Ahad, 16 Ogos 2009

SETINGGI - TINGGI TAHNIAH!!!





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sahabat Blogger yang saya hormati sekalian,

Hari ini saya melihat dari jauh wajah-wajah kegembiraan yang diluahkan melalui tulisan-tulisan berapa “individu” yang berjaya akhirnya menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda.Saat ini,pasti mereka rasa bahawa dunia ini “ana yang punya”.

Yer…raikanlah,luahkanlah….tidak salah untuk berkongsi kegembiraan dan diluahkan untuk tatapan ramai.Saat ini juga,bakal graduan ini harus ingat bahawa satu permulaan di hadapan mereka.Kejayaan tersebut bukan segala-galanya bahkan ianya adalah satu permulaan perjalanan yang jauh.

Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang kalian kecapi.Namun,dalam masa yang sama,saya mengajak kita bersama-sama bermuhasabah,apakah tanggungjawab semasa belajar betul-betul telah dilaksanakan atau sebaliknya.

Bagaimana hubungan para graduan dengan bekas pensyarah? Apakah tanggungjawab menghadirkan diri ke kuliah betul-betul dilaksanakan? Apakah benar-benar kita fahami dasar kesederhanaan ISLAM yang dibawa oleh AL AZHAR itu dihayati? ATAU Apakah hanya datang SESEKALI ke dewan kuliah dan akhirnya hanya ambil “MUQORROR” dari pensyarah ketika sesi akhir kuliah atau diambil dari sahabat handai?

Kesemua ini akan menjadi penentu langkah anda seterusnya.Bermuhasabahlah juga atas apa yang pernah dikatakan.Terlajak perahu boleh undur,terlajak kata,buruk padahnya.Graduan yang pernah melaungkan ANTI KERAJAAN,TAK SETUJU ITU,TAK SETUJU INI,SALAH ITU,SALAH INI,nah….anda akan berada di alam realiti.Jangan hanya hebat di Mesir,bila balik senyap seribu bahasa.

Setinggi-tinggi tahniah kepada GRADUAN yang benar-benar menjiwai hidup sebagai mahasiswa dan pasti kejayaan anda amat bermakna saat ini.Selamat menghadapi dunia baru bagi mereka yang benar-benar telah bersedia kearah itu.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita apabila terkenang beberpa watak yang hari ini kejayaan itu pernah dimiliki oleh orang tertentu dan sedang menghadap dunia baru dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Ada “orang” yang semasa berada di Mesir AKTIF dalam sebuah persatuan yang dikatakan MENDOMINASI itu,berucap disebuah rumah negeri PANTAI TIMUR MALAYSIA di mesir sambil melaung-laungkan kononnya SISTEM DEMOKRASI di Malaysia TIDAK MEMENUHI CIRI-CIRI yang dikehendaki oleh ISLAM.Sistem pilihanraya harus diubah apabila sampai masa PAS menang kelak.Dengan KEDUTAAN pula,pelajar ini sungguh radikal dan menentang semua pegawai walaupun ada yang jauh lebih tua seperti bapanya.

Apabila pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang MA dan pulang,maka bermulalah segala-galanya.Hari ini,pelajar tersebut mula faham apa yang pernah diperkatakan dahulu adalah salah sambil meluahkan kata-kata bahawa “ CARA PEMIKIRAN AHLI-AHLI PERSATUAN TERSEBUT MESTI DIUBAH”.Sayangnya,dia hanya kenali realiti setelah tamat pengajian.

Seorang PEGAWAI BARU di JABATAN MUFTI sebuah negeri kelahirannya di Selatan tanah air yang berjiran dengan Singapura pernah meluahkan bahawa akan aktifkan diri dalam PAS dan TIDAK akan bekerja dengan KERAJAAN dan akan menjadi calon pilihanraya mewakili PAS.

Tidak lama setelah menamatkan pengajian,dia adalah antara orang yang memohon kerja di JABATAN KERAJAAN dan mendahului sahabat-sahabat seperjuangannya .Dengan gaji di bawah skim S 41,dia hari ini sedang melangkah jauh membina kerjaya dan PERJUANGAN yang meniti di bibirnya langsung tidak kedengaran hari ini.

Seorang lagi GRADUAN adalah seorang yang berada di tengah-tengah kesibukan ibu negara.Semasa belajar,kerajaan BN dipersalahkan kononnya punca kerosakan moral muda mudi sebaya.Hari ini dia berada bersama-sama kerajaan BN sebagai pelaksana dasar.Apakah graduan tersebut tidak rasa bersalah bersekongkol dengan kerajaan yang konon baginya telah merosakkan akhlak muda mudi sebagai pelaksana dasar?

Kepada yang pernah terlepas kata,apa nak buat,nak tarik bukan mudah macam kat dewan rakyat nuh, BEEN:“YB TARIK BALIK YB!!!!” , SINK DAP ADIK BERADIK PAS :“TARAK,,,,weii…SAYA KATA …………” , SEKOR LAGI ADIK SINK ,si PocKeR : “TAK PERLU TARIK PENYE…MANYAK BETUT MA…..BUKAN MAIN-MAIN….”……………-----------------------YDP DEWAN : “YB !!! TARIK BALIK YB!!! TAK SESUAI DIGUNAKAN DI DEWAN YANG MULIA INI!!!”

Apa yang ada hanya mata kasar dan saksi KES,mampu melihat sejauh mana kebenaran kata-kata mereka atau mereka patut memilih salah satu dari contoh terbaik tiga orang model tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,dalam artikel ini,saya sangat setuju,kerana apa yg kita cakap hari ni tak semestinya akan terlaksana hari esok,misalnya,pelajar A kata kita kena berada dalam jamaah yang mendokong islam,tetapi apabila dia balik ke Malaysia,dia terikat dengan kerajaan,dia jadi berkecuali atau menyebelahi kerajaan.Kita lihat disini dimana cakap- cakap dulu?yang begitu bersemangat waja.Ini dah terjadi,realiti perjuangan kita akan bermula apabila kita berada dalam kerjaya nanti.