Rabu, 25 Ogos 2010

MESIR BAKAL MENERIMA DUTA BESAR MALAYSIA

Prof Madya Dr Fakhruddin (tengah) semasa memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Blogger sekalian,

1.Setelah lebih setahun kerusi DUTA BESAR MALAYSIA KE MESIR kosong,akhirnya,ianya akan kembali diduduki.

2.Setelah kerusi tersbeut kosong sejak MEI 2009,pelbagai nama disebut.

3.Ada yang berkata,DATO' NAKHAEI,Dato' Dasuki Ahmad,Dato' Monir Yaacob bahkan ada juga yang menyebut nama bekas setiausaha mantan perdana menteri.Siapakah duta besar kita?

4.Akhirnya,tanda tanya terjawab pada pagi ini,26 Ogos 2010,di Istana Negara.

5.Kebawah duli Yang Maha Mulia,Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir kepada Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukhti .

6.Beliau yang dilahirkan pada 9 Mac 1957 adalah anak jati Kedah dan telah mendapat pendidikan menengahnya di Maktab Mahmud Kedah.

7.Seterusnya,beliau melanjutkan pengajian bagi program ijazah pertamanya (BA) ke Mesir dalam bidang akidah dan falsafah di Universiti Al Azhar,Kaherah.

8.Kecemerlangan beliau dalam ijazah pertama telah melayakkan beliau untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana (MA) di Universiti Ain Syams.

9.Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (Phd) di BIRMIGHAM University di United Kingdom (UK) dalam bidang tasawuf.

10.Semasa menuntut di Mesir pada awal 80 an,beliau adalah seorang mahasiswa yang aktif dan pernah dilantik sebagai Yang dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).

11.Dari segi perkhidmatan awam,kerjaya pertama beliau adalah sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

12.Seterusnya,pada Mei 2005,beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) sehingga September 2007.

13.Pada September 2007,beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengajian Tinggi di Akademi Islam Universiti Malaya.

14.Beliau adalah ahli akademik yang mempunyai banyak tulisan dan terlibat dalam pembentangan kertas-kertas kerja dan seminar.

15.Dengan perlantikan Dr Fakhruddin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Kaherah,ianya adalah sebuah pengiktirafan terhadap lepasan AL AZHAR dan institusi AL AZHAR itu sendiri.Ini adalah perlantikan kedua lepasan AL AZHAR sebagai Duta Besar Malaysia Ke Kaherah.

16.Kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak kepada lepasan AL AZHAR sangat dihargai oleh mahasiswa dan graduan AL AZHAR.

17.Beliau dijangka akan memulakan tugasnya di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada 20 September 2010.

18.Warga AZHARI yang berada di Mesir wajar berbangga dengan perlantikan ini dan sama-samalah kita menyambut ketibaan beliau kelak.Anggaplah kedatangan dan perlantikan beliau sebagai SIRIH PULANG KE GAGANG.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum!blog yg informative.tahniah utk duta baru ke mesir.sy brbangga kerana beliau adalah lepasan al-azhar dan juga bekas pelajar maktab mahmud,yg tidak kurang tandingnya dgn kisas.

Tanpa Nama berkata...

Setahu saya, Prof Dr Fakhruddin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Birmingham University (UK) dan bukannya di Temple University (USA). Sila perbetulkan fakta ini. Harap maklum. (bekas pelajar Birminghan University)

Ezo berkata...

Terima kasih atas maklumat...kesilapan amat dikesali.