Isnin, 15 Jun 2009

NETANYAHU HALANG PROSES DAMAI


Ucapan Obama di Kaherah yang bercakap tentang penubuhan Negara Palestin dan hak kewujudan Israel telah mendapat reaksi pertama dan tindak balas dari Israel.Maghrib,lapan malam waktu Mesir,Netanyahu Menyampaikan ucapan secara langsung dan saya mengamatinya selepas solat maghrib menerusi lintas langsung yang disiarkan oleh AL JAZEERA di RESTORAN PAHANG,hayyu asyir,Kaherah.

Saya agak terkejut dengan ucapan balas NETANYAHU,Perdana Menteri Israel.Netanyahu setuju dan menerima penubuhan sebuah Negara PALESTIN akan tetapi bersyarat.Berdasarkan persetujuan tersebut,maka dapat kita fahami,Netanyahu sedia berdialog dan meneruskan proses damai PALESTIN – ISRAEL.Namun,syarat yang diletakkan oleh Netanyahu adalah satu syarat yang TIDAK WAJAR dan TIDAK AKAN DITERIMA oleh rakyat Palestin dan masyarakat Islam keseluruhannya terutama sekali golongan agamawan yang memahami sejarah Islam.

Syarat-syarat penubuhan Negara Palestin adalah seperti berikut :

1)Palestin haruslah melucutkan senjatanya

2)Masyarakat Arab dan Palestin hendaklah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara untuk bangsa Yahudi

3)Isu pelarian palestin hendaklah diselesaikan di luar Israel

4)Baitul Maqdis hendaklah dijadikan ibu Negara ISRAEL

Berdasarkan syarat yang telah dikemukakan oleh Netanyahu,dapatlah kita lihat bahawa,ISRAEL sebenarnya tidak mahu berdamai dan mahu terus mengganyang umat Islam Palestin.Apakah syarat-syarat tersebut logik dan boleh diterima akal?

Bagaimana boleh ISRAEL minta PALESTIN melucutkan senjatanya sedangkan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke Palestin? Seperti mana yang kita semua maklum,hanya ROKETbuatan hamas satu-satunya senjata yang ada untuk membalas serangan ISRAEL.

Nampaknya,ISRAEL sangsi dengan penubuhan Negara PALESTIN yang mungkin kelak bakal memadamkan nama ISRAEL dalam peta dunia.ISRAEL sangat takut dengan senata buatan HAMAS tersebut.

Kementerian Luar RUSIA hari ini dalam satu kenyataan media memperingatkan masyarakat dunia bahawa kesediaan ISRAEL untuk berdialog.Rusia juga berpendapat ISRAEL mengemukakan syarat yang tidak akan diterima.

Berkenaan syarat yang kedua itu,Presiden Mesir,Husni Mubarak dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh AL JAZEERA menegaskan bahawa pengiktirafan Negara Israel sebagai Negara bangsa yahudi akan merencatkan proses damai.

Menurut Mubarak lagi,semasa perbincangan bersama Obama di Kaherah baru-baru ini,beliau telah menyatakan dengan jelas kepada OBAMA bahawa,seruan terhadap pengiktirafan Israel sebuah Negara yahudi dan sebarang usaha merombak intensif ARAB akan merencatkan segala usaha damai.

Umat Islam menganggap BAITUL MAQDIS adalah salah sebuah tempat suci umat Islam.Di sanalah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang membawa kepada kewajipan solat lima waktu.Setiap umat Islam yang beriman tidak sesekali akan berkompromi terhadap syarat tersebut.

HAMAS dan FATAH senada dalam isu ini.Mereka mahukan BAITUL MAQDIS menjadi ibu Negara PALESTIN.Pilihanraya Parlimen Palestin akan diadakan pada awal tahun 2010.Perjuangan untuk membebaskan Palestin haruslah bermula dengan semangat persaudaraan antara kedua-dua belah pihak.Perbalahan berterusan kedua-dua belah pihak tidak menguntungkan sesiapa.Dunia menunggu SALAHUDDIN AL AYYUBI ke 2 untuk membebaskan PALESTIN dan BAITUL MAQDIS.Hanya itu sahaja ayat yang sesuai dipertuturkan apabila melihat kedegilan yahudi ini.

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam....ana tengah buat 'daurah' sesama blogger huhu..

jemput datang blog ana plak..


tq