunia ternanti-nanti tindakan selanjutnya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh OBAMA.
Keadilan dan kesejahteraan serta toleransi yang berasaskan kepada prinsip dan nilai-nilai murni haruslah menjadi paksi dalam kerjasama antara AMERIKA dan DUNIA ISLAM ini.
Akhirnya,kita harus mempunyai satu persoalan,apakah tindakan DUNIA ARAB selepas ucapan OBAMA ini? Apakah mereka hanya menunggu bulan jatuh keriba semata? Apakah Amerika akan keseorangan kelak dengan ucapan OBAMA semata? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan