Sabtu, 22 Ogos 2009

UMAT ISLAM MULA SEPAKAT DALAM ISU AWAL RAMADHAN


Sohibussamahah fadhilat Prof Dr Ali Gom'ah

Mufti Republik Arab Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Para Blogger yang saya hormati sekalian,

Saat saya sedang menulis entri ini,Malaysia bumi tercinta sedang menyaksikan pertarungan hebat dua penjuru antara BARISAN NASIONAL (UMNO) dan PAS berkempen untuk memenangi kerusi DUN PERMATANG PASIR dalam PARLIMEN PERMATANG PAUH di Pulau Pinang.Masing-masing sibuk berkempen untuk memenangi calon masing-masing.

Saya tidak berminat bercakap atau mengulas lanjut isu berbangkit berkaitan pilihanraya kecil tersebut. Sebagai seorang mahasiswa,cukup hanya mengambil tahu sahaja dan tidak sesuai untuk berperanan lebih jauh dari itu.Oleh itu,saya serahkan isu tersebut untuk diperbincangkan oleh pakar-pakarnya di Malaysia walaupun sebenarnya saya cukup “MEMANDANG BERAT” pihak yang mengaitkan sokongan politiknya dengan syurga dan menuduh orang lain mengamalkan Islam palsu.Seolah-olah hanya dia seorang yang Islam.Apa nak jadi Malaysia hari ini? Umat Islam hanya semakin berpecah belah dengan kenyataan songsang itu.

Apabila bercakap soal perpecahan umat Islam,kita telah menyaksikan saban tahun apabila tiba sahaja bulan Ramadhan,ada negara umat Islam yang berpuasa pada hari tersebut.Ada pula yang telah memulakan sehari sebelumnya bahkan ada negara yang memulakan pada hari ketiga.Nampaknya umat Islam tidak sekata dalam isu ini walaupun bulan itu satu,dan paling penting ianya membabitkan rukun Islam yang ketiga.Di mana silapnya? Apakah faktor kedudukan bulan itu yang berbeza ? Apakah memang perbezaan tersebut bersifat normal dan lumrah serta tiada jalan peyelesainnya?

METOD ASTRONOMI MESIR DAN MODUL RUKYAH

Persoalan tersebut dijawab oleh SAHIBUSSAMAHAH FADHILAT Prof Dr Ali Gom’ah,Mufti Republik Arab Mesir dalam satu temuramah beliau bersama wartawan AMRU GAMAL yang disiarkan oleh akhbar Al Ahram pada hari khamis 13 Ogos yang lalu.

Beliau menyatakan dengan penuh yakin bahawa umat Islam di seluruh dunia pada tahun ini akan bersama-sama melaksanakan ibadah puasa secara serentak.

Ini adalah kerana menurut beliau,semua negara disyorkan menggunakan metod astronomi yang berkesan dan teknik peglihatan anak bulan atau RUKYAH itu mestilah diselaraskan dan digunakan sengan sistem yang betul dengan menggunakan MODUL RUKYAH MESIR.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Berpuasalah kamu sekalian apabila kalian telah melihat anak bulan dan berhari rayalah juga apabila kalian telah melihatnya”.

Maksud “melihat anak bulan” haruslah diterjemahkan dengan kesesuaian semasa.Menurut beliau, maksud sabda baginda rasullah S.A.W tersebut turut merangkumi penglihatan dengan menggunakan TELESKOP,CERAPAN dan PERKIRAAN FALAK.Beliau turut menegaskan bahawa HADITH tersebut adalah bersifat umum dan merangkumi penglihatan dengan menggunakan mata kasar dan menggunakan teknologi terkini.

Setelah dilaksanakan selama 40 tahun, Mesir mendapati modul rukyah yang diguna pakai selama ini tidak pernah bercanggah dengan KIRAAN FALAK mereka.Ini menjadikannya sebagai satu modul yang amat baik untuk digunakan oleh seluruh negara Islam dan menurut Mufti Republik negara berkenaan,memang beberapa negara Islam telah menyatakan persetujuan itu.

MUFTI MESIR TEGUR INDONESIA,LIBYA DAN TURKI

Setelah Ramadhan tiba pada 22 Ogos,ternyata kenyataan Mufti berkenaan benar.Semua negara berpuasa serentak pada 22 Ogos 2009 kecuali LIBYA,TURKI dan sebahagian umat Islam di Indonesia.Libya dan Turki memulakan awal Ramadhan pada 21 ogos,iaitu sehari lebih awal sementara sebahagian Umat Islam di Indonesia mula berpuasa pada hari Khamis 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430.

Ketika ditanya oleh wartawan EL MISR EL YOM dalam satu temuramah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan mengapa rukyah LIBYA sentiasa berbeza dengan negara Islam yang lain ,SOHIBUSSAMAHAH Mufti Repubik Mesir menyatakan bahawa METOD RUKYAH yang diguna pakai oleh LIBYA tidak menepati kaedah yang ditetapkan oleh piawaian negara-negara Islam.

Sementara sebahagian umat Islam di INDONESIA pula ditegur oleh Fadhilat Mufti sebagai “KESALAHAN YANG BESAR” kerana menjadikan BULAN AKHIR SYA’BAN pada hari rabu sebagai dalil bahawa puasa pada hari Khamis manakala sebahagian umat Islam yang lain pula patuh dengan ketetapan negara berkenaan berpuasa pada hari sabtu 22 Ogos 2009.

Menurut Mufti berkenaan terdapat perbezaan antara BULAN AKHIR dengan anak bulan baru yang menjadi penentu awal bulan.

HANYA 29 HARI IBADAH PUASA

Penyelaran yang berlaku antara negara-negara Islam hari ini,akan berterusan di tahun-tahun menadatang sebagai menyahut kesepakatan yang dicapai bersama ketika persidangan pertubuhan negara-negara Islam (OIC) sebelum ini.

Dalam perkembangan yang sama,akhbar EL DUSTUR,di muka surat utamanya melaporkan bahawa Ketua Pengarah institut kajian Astronomi Mesir menyatakan bahawa umat Islam akan berpuasa selama 29 hari sahaja pada bulan Ramadhan 1430 bersamaan 2009 kali ini.Ini bermakna umat Islam akan menyambut syawal pada 20 September 2009.



1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

karya menarik bro...saya akan ziarah lagi blog saudara.

tq