Jumaat, 26 Jun 2009
WE ARE MANAGE BY HEART
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Blogger yang saya hormati sekalian,
Saya telah menamatkan tugas saya sebagai Fasilitator program pengantarabangsaan Universiti Malaya di Kaherah Mesir.Sepanjang program berlangsung selama lebih kurang sebulan dari 20 Mei hingga 19 Jun,saya telah Berjaya mendapat sedikit pengalaman dan ilmu tambahan yang menambahkan lagi semangat saya untuk menuntut ilmu.
Sebagai seorang mahasiswa program MASTER,saya harus pandai membahagikan masa antara belajar,membaca maklumat baru,mencarinya dan membuat kajian.Saya terhutang budi kepada Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukhti,pensyarah Universiti Malaya dan Prof Madya Dr Hassan Basri,Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia,Universiti Kaherah.
Sepanjang program berlangsung,saya dapati diri ini mempunyai banyak kelemahan dan ianya perlu diperbaiki untuk berhadapan dunia baru kelak.Program Pengantarabangsaan ini,bukanlah kali pertama saya terlibat bahkan ianya adalah program kali ketiga melibatkan saya.
Pertama,pada Julai tahun 2007,di mana Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan program berkenaan.Seterusnya,pada Januari tahun 2009,saya terlibat sebagai Fasilitator program pengantarabangsaan UM di Mesir .Dari Mei hingga Jun 2009,buat kali kedua bersama UM dalam tahun yang sama dan program pengantarabangsaan yang ketiga pernah saya terlibat.
Ketiga-tiga program berkenaan sangat membari impak positif terhadap diri saya.Pengurusan waktu,pengucapan awam dan penampilan diri antara perkara yang perlu saya muhasabah.Saya anggap rakan-rakan peserta dari ketiga-tiga kumpulan tersebut dan dua orang Prof Madya yang saya nyatakan tadi adalah guru saya dalam ilmu mengenal identiti.
PROGRAM PENUTUP
Sebelum peserta kumpulan UM Jun 2009 berangkat pulang ke Malaysia,mereka telah menganjurkan sebuah majlis penutup dengan kerjasama Jabatan Pengajian Malaysia,Universiti Kaherah.Saya melihat kelincahan dan kesungguhan mereka untuk memastikan program berlangsung dengan jayanya.
Program mereka yang dirancang dengan begitu tersusun hampir-hampir gagal apabila tingkat lima Asrama Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) terbakar.Ketika menerima berita,kami baru sahaja selesai mengadakan perjumpaan bersama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).
Bekalan elektrik DMAK terpaksa diputuskan buat sementara waktu oleh pihak kontraktor penyelenggara bangunan.Namun,dengan ihsan JPMK dan kerja-kerja segera pihak kedutaan,akhirnya pada jam 5.40 petang,hampir tiga jam sebelum majlis bermula,bekalan elektrik untuk bangunan dewan utama disambung semula.Prof Madya Dr Hassan Basri adalah individu yang paling penting dalam memberikan peranan memastikan kejayaan program penutup berkenaan.
Dif jemputan terhormat yang terdiri dari kalangan para pegawai dari JPMK,pegawai-pegawai RUMAH NEGERI dan paling penting adalah Encik Fauzi Said,ketua canseri yang baru merangkap wakil kuasa usaha semetara.Majlis penutup diadakan secara majlis makan malam.Agak santai dan mengiburkan dengan beberapa persembahan dari UM.
POST MOTERM
Suasana mendung menyelubungi bilik mesyuarat DMAK.Ini adalah kerana POST MOTERM yang diadakan adalah merupakan program bersama yang terakhir antara Prof Madya Dr Hassan Basri,saya dan dua orang fasilitator bersama semua peserta.
Pelbagai komentar saya terima.Saya juga telah mengajukan pelbagai komentar.Masing-masing bermuhasabah.Bagi saya tiada apa yang patut dimalukan apabila menerima teguran dan teguran tesebut adalah mengajar diri kita untuk mebetulkan kesilapan dan menambah kekurangan.
Kumpulan ini tidak terlalu besar jika hendak dibandingkan kumpulan UKM 2007.Sebab itu saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menguruskan mereka.Ini adalah kerana saya belajar dari pengalaman bersama UKM 2007.
LAPANGAN TERBANG
Pagi 19 Jun 2009,mereka telah bersiap sedia untuk berlepas pulang ke Malaysia.Kami selaku warga kerja program pengantarbangsaan akan menamatkan tugas setakat di lapangan terbang.Setelah semua selesai,kami melaksanakan tanggungjawab selaku muslim,solat jumaat di lapangan terbang tersebut.
Usai solat,saya segera ke kawasan utama berlepas.Mereka masih belum “chek in”.Rupa-rupanya,di airport MESIR,ketika solat jumaat,tiada penerbangan berlangsung dan semua kaunter "chek in" ini berehat seketika.Ini sesuatu yang harus kita teladani bersama.
Semasa di lapangan terbang,kami telah meningkatkan keselamatan diri dan berjaga-jaga dengan wabak virus H1N1 yang sedang melanda saat ini.24 kes telah dilaporkan di Mesir.Semuanya dikatakan berpunca dari mereka yang pulang dari luar Mesir.
Jam 3.30 petang,ketua wanita mereka,Saudari Suhaizana telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka akan berlepas.Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas hadiah yang mereka berikan semasa di lapangan terbang dan mengirim salam kepada warga UM,pengarah API UM,Prof Dr Hidayat Buang dan bekas pengarah JPMK, Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukhti.
Dua perkara penting saya belajar dari Prof Madya Dr Hassan Basri dan ini saya sebutkan sebelum kami bersurai semasa makan tengahari di Restoran Kedah, pertama, “LA SYUKRA ‘ALA WAJIB” merujuk ucapan terima kasih yang diterima oleh beliau dari kumpulan UM berkenaan.Ini melambangkan keikhlasan kita selaku warga kerja yang berpenat lelah dan tidak meminta habuan walaupun dengan ucapan TERIMA KASIH.
Kedua, “WE ARE MANAGE BY HEART”.Ianya merujuk tindakan susulan apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Tanpa perlu saya nyatakan secara spesifik apa yang berlaku,saya amat bersetuju dengan beliau,jika mahu berhadapan dengan suasana mahasiswa yang BERMACAM RAGAM di Mesir,itulah cara dan gayanya.Cara tersebut halus,namun memberikan impak positif yang luar biasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Assalamualaikum... Tahniah ust Faisal... Dan syukran yang tak terhingga sebab sebelum ni bantu kami di mesir dan memudahkan urusan kami.
-Alihanafiah
Terima kasih pada ust faisal sebab memudahkan urusan kami di mesir pada bulan 12 sampai bln 1 yang lepas.. salam.
Waalaikumussalam akhi,
lama tak dengar cerita,sedang sambung MASTER ker? dengar-dengarnya sambung MASTER.Bantuan tersebut tak sebesar mana akhi,LA SYUKRA 'ALA WAJIB.Ok,senang-senang,datang ke CAIRO lagi,amik master CAIRO U...huhuh wassalam
awat letak gmbar xnmpak muka..hehe
apa2 pn jasa ust memudahkan urusan kami
qayyum
Catat Ulasan