Rabu, 3 Februari 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH : ANTARA PENDAPAT AL QARDHAWI DAN BONDA MASYITAH

BONDA MASYITAH (YB Dato' Dr Masyitah Ibrahim)

Syeikh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger Sekalian,

1.Saya sendiri pernah sebelum ini mengulas isu penggunaan kalimah Allah terhadap orang bukan Islam.Pendapat saya sebelum ini,umat islam harus bersatu menentang penggunaan tersebut memandangkan ianya berkait rapat dengan masa depan umat Islam di Malaysia terutamanya generasi muda.

2.Saya saat itu hanya nampak satu sahaja iaitu REALITI masyarakat Malaysia hari ini dan satu tafsiran singkat saya berkaitan kesan generasi akan datang terhadap isu tersebut jika penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam terus dibenarkan.

3.Setelah saya berbincang dengan beberapa rakan dan meneliti beberapa rujukan,saya dapati,apa yang saya bangkitkan hanya satu hujah yang lemah.Realiti tersebut tidak boleh dijadikan hujah selama-lamanya.Fakta ilmiah hendaklah melangkaui realiti.Realiti tersebut hendaklah ditangani dan bukannya dibiarkan begitu sahaja.

4.Realiti di Malaysia adalah,masyarakat yang kurang menitik beratkan pendidikan Islam walaupun terdapat yang sebaliknya.Media di Malaysia kurang memainkan peranan mendidik masyarakat dan lebih menekankan unsur-unsur hiburan dan isu politik semasa.Masjid dan suarau harus diimarahkan dengan majlis-majlis ilmiah.

5.Oleh yang demikian,REALITI bukannya hujah yang kuat bagi menolak penggunaan kalimah ALLAH untuk bukan Islam.Ini diperkukuhkan lagi dengan hujah yang diberikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi.

6.Beliau telah mengulas isu yang berlaku di Malaysia secara langsung.Rancangan SYARIAH WAL HAYAH yang keudara melalui AL JAZEERA kendalian OSMAN OSMAN di QATAR, telah membicarakan satu topik bertajuk AGAMA…TOLERANSI ATAU PERTEMBUNGAN? Malaysia telah sekali lagi menjadi topik perbincangan.

7.Menurut AL QARDHAWI,penentangan terhadap penggunaan ALLAH terhadap bukan Islam kesan KEJAHILAN terhadap Islam itu sendiri di kalangan umat Islam hingga ada yang sanggup membakar gereja.Beliau berhujah bahawa ayat suci al quran al karim sendiri jelas menyatakan bahawa ALLAH tuhan sekalian alam.AL quran memulakan ayat sucinya dengan “segala puji bagi ALLAH,tuhan sekalian alam” (AL FATIHAH: 1) dan diakhiri dengan “katakanalah (wahai Muhammad),aku berlindung dengan dengan tuhan manusia (Allah)” (An Nas : 1).

8.Nas tersebut adalah jelas.Pada pendapat saya,hujah tersebut mengatasi REALITI atau “WAKIK” yang disebut oleh YB Dato’ Dr Masyitah Ibrahim.Jika saya boleh katakana bahawa, “wakik” sekarang tidak sesuai untuk dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada bukan Islam.Namun,harus diingat,ianya bukan muktamad.Hujah AL QARDHAWI harus diguna pakai oleh kita selaku golongan agamawan. Keilmuan beliau harus lebih dipertimbangkan dalam konteks ini.

9.Oleh yang demikian kenyataan saya melalui entri saya sebelum ini adalah hujah yang lemah manakala hujah yang diberikan oleh AL QARDHAWI lebih patut saya terima berdasarkan kepakaran beliau.Dalam masa yang sama ,saya juga berpendapat bahawa pendidikan Islam di Malaysia untuk semua unit masyarakat harus diperkasakan agar melahirkan masyarakat Islam yang faham ISLAM yang syumul.Semua pihak harus memainkan peranan secara pro aktif kearah tersebut.

10.SABK harus diperkasa selain masjid dan surau harus memainkan peranan mendidik masyarakat dan bukan hanya tempat “TUMPANG BUANG AIR atau KENDURI ARWAH”.Kelas-kelas takmir harus diimarahkan secara pro aktif.Peranan siapa semua ini? Kitalah golongan agamawan.Justeru,MEDIA harus memperbanyakkan program ilmiah yang berunsur mendidik masyarakat dan bukan hiburan semata.Selain itu,eleman-elemen lain juga harus berperanan kearah itu.



1 ulasan:

semenanjung berkata...

Bernas!! Saya SETUJU..segalanya berbalik pada diri dan umat islam itu sendiri.