Isnin, 17 September 2007

KESESAKAN LALULINTAS DI PERLEMBAHAN NIL

Hari ini 17 September,saya ke kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang terletak di seberang sungai Nil,Mustafa Mahmood Street Mohandiseen.Memandangkan sumber kewangan yang terhad pada ketika ini,maka saya memilih menaiki pengangkutan awam.

Agak jauh juga seksyen 7 dengan Mohandiseen ini.Bas apa yang perlu saya naiki? Masyaallah...saya lupa.Mungkin sebab saya kurang menggunakan bas sebelum ini.Biasanya saya akan menggunakan teksi sahaja.

Harus bertanya.Sebuah bas berhawa dingin nombor 357 berpalang.Langsung saya bertanya dengan pemandu tempat yang ingin saya tuju.Beliau nyatakan inilah basnya.Tidak lama setelah saya mengambil tempat di dalam bas,maka bas pun bergerak.

Dari seksyen 7 jalan berjalan lancar sehingga menuju ke tempat utama rakyat Mesir,Ramsis.Masyaallah,jalanraya sesak.Sesak dan tidak bergerak.Kenderaan bergerak perlahan.Kesesakan ini amat teruk sekali.

Saya terfikir sejenak,betapa jalan-jalan utama di Mesir tidak bersistem.Saya bukan pakar perancang bandar atau pernah bekerja di Kementerian Kerjaraya.Saya hanya marhaen yang merantau di negara orang.

Menarik atau lucu?ini satu realiti.Jalan-jalan utama di Mesir tidak mempunyai lampu isyarat.Hanya polis trafik yang kadang-kadang dimarahi oleh para pemandu kereta yang ingin cepat sampai atau di sebahagian tempat polis trafik hanya bertugas sambil lewa bagai melepaskan batuk di tangga.

Sesak dan terus sesak.Kadang-kadang,kesesakan itu berpunca dari jalan bersimpang atau terdapat "U-Turn".Jalan ada tiga line.Katakan terdapat simpang ke kiri.Kenderaan yang akan ke kiri akan mengambil laluan dari line kedua atau ditengah.Ada juga yang mengambil dari line ketiga yang agk jauh dari simpang.

Maka akan berlakulah kesasakan.Tiada penanda arah yang mengarahkan kenderaan yang ingin membelok ke kiri mengambil jalan di sebelah kiri manakala yang ingin memandu jalan lurus mengambil line kedua dan ketiga.

Jika terdapat polis trafik yang bertugas,pejalan kaki pula mengundang masalah.Isyarat yang diberikan oleh trafik adalah "jalan" untuk kenderaan.Akan tetapi pejalan kaki tidak dihalang dari menyeberang jalan dan mereka dengan berani menyeberang jalan dan pemandu mana yang tidak memberi laluan atau sekurang-kurangnya memandu perlahan apabila terlihat mereka.

Tiba-tiba hati saya berkata "rasa-rasanya ini jalan lain" apabila melihat bas mengikut haluan yang lain.Saya bergegas bertanya kepada pemandu.Ini jalan lain?saya hendak menuju ke tempat lain.Pemandu menyalahkan saya.Katanya saya bertanya dengan orang lain.

Inikah cara pemandu di sebuah bandaraya yang menjadi tumpuan pelancong asing? di manakah produktiviti pengankutan awam di sini?Jika saya pelancong asing yang kurang fasih berbahasa arab,pasti saya akan menemui kesulitan yang amat.

Inikah sebuah negara yang menjadikan sektor pelancongan sebagai KDNKnya yang utama?mungkinkan tercapai sasaran sektor pelancongan di sini yang mengunjurkan 6 Juta pelancong setahun?

Negara kita Malaysia memang terdapat kesesakan lalulintas.Namun,kesesakan tersebut terkawal dan bersistem.Polis terafik bertugas dengan penuh tanggungjawab.Jalanraya kita bersistem dengan lampu isyarat tersedia dan para pemandu mematuhinya.Hendak langgar isyarat yang disediakan? tunggu surat cinta berbayar dari JPJ atau Jabatan Polis Trafik.

Sektor pelancongan Malaysia dan Mesir amat berbeza.Produk pelancongan di Mesir jauh lebih banyak dari Malaysia.Namun,kedatangan pelancong ke Mesir belum mencecah 6 juta.Malaysia telah pun memcapai angka 10 juta pelancong dari awal tahun 2007 sehingga kini.

Kejayaan Malaysia adalah sistem yang baik dan sektor pelancongan yang sentiasa meningkatkan produktiviti.Akan tetapi,saya perlu menghormati negara yang sedang saya berada sekarang R.A.Mesir kerana saya hanya sebagai seorang pelajar dan perlu menjaga nama baik negara Malaysia negara asal saya.

Coretan ini bertujuan membuka ruang untuk kita sama-sama fikirkan,betapa untungnya warganegara Malaysia.Negara kita negara bersistem.Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuih, kalau tengok kok luaq bleh laa izo hang hukum mesir camni. Hang dok 4 tahun nak tulis benda alah ni. Benda ni ja ka yang hang dapat kat sini hehe. Memang dasar. Cuba la tulih benda len. Byk lagi dok ada. Dok 4 tahun mesti byk benda dapat. Jgn tertipu. Apatah lagi menipu. nasihatikhlas

Ezo berkata...

Tiada siapa yang tertipu.Ianya satu realiti yang terpapar di depan mata kita....