Ahad, 3 Januari 2010

KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK UMAT ISLAM!!!


Ahmad : “Apik! Mahu pergi mana hah?”

Apik : “sembah itu tuhan Al-lah”

Ahmad : “Ane…pergi mana juga ini hari?”

Ane : “sembah itu tuhan Al-lah”…..

Barangkali,inilah yang akan berlaku jika sekiranya keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini tidak dirayu di mahkamah rayuan.Generasi akan datang amat bergantung kestabilannya dan masa depannya dengan generasi hari ini.

Oleh yang demikian,generasi hari ini,harus mewariskan dunia hari ini kearah kestabilan yang lebih cerah dan menjamin masa depan mereka.Agama adalah salah satu dari makasid syariah yang perlu dipelihara oleh setiap unit masyarakat.Sama ada di peringkat pemerintah mahupun setiap individu.

Keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan akhbar mingguan gereja Kahtolik Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan “Allah” adalah umpama gempa bumi yang dahsyat melanda umat Islam di Malaysia dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang besar yang akan mempengaruhi akidah umat Islam.Disisi umat Islam,perkataan tersebut adalah perkataan yang merujuk kepada Allah S.W.T yang maha esa seperti yang difahami berdasarkan ketauhidan dan kepercayaan yang bersifat mandatori (jazam),tanpa sedikit pun syak atau ragu-ragu.

KALIMAH ALLAH DI MESIR

Dalam agama lain,maksud ALLAH itu,tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh umat Islam.Memang tidak dinafikan,di Mesir,kalimat ALLAH juga digunakan oleh penganut kristian ORTODOKS.

Ini dapat kita saksikan sendiri dalam siri ceramah-ceramah agama yang disiarkan oleh beberapa rancangan PARA BOLA,nile site di Mesir yang keudara 24 jam,antaranya “AL MALAKOT,CTV dan AGHAPY”.

Namun,populasi masyarakat Islam yang merupakan majoriti sebanyak 90 peratus dari 80 juta itu dengan ditambah kekuatan program-program dakwah sama ada melalui media seperti television,bahkan majalah-majalah bulanan dan akhbar mingguan Islam yang bercambah justeru program-program yang membentuk dan menjaga akidah masyarakat Islam di Mesir tidak boleh dipandang rendah.Elemen-eleman tersebut betul-betul telah dimanfaatkan semaksima mungkin berbanding di negara kita yang memerlukan usaha yang lebih giat dijalankan.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Saya bukan seorang lepasan undang-undang sivil.Hanya seorang lepasan undang-undang Islam sahaja.Apa yang saya lihat,artikel 3 perlembagaan persekutuan yang meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi adalah satu-satunya elemen perundangan yang mengiktiraf ISLAM sebagai agama rasmi sepatutnya ditafsir dengan lebih luas.Bukankah antara tujuan penubuhan Universiti ISLAM Malaysia (UIA) bertujuan melahirkan hakim-hakim yang memahami undang-undang sivil dan syariah? Sepatutnya,pentafsiran ISLAM sebagai agama rasmi perlulah ditafsir dengan lebih meluas.

Justeru,isu kalimah ALLAH ini adalah merupakan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.Masyarakat Islam di Malaysia belum boleh berkongsi penggunaan kalimah ALLAH dengan maknanya masing-masing menurut kefahaman agama masing-masing.

Ini adalah kerana,akidah umat Islam di Malaysia tidak “seampuh” masyarakat di Mesir.Dikhuatiri,dengan pengkongsian kalimat ALLAH dengan kefahaman yang berbeza antara kedua-dua penganut boleh membawa kemurtadan beramai-ramai umat Islam di Malaysia.

Perkara 121 (1A) dalam perlembagaan sepatutnya digunapakai dalam isu ini.Mahkamah sivil sepatutnya tidak mendengar kes ini berdasarkan ianya berkaitan agama Islam.Barangkali,terdapat beberapa ketempangan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan dapat membuka mata pihak penggubal perundangan agar membaiki kelompongan tersebut.

UMAT ISLAM PERLU BERSATU


Tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik,seluruh umat Islam di Malaysia harus bersatu dalam isu ini.Umat Islam di Malaysia,dari segenap lapisan,badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik harus senada dalam isu ini.

Ketepikan perbezaan fahaman politik buat seketika.Isu ini amat berkaitan dengan akidah umat Islam generasi akan datang.Bayangkan,datang seorang paderi berkata bahawa menurut agama mereka,ALLAH menyatakan demikian,demikian,maka si pemuda atau insan yang mendengar tersebut tidak dapat membezakan kalimat Allah menurut agama islam itu.Bukankah ianya akan menggelincirkan akidah umat Islam kita kelak.

Selaku seorang mahasiswa Sarjana yang memandang jauh masa depan agama dan negara,saya amat terkilan dengan keputusan mahkamah tinggi berkenaan.Umat Islam di Malaysia harus bersatu dalam isu ini.Majlis raja-raja harus segera ke meja mesyuarat khusus membincangkan isu ini.Perkara berkaitan agama,adalah dibawah kuasa raja-raja melayu dan Yang di-pertuan agong.

Kuasa kebawah duli-duli tuanku amat diperlukan saat ini untuk menyelesaikan polemik ini dari berterusan sehingga memecah belahkan umat Islam atas nama “AGAMA”.


1 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum.

Kupasan yang baik.

Dan seharusnya bukan isu ini saja perlu umat Islam bersatu.

Diharapkan selepas ini apabila menyentuh isu-isu lain umat Islam juga wajib bersatu.